30 Nov 2012

Rawak

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Agak sibuk sejak kembalinya aku ke Belgaum, India, sebab banyak benda harus dilakukan. Hujung minggu ni, aku bakal ke Pune, Maharashtra untuk satu program. Nanti lepas aku pergi, aku tulis dalam blog ni pasal semua tu, tapi untuk sekarang, biarlah rahsia. Hehehe..

Entri kali ni adalah untuk berkongsi sedikit tentang gambar-gambar yang telah aku ambil sewaktu tiga bulan aku di Malaysia. 3 bulan.. Lama tu. Yang penting, gambar-gambar ini rawak ye.


Billboard besar punye ni terletak di hadapan Wisma Persekutuan Kota Bharu. Kat bandar KB, merata-rata tempat ada muka Apex. Jeles la pulak. Hahaha.. Tapi tak lama lagi nampaknya muka Mat Yo dah takkan kelihatan lagi..

SMK Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. 3 tahun aku belajar kat sini, dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3, sebelum ke ASiS. Banyak kenangan kat sini. Gambar diambil sewaktu membuat ceramah di sana, tentang pembelajaran aku dalam bidang perubatan. (masa tak kemalangan lagi)

Menara jam di tepi Sungai Kelantan. Terletak di Tambatan Diraja. Ramai juga orang lepak malam-malam kat sini.

Tambatan Diraja pada waktu malam..

Setelah beberapa minggu kemalangan. Di depan Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Hadir untuk temu janji bersama doktor pakar.

Iklan hari raya oleh Suria FM. Keunikan terserlah di situ, apabila Kenchana Devi pun pakai tudung kat Kelantan! Memang syarat untuk iklan-iklan di sana untuk menutup aurat dan ada tulisan jawi. Satu langkah yang harus dipuji.

Tatkala hujan turun. Orang sakit, tak tahu nak buat apa, jadi, bosan-bosan, ambiklah gambar dari tingkap.

Flyover depan KB Mall. Hampir siap nampaknya. Terasa macam kat KL pulak. Hehe..

KB Mall. Sekali je aku pergi hari tu, dengan bertongkat. Penat jugak. Aisehhh...

Jalan Gerik - Pasir Puteh. Nak balik kampung aku kat Tanah Merah.


Restoran Nasi Lemak Sri Maharani, atau lebih dikenali sebagai Restoran Nasi Lemak Tok Wan, terletak betul-betul di bandar Tanah Merah, Kelantan. Nasi lemak dia, serius sedap! Agak terkenal dan masyhur di seluruh negeri Kelantan, terutamanya di Tanah Merah.


Selepas hujan turun. Lokasi : Selepas Jambatan Kusial, menghala ke Machang.


Menghala ke Machang. Lokasi : Kg. Wakaf Bata, Machang. Pepohon yang indah menghiasi kiri dan kanan jalan.

Flyover berhampiran bandar Machang. Belok kiri ke Kota Bharu, terus untuk ke Pasir Puteh dan Machang, kanan ke Kuala Krai.

Selepas hujan di pekan Ketereh. Jalan agak sesak.


Lampu trafik di hadapan KB Mall.. Suasana senja.

Menghampiri malam di tengah bandar Kota Bharu.

Pintu gerbang yang amat popular di Kota Bharu.

Beli-belah kat KB Mall. Sape kata orang patah kaki tak boleh pergi shopping? Hehe..

Pasar malam di hadapan Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur. Masa ni aku kat rumah kakak aku, seminggu jugak lamanya. Sebelum pulang ke India.

Baiklah, itu aje gambar yang aku dapat kongsikan, sebab tak mampu nak ambik gambar bebanyak. Korang tahu kenapa kan. Hahaha.. Gambar-gambar ni pun banyak aku ambik masa duduk dalam kereta, kecuali yang awal-awal tu, sebelum aku patah kaki.

Patutlah kawan-kawan aku hairan, tak tahu apa yang jadi pada aku. Mestilah, sebab aku sempat habiskan cuti di Malaysia secara normal hanya 3 hari. Sedih kan? Haha.. Takpe, tu cerita lama. Yang penting, aku makin sembuh, dan sekarang dah pakai tongkat sebelah sahaja. Alhamdulillah. 2 bulan lagi, insyaAllah akan pulih semula kaki aku ni. Buat masa sekarang, bertongkat sebelah je, untuk ke kuliah, kelas klinikal, kelas-kelas lain dan ke mana sahaja. Yang seronok, aku ke kelas klinikal kat Hospital Prabhakar Kore tu, ada orang bawak naik kereta. Setiap minggu.  Syukur, ringan sikit bebanan aku, tak perlu berjalan jauh.

Kepada keluarga, kaum kerabat, sahabat handai, guru-guru dan sesiapa jua yang mengenali diri ini, jangan khuatir, jangan risau, pandai-pandailah saya menjaga diri. Selama hampir sebulan di sini, dah mula sesuaikan diri. Rasa bersalah pun ada sebab terpaksa minta jasa baik daripada orang lain untuk membantu aku dalam kehidupan seharian. Syukur sebab ramai orang yang membantu aku setiap hari. Dengan rendah diri, aku mintak maaf kalau aku menyusahkan korang, dan aku harap korang faham akan kesukaran yang aku hadapi. Mungkin hari ini hari aku, mungkin hari esok hari korang pulak kan? Aku akan ada di situ nanti kalau korang memerlukan, dan aku akan bertindak atas kemampuan..

Sekian dahulu coretan aku untuk kali ini, setelah sekian lama bersawang blog ni. :D

8 ulasan:

  1. owh , teruk gak ea accident tuh ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak teruk sangat dari segi luaran.. takde la berdarah banyak pun. paling teruk berdarah pun kat siku je.. patah tulang paha, tu yang sakit tu..

      Padam
  2. kelantan memang best untuk tinggal. cuma kawasan perumahan dengan kawsan perniagaan dia je x tersusun. sekejap ada kedai, sekjap ada rumah.kalau family pindah dok sana, memang kecek kelate lah lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe, kelantan mmg best.. cuma perancangan bandar tu kena la tersusun.. sekarang bandar dah amat padat.. tapi selain daripada semua tu, bertuah kalau duduk kelantan :)

      Padam
  3. patah tulang peha ?? itu emg dasyat ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah encik raff.. tapi nak buat camner kan.. takpe, tgh recover lagi ni :)

      Padam