7 Jun 2013

Nasi Minyak USM-KLE

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua! Tengok tajuk macam nak berniaga.. Tapi bukan... Ini ada cerita baik punya.



Nasi minyak - selalu dikaitkan dengan apa? Restoran? Oh silap.. Kaitan dengan kahwinlah! Persoalannya, siapa? Aku kah? Hehe.. Aku punye tak akan berlangsung tahun ni. Paling awal yang aku boleh adalah pada tahun depan. Calon takdo macam mano ni ha? Hehe.. Keep calm and save some money + prepare to be a good family leader.

Sebenarnya, ada 5 orang senior aku dari 1st batch USM-KLE bakal mendirikan rumah tangga. Ada dua pasangan dan seorang lagi akan berkahwin dengan bukan pelajar di sini. Tahniah diucapkan kepada....

1. Hanif Hashim & Kak Annazifah
2. Anwar Hakim & Kak Hamizah Ghazali
3. Kak Fatihah & Bakal Suaminya


Ingatkan mereka berlima je.. Ada pula kejutan pada 4 Jun 2013, pengumuman dibuat oleh seorang rakan sekelas di depan semua di dalam Lecture Hall 3 USM-KLE. Pengumuman bahawa dia nak mendirikan rumah tangga! Siapakah insan itu? Saudari Darina Maisarah, 21, yang bakal bernikah pada 10 Syawal 1434H (17/08/13) nanti bersama jejaka pilihan yang sebaya dengan beliau yang bernama Amir Ifwat, pelajar tahun pertama di Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI). Cinta antara benua yer!

Majlis akan berlangsung di Johor Bahru

Alhamdulillah, semakin banyak orang bina masjid yer.  Aku pun tumpang gembira.. Harapannya agar hubungan yang bakal dibina itu kekal selama-lamanya, bukan sehingga anak cucu cicit semua je, tapi hingga ke syurga. Semoga kalian sentiasa dalam kalangan Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah an-Nur ayat 32,

"Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui."

Majlis yang terdekat adalah majlis saudara Hanif Hashim dan kak Annazifah, yang bakal berlangsung pada Sabtu, 8 Jun 2013. Ada kad undangan perkahwinan yang Hanif pamerkan di Facebook. Hanif, aku nak curi bawak masuk dalam blog deh! :D



InsyaAllah, majlis mereka ini akan aku hadiri, tapi kat Terengganu nantilah. Kat Negeri Sembilan tu tak dapatlah, sebab aku masih di India. Khabarnya, ramai juga yang bakal hadir di sana. Ramai-ramai la kita memeriahkan majlis. Majlis Kak Mizah dgn Anwar Hakim nanti pun boleh hadir rasanya, sebab di Kota Bharu, dekat je dengan rumah. Majlis Darina pulak, sedang difikirkan.

Kepada bakal-bakal pengantin, meh nak belanja satu lagu. =)



Akhir kata, semoga anda semua mengecapi nikmat berumah tangga dan terus berbahagia hingga ke syurga =)

22 Mei 2013

Bahagian 1 : Cerita-Cerita Balik Malaysia

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Sebenarnya ni cerita lama, tapi tak lengkap rasanya andai tidak dikongsi bersama. Hehe.. Kisah balik Malaysia untuk kali ke-2.

Marilah terbang ke Malaysia


22 Februari 2013, balik Malaysia lagi. Tujuan utama adalah untuk melegakan kaki yang agak terbeban dek kerana sudah tak guna tongkat untuk bantuan berjalan. Betis besar sebelah! Nak balik untuk berubat lah kiranya. Kedua, untuk melepaskan rindu kepada keluarga. Ketiga, untuk pulangkan tongkat milik mak cik aku. Hehe.. Yang last tu saje je :D

Baru genap 100 hari sampai kat India, balik ke Malaysia semula. 100 hari yang ditempuh itu bukan mudah bagi aku. Daripada kaki 4, jadi 3. Daripada 3, jadi 2. Alhamdulillah, akhirnya sembuh daripada kecederaan yang dialami sejak akhir Julai 2012. Terima kasih kepada yang selalu mendoakan.

Macam biasa, perjalanan bermula dari Belgaum pada malam 21 Februari, dengan bas, ke Bangalore. Sebenarnya kami baru sahaja ada pilihan sama ada ingin menaiki bas atau kapal terbang SpiceJet dari Belgaum ke Bangalore dan sebaliknya. Namun, disebabkan wang yang kurang mencukupi, maka... naik bas saja. Ramai jugak yang balik kali ini. Lebih 40 orang balik ke Malaysia walaupun cuti hanya seminggu. Masing-masing ada tujuan yang tersendiri.

Lepak di Bangalore untuk beberapa jam sebelum ke Bengaluru International Airport. Tumpang rumah pelajar IMS-MSU kat Gokula. Alhamdulillah, Allah turunkan rezeki, ada sahabat belanja makan tengah hari. Saudara 'Isa, rakan seperjuangan di ASiS yang kini belajar di IMS-MSU, dialah yang belanja aku makan. Sempat borak sekejap dengan beliau sementara menunggu Solat Jumaat.

Lepas solat Jumaat, terus ke Bengaluru International Airport. Jarak antara Gokula dengan lapangan terbang adalah dalam 40km. Naik teksi, tak mahal sangat, dalam RM40. Berbaloi sangat. Ada drama mini sikit masa kat airport. Muatan terlebih pulak. Ambik 25kg je, tapi terlebih sampai 27kg. Alhamdulillah, dah bersedia untuk kemungkinan itu. Awal-awal lagi dah bawak beg kosong. Boleh bawak masuk muatan lebih tu sebagai hand luggage. Syukurlah terfikir pasal benda ni.

Satu lagi drama! Dekat kaunter check-in tu, mereka tak bagi aku bawak tongkat masuk dalam kapal terbang. Padahal boleh je kan?! Saje je cari masalah, nak suruh aku check-in sekali tongkat tu masuk dengan bagasi. Nasib baik aku belajar teater / drama, aku pun terus berlakon, cakap aku masih perlukan tongkat tu, dan buat-buat sakit (padahal tak pun sebenarnya!). Mereka percaya dan terus bagi bawak masuk. Lakonan yang mantap. Padan muka tempe, saja cari pasal dengan aku.

Sementara menunggu flight AK1212 yang terlambat tiba, ada caranya untuk menghilangkan bosan.. Antaranya....

Main daun terup
Keep calm and wait for the delayed flight..


Maka, pada 12.30 tengah malam waktu Malaysia, kami selamat tiba di LCCT, Sepang. Tanpa berlengah, memandangkan sudah lewat malam, aku terus ambik bas dari LCCT ke KL Sentral. Ada abang ipar aku menanti di sana. Sejam perjalanan dari sana, alhamdulillah selamat tiba di KL Sentral. Kemudian, terus ke rumah kakak aku di Apartmen Sri Batu, KL. Tidur sebentar sementara menunggu pagi. Aku akan ke Kuala Lumpur lagi dalam masa seminggu.

Paginya, aku menuju ke Pekan, Pahang pulak. Rumah kakak sulung aku, dan juga tempat asal abah aku. Secara genetiknya, aku ni separuh Kelantan, separuh Pahang, in case korang tak tahu. Tapi aku duduk Kelantan sangat lama, so aku orang Kelantan lah. Hehe.. Tapi janganlah dilupakan saudara-mara di sana. Sebenarnya aku rindu kat anak-anak buah aku yang comel-comel tu. :)

Terima kasih kepada Izzat Zainal, kawan satu kelas tutorial masa kat PASUM sebab belikan tiket bas untuk aku, dan hantar aku ke Pudu Sentral pada pagi tu. Bas ke Pekan pukul 11.00 pagi.

Kawan pergi Pekan dulu =)


Lama jugak perjalanan tu, pukul 4.30 petang baru sampai kat Pekan. Sepatutnya dalam 3 jam setengah dah boleh sampai, tapi sesak pulak kat Kuantan sebab kebetulan hari tu ada perlawanan bola antara Pahang dengan Kelantan. Bas kena berhenti kat Stadium Darul Makmur dulu untuk turunkan penumpang. Lepas tu, pak cik driver bas lapar lah pulak. Dah nak sampai Pekan dah pak cik.. Sempat lagi berhenti makan kat Kg. Ubai. Alahai.. Sabar je la. Bila sampai kat rumah kakak aku tu, rasa lega, dan rasa syukur dapat jumpa anak-anak buah dan dapat juga menjejakkan kaki di Pekan setelah gagal berbuat demikian masa cuti lepas habis first year.

Kalau ke negeri Pahang ni, tak makan ikan patin ni, memang tak sah. Lebih-lebih lagi, ikan patin ni adalah ikan yang paling aku suka. Awal-awal lagi dah mintak suruh masakkan ikan patin taw. Ini hasilnya. Hehe =)

Ikan patin masak tempoyak. Ikan patin yang goreng pun ada jugak.

Selain ikan patin, kakak aku ada buatkan rojak sekali. Murah pulak rezeki aku. Alhamdulillah. Setelah sembang-sembang sikit dengan Along dan suami beliau dan jugak anak-anak buah yang comel, jomlah kita keluar bersiar-siar. Mula dengan melawat kawan baik aku, Taufiq Taha kat Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan. Ini kali pertama aku ke UMP Pekan. Boleh tahan luas jugak!

Sempat snap satu gambar je


Inilah Taufiq, dulu aku selalu jugak pergi bilik dia masa kat PASUM. Dia ambik course Kejuruteraan Pembuatan kat UMP Pekan.
Kerinduan suasana di PASUM dulu amat dirasai. Syukurlah walaupun dapat peluang hanya sekejap jumpa dengan Taufiq, kerinduan itu berjaya diubati. Lepas borak-borak dengan Taufiq, aku ke bandar Pekan pulak. Banyak jugak perubahan aku tengok. Sempat la jugak ambik gambar sikit.

Muzium Sultan Abu Bakar
Masa last sekali balik Pekan, takde lagi benda ni..
Salah satu tarikan di bandar Pekan
Padang bola di tengah bandar Pekan
Anak-anak buah yang poyo. Hehe.. Ada lagi sorang, masih baby
Bendera negeri Pahang megah berkibar


Lepas bersiar-siar kat bandar Pekan, terus ke rumah mak cik aku pulak. Ada buat minum petang, tapi sebenarnya masa tu dah lambat. maaflah, sebab tadi pun sampai Pekan agak lambat. Asalkan datang ye dak? Mak cik aku nak pergi umrah, sebab tu buat minum petang tu.. Sempatlah jumpa ramai jugak mak cik dan pak cik serta sepupu-sepupu belah Abah aku..


Duduk sebelah mak cik aku. Yang dua orang tu sepupu aku.
Penat setelah seharian berjalan, dari Bangalore ke Kuala Lumpur ke Pekan. Esoknya nak balik Kota Bharu pulak. Seronoklah boleh usik-mengusik anak-anak buah.. Bukan selalu jumpa. Pastinya aku akan sangat merindui mereka. Paginya, terus ke Kuantan, naik bas kat sana menuju ke Kota Bharu.

Inilah anak buah aku yang lagi sorang. Muhammad Adam Dasuki. Meningkatkan naluri kebapaan aku je ni. Oops! :D
Sudah sampai di Stadium Darul Makmur, di terminal bas sementara, sebab Terminal Makmur dalam penyelenggaraan, dan khabarnya ada stesen bas baru yang akan dibina di Kuantan.

Anak-anak buah bersama mama mereka yang comel lote. Tengok la kakak sape kan? Hehe..

Suasana di perkarangan stadium. Ramai jugak orang yang menghala ke Kelantan, sebab semalam baru habis game Pahang lawan Kelantan
Tiketnya.. Masa untuk pulang =)

Sedih jugak nak berpisah dengan anak-anak buah, tapi lagi seronok sebab nak balik rumah. Jumpa abah dan mak. Masa nak naik bas, sempat lagi anak-anak buah aku buat muka sedih. Propa je semua tu.. Pandai betul berlakon. Lama jugak aku tersenyum sendiri mengenangkan mereka. Tunggulah 27 Julai, aku akan pulang semula ke Malaysia. Selamat jalan, persinggahan sebentar yang begitu bermakna.

Sepanjang perjalanan, hujan sepanjang masa. Syukurlah, kalau tak, mesti perjalanan agak kurang selesa. Aku rindukan suasana sebegitu, suasana musim tengkujuh, kerana aku anak Pantai Timur. Sempat juga aku mengambil gambar sepanjang perjalanan dari dalam bas.


Ini kat Kerteh. Takde pulak api nye, mungkin sebab hujan.
Replika sotong, udang dan kerang di tengah pekan Marang.
UniSZA Kampus Kota. Ada kawan baik aku, Nur Sufi buat medik kat sini. Sorang kawan satu tutorial dulu pun ambik medik jugak kat sini. Tak sempat singgah.. Lain kali yer.
Ku lihat biru. Eh! Hehe.. Aku cuba ambik gambar Taman Tamadun Islam tu sebenarnya. Abaikan bendera tu :D
Masjid Hadhari kat Jerteh.
Kota Sri Mutiara, KOTA BHARU, KELANTAN. Dah sampai! =)
Akhirnya selamat sampai di bumi Kota Bharu yang amat ku rindui. Setelah mengharungi perjalanan yang agak memenatkan, akhirnya dapat jua ku bertemu ibu bapa, dan mengucup tangan mereka. Alhamdulillah..

Aktiviti-aktiviti di Kota Bharu dan selanjutnya akan diceritakan dalam Bahagian 2. Tunggu =)

29 Apr 2013

Gwiyomi! Gwiyomi!

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Setelah sebulan tak keluar entri baru, akhirnya ada jugak isu yang ingin diketengahkan olehku. Ceh ceh.. Mesti semua orang tahu pasal Gwiyomi kan? Alah, yang bajet comel tu. Hehe.. Terpulanglah kepada individu, kalau orang tu comel, maka comel lah.. Kalau tak comel, boleh nampak sedikit comel kan, tapi syukurlah dengan kurniaan Allah S.W.T. Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.

Kepada rakan-rakan di luar sana, jangan reti buat je, tapi makna lagu dia tak tahu! Entah-entah ada mencarut ke apa ke kan. Takpe, dah check, takde apa-apa. Gwiyomi ni maksud dia 'cuteness' ataupun kecomelan lah senang cerita. Sebab tu yang buat video tu nampak cute (walaupun ada je versi seram. hehe..). Gerak gaya Gwiyomi ini sebenarnya diilhamkan oleh Jung Ilhoon, rapper dari kumpulan BtoB. Tak minat sangat K-Pop ni. Hehe.. Ni dia lirik dia, dalam bahasa Korea dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

Romanized:
Choko meopin han jogak sikyeonoko
Gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
Oppahago nahago kkok maju anjaseo
Seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo
Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Ildeohagi ileun gwiyomi
Eeldeohagi eeneun gwiyomi
Samdeohagi sameun gwiyomi
Gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
Sadeohagi sado gwiyomi
Ohdeohagi ohdo gwiyomi
Yukdeohagi yukeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi
Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Hana dul set nun gamgo naege dagawa
Du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
Geu ipsul makgoseo
Ildeohagi ileun gwiyomi
Eeldeohagi eeneun gwiyomi
Samdeohagi sameun gwiyomi
Gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
Sadeohagi sado gwiyomi
Ohdeohagi ohdo gwiyomi
Yukdeohagi yukeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi
Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

English:


Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
1 plus 1 equals Gwiyomi
2 plus 2 equals Gwiyomi
3 plus 3 equals Gwiyomi
4 plus 4 equals Gwiyomi too
5 plus 5 equals Gwiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Gwiyomi
I’m Gwiyomi
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
One, two, three
Close your eyes and come to me
When you touch my cheeks with your two hands
I stop your lips from kissing and…
1 plus 1 equals Gwiyomi
2 plus 2 equals Gwiyomi
3 plus 3 equals Gwiyomi
4 plus 4 equals Gwiyomi too
5 plus 5 equals Gwiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Gwiyomi
I’m Gwiyomi
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone

Apa? Mintak aku buat Gwiyomi? Kirim salam je la. Hehe.. Tak nak buat, nanti viral pulak kat YouTube. Haha.. Takde masa nak buat, sibuk.. Student medic la katakan. Nak update blog pun takde masa sangat. Tapi tadi masa browse Facebook, terjumpa satu benda ni, bagus sangat. Daripada lalai je, tak dapat apa buat Gwiyomi tu, baik tengok ni. :D

Familiar? Dialah yang buat parodi lagu Sayang sambil duduk tu..


Gwiyomi tu Gwiyomi jugak, jangan usha lebih-lebih sangat orang kat YouTube tu. Berpada-padalah dalam berhibur. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Rashdan Roslan di blog saya sendiri. Hehe.. Terima kasih kerana sudi membaca. =)