Akhirnya dapat juga kesempatan untuk update pasal program pada awal bulan Disember lepas, iaitu lawatan ke Pune, Maharashtra sempena World AIDS Day pada 1 Disember. Seramai 76 orang pelajar USM-KLE mengikuti program kali ini, tidak termasuk tambahan Prof. KJ dan Madam Vidya. Selain ke Pune, kami juga ke Mahabaleshwar, juga di negeri Maharashtra, tapi yang tu aku ceritakan kemudian.
Pune, juga dikenali sebagai 'Poona' atau 'Punawadi' atau 'Punya-Nagari' ialah bandar ke-8 terbesar di India. Ia adalah bandar kedua besar di negeri Maharashtra selepas Mumbai. Pernah menjadi ibu negara bagi Empayar Maratha, 560 meter dari aras laut di Dataran Deccan, berhampiran dengan Sungai Mutha. Ia menjadi pusat pentadbiran daerah Pune dan bandar metro ke-8 India. Pune diketahui telah wujud sejak 937 M lagi. Jarak antara Belgaum dengan Pune dalam lebih kurang 340 km.
Kami bertolak dari Belgaum pada jam 5.10 pagi, dan tiba di Pune dalam pukul 1.00 tengah hari. Ini kali pertama aku sampai ke Pune, dan kali pertama sebenarnya ke suatu tempat di luar negeri Karnataka. Baru aku sedar yang aku ni agak terkebelakang dalam bab travel kat India. Haihhh..
Lepas menyegarkan diri kat sebuah hotel ni, kami terus ke National AIDS Research Institute (NARI) untuk program sempena Hari AIDS Sedunia. Tema untuk tahun ini adalah 'Getting To Zero'.
Tema tahun ini..
Bangunan NARI
Baju yang kami pakai sewaktu ke NARI..
Terjumpa video di YouTube tentang Hari AIDS Sedunia 2012. Terima kasih kepada kak Fatin Amalia yang tunjuk video ini kat dalam kelas masa pembentangan mengenai topik berkaitan sempena blok CFCS. Rajinkanlah tengok yer. 1:53 je. :)
Cantik pulak 'kolam' ni. Kreatif!
Model tongkat. Hehehe
Jejaka-jejaka ganteng USM-KLE :D
Sebahagian daripada peserta program kali ini..
Ada pelbagai program di NARI, seperti pameran mengenai AIDS, lawatan ke makmal, pemberian riben merah, dan juga kuiz tentang AIDS. Secara jujurnya, tak begitu banyak input yang diperoleh kerana kesuntukan masa dan kaedah yang agak kurang berkesan. Namun, ketika sesi kuiz, agak menarik dan berilmiah. Mungkin pihak NARI dapat mengambil langkah yang lebih berkesan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini. Namun, syukurlah kerana masih dapat input yang berguna daripada program tersebut.
Dalam auditorium untuk sesi kuiz...
Antara soalan yang diajukan. Harammm tak tau. Hehehe
Setelah penat dan lapar, kami menuju ke Phoenix Market City pulak.. Misi pencarian KFC. Hehehe.. Masing-masing dah lapar. Tahap serius. Huhu....
Senja di Pune, Maharashtra.
Inilah Phoenix Market City, Pune.
Ada persembahan akustik pulak.
Setelah menghabiskan sebanyak Rs. 1100 untuk beli KFC sahaja, puas hati aku. Hehe.. Jangan salah anggap, sebab aku beli tu untuk makan malam, breakfast dan juga untuk emergency nanti. Kot-kot berlaku la kan. Namun, langit tak selalunya cerah kan. Akibat kealpaan kami sendiri, ada beberapa barang telah hilang sewaktu kami ke pusat beli-belah tu. Syukur sebab tiada barang-barang yang amat penting (contohnya pasport, IC, lesen) yang hilang. Harap-harap semua orang lebih peka mengenai keselamatan barangan masing-masing.. Setelah semuanya lega, kami bertolak ke Mahabaleshwar pada jam 9.30 malam.
Mahabaleshwar ni macam sebuah pekan dekat daerah Satara dalam negeri Maharashtra, terletak di banjaran Western Ghats. Mahabaleshwar adalah salah satu kawasan hutan malar hijau di India, dan pernah menjadi ibu negeri (ketika musim panas) wilayah Bombay semasa British Raj. Terletak lebih kurang 120 km ke barat daya Pune dan 285 km dari Mumbai.
Sampai kat sana dalam pukul 2.30 pagi, setelah beberapa drama yang tak perlu aku beritahu kat sini. Nanti panjang pulak ceritanya. Kalau nak tau, boleh approach aku kemudian. Hehe.. Buat sakit hati je cerita pasal kerenah 'tempe' (orang tempatan) ni. Setelah solat jamak takhir dan baca surah al-Mulk, tiba masa untuk eksplorasi minda pulak. Tido la! :D
Bangun esok paginya, baru lah nampak keindahan sebenar Mahabaleshwar (walaupun... haha). Rupanya cantik jugak rumah yang kami tumpang berteduh tu. Hehehe..
Sila jangan jeles. Hahaha..
Sarapan pagi itu yang berharga Rs. 130 untuk setiap seorang..
Makan makan makan.. Nom nom nom..
Ini para juniors aku. Ambik kesempatan melaui program ni untuk kenal lebih mendalam.
Fellow blogger, Azhar Che Omar. Boleh baca blog beliau kat SINI.
Wajah riang kami semua. :D
Fish eye katanya. Hehe
Bergambar sebelum check-out dari rumah itu..
Di rumah banglo itu, kami sempat melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah, seperti bacaan al-Mulk, bacaan al-Mathurat, solat berjemaah dan juga permainan, yang bertujuan untuk menyedarkan bahawasanya kita sepatutnya kembali kepada fitrah kejadian manusia. Alhamdulillah, program di rumah banglo lelaki berjalan dengan lancar, hasil kelolaan pihak I-Soc USM-KLE.
Mana budak perempuan? Diorang kat rumah lain la. Takkan nak campur sekali kan. =.='
Kawasan pertanian. Tanah tinggi berhawa sederhana. Hehe
Marilah berjalan menuju ke banglo budak perempuan. Masa ni driver bas emo sebab kena leter dengan Madam Vidya sebab asyik lambat. Kami jugak jadi mangsa =.='
Sempat lagi ambik gambar. Kalau korang tak faham, batu tu tulis 'Mahabaleshwar', lagi 6 km.
Setelah berjalan hampir 1 km, tibalah berhampiran banglo budak perempuan, bermulalah lawatan ke sekitar Mahabaleshwar. Antara tempat yang dikunjungi:
Bagicha Corner: 2 dalam 1, iaitu Taman Strawberi dan juga restoran.
Inilah tempatnya
Fellow blogger juga, Ryan Gilbert. Boleh baca blog dia kat SINI.
Nak jugak walaupun kurang berkemampuan. Hehe
Antara bunga yang dipamerkan..
Masa untuk minum..
Rasa dia boleh tahan..
Harga pun berpatutan.. yang ni Rs. 100
Itu dia, Bagicha Corner.
Ini dia Kaya, atau Zakaria Zainal. Comel. Hahaha
Buah strawberi. Nom nom nom..
Ni tangan Pa'an (Farhan Bong Tamam) masa masih bersimen. Nak join kelab ortopedik jugak eh. Hehe..
MAPRO Garden:
Strawberi besar punye
Antara menu di sana..
Baru aku tahu, gula-gula Falero dibuat di sini..
Geng brotherhood
Pohon-pohon menghijau.. Indahnya. SubhanAllah.
Yang ni dah kat luar MAPRO Garden. Strawberi murah, dalam Rs. 180 sekilo (lebih kurang RM10)
Gerai strawberi lagi. Pandai tawar-menawar, lagi rendah harganya..
Parsi Point: Boleh dikatakan sebagai tempat untuk melihat keindahan alam semulajadi.. Boleh nampak keseluruhan Lembah Krishna dan sebahagian Empangan Dhom. Tak tahu la pulak kenapa nama dia 'Parsi'.. Ada kaitan dengan Iran ke apa ni?? Tak sempat tanya..
Antara pemandangan di Parsi Point.
Subhanallah, indahnya.. Rugi pulak rasanya sebab pemandangan kurang jelas, namun masih menarik, dan saujana mata memandang.
Duduk gaya bebas. Sebenarnya nak solat masa ni, tapi kesuntukan masa, jadi, solat kat banglo pelajar perempuan.
Wajah-wajah sabar..
Iwadh Rashid abang macho. Dia takde blog. Hehe..
Abe Erwyn Ooi mencuba untuk menembak..
Sekitar Mahabaleshwar: Asalnya lepas meninjau pemandangan kat Parsi Point tu, kami nak makan dulu, sebelum bertolak pulang ke Belgaum.. Tapi bila kami sampai kat tempat tu, tengok-tengok masa tu tempat tu tak bukak lagi. Kecewa lah semua orang sebab masing-masing dah lapar. Siap tengok menu lagi.. Lebih menggemparkan apabila mendapati tempat tu hidang khinzir jugak! Memang tak la kan.. Lalu dengan hati yang kecewa, kami pulanglah ke Belgaum, selepas singgah kat rumah banglo pelajar perempuan untuk solat.
Ada horse riding kat Mahabaleshwar..
Pak cik sempat lagi yer posing. Haha
Ada juga Boat Club kat Tasik Venna.
Rasa nak naik.. tapi sedarlah diri. Hahahaha
Nak turun dari Mahabaleshwar tu pun ada drama jugak. Aisehhh.. 30 km perjalanan turun bukit merentasi Pasarni Ghat. Jalan macam ular kena palu. Sampai kat bawah tu, brek bas overheat pulak. Terpaksalah tunggu dekat sejam jugak untuk bagi brek sejuk balik. Setelah menahan lapar agak lama, akhirnya, dapat juga makan pada jam 11.15 malam kat Sai International, kat tepi highway nak balik Belgaum. Walaupun semua tu makanan veg sahaja, tapi memandangkan semua dah lapar, jadi makan sahaja la.
Lapar ye bang?
Masing-masing mengisi perut yang kosong.. Kesian..
Setelah pelbagai dugaan yang ditempuh, akhirnya tiba juga di Belgaum pada jam 2.30 pagi. Sambung tidur lepas tu, sebab paginya ada kelas pulak. Alhamdulillah, setelah melalui macam-macam ujian, selamat jua tiba di Belgaum. Hanya orang-orang yang kuat sahaja yang mampu untuk melalui semua ini. Nak senangkan hati dan nak bagi diri lebih sabar, aku sentiasa ingat bahawa Allah takkan menguji hamba-hambaNya kalau mereka tak mampu untuk menggalasnya. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman maksudnya,
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata):” Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
tersalah. Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau membebani kami bebanan yang
berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang
terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada
kami apa yang tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami,
dan berikanlah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Jadi, senyumlah kerana anda semua telah melepasi salah satu ujian yang agak ringan sebenarnya. InsyaAllah segala yang buruk tu datangnya daripada kita, dan segala yang baik itu datangnya daripada Allah.
InsyaAllah, mungkin kalau ada kelapangan masa, bolehlah lagi berkunjung ke Pune dan Mahabaleshar. Mungkinkah ada projek Pune 2.0 atau Mahabaleshwar 2.0 pada masa yang akan datang? Aku sendiri pun tak tahu..
Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia! Alhamdulillah, pada 14 Disember 2012, aku telah genap 20 tahun hidup di dunia yang fana ni. Pada 14 Disember 1992, jam 5.57 pagi, di Hospital Besar Kota Bharu (kini dikenali sebagai Hospital Raja Perempuan Zainab II), aku dilahirkan ke dunia ini. Kebetulan, aku lahir pada hari ulang tahun kelahiran ibu aku yang ke-33. Jadi, kami berkongsi tarikh lahir yang sama! (tahun je la yang beza eh. hehe)
Apa yang jadi malam tu?? Mastermind : Fareed Azlan (Roommate aku)
Tukang nyanyi lagu Happy Birthday : Hampir kesemua pelajar laki USM-KLE senior and junior
Mangsa : Rashdan Roslan
Teknik : Mengejutkan aku bangun daripada tidur.. Hampir nak mimpi dah masa tu. Hehehe..
Jalan Cerita :
Malam tu nak tido awal, sebab esoknya ingat nak bangun awal, belajar... (kononnye. hahaha)
Tido dalam pukul 11.40 malam.. Dah lena tak lama lepas tu.
Dah sedap tido tu, ramai-ramai kejut aku bangun dari tido. Aisehhhh..
Diorang nyanyi lagu 'Happy Birthday' pulak. Sungguh tak disangka, ingatkan acara sambut hari jadi masa tengah malam ni dah berhenti. Rupanya ada lagi. Hehehe :)
Alhamdulillah, ramai juga yang
nak sambut birthday aku, tak sangka!! Terharu dowh!! Susah-susah je buat semua ni kat aku... Rugi la, aku sikit lagi nak mimpi-mimpi indah, tetiba korang kejut kan. Tapi aku okay je. :D
Kek birthday yang Fareed Azlan sponsor. Hehehe.. Kat kek tu bukan nama sebenar eh :D
Antara yang mengejutkan aku tido..
Muka aku blur di situ.. Baru bangun kot. Safwan nak bermanja-manja pulak. Hahaha
Aznil, ko teringin nak 'after' tongkat aku ke? :p
Fakih Khan si abang gym buat muka tomei. Hehehe
Acara potong kek
Afiq Aizat si ketua Biro Sukan & Kebudayaan. Tak payah nak stretching sangat la. Haha :P
Kini, aku sudah besar panjang.
Alhamdulillah, aku masih diberi keizinan olehNya untuk meneruskan hidup
seharian. Syukur kerana aku masih mampu berdiri teguh setelah pelbagai
ujian yang melanda aku sejak kebelakangan ini.Ujian yang paling berat adalah
kemalangan yang aku alami pada 31 Julai 2012. Namun, syukur kerana aku
kini semakin pulih. Sebulan setengah lagi, insyaAllah.
Dah 20 tahun ni, kena la siap-siapkan diri untuk jadi insan yang lebih baik. Takde angka '1' dah kat depan. Maknanya umur dah semakin meningkat, kena lebih matang, dan perlukan peningkatan diri. InsyaAllah, secara perlahan-lahan, aku akan cuba untuk jadi lebih baik dari dulu. Kalau ade salah, tolong tegur ye.. Permulaan ni, nak belajar masak dulu. Nak belajar masa balik Malaysia hari tu.. Tapi korang tahu la kan apa yang jadi.. Sampai bila nak bergantung kat orang je kan. Aku pun segan =.='
Baiklah, terima kasih kepada semua yang mengucapkan 'Happy Birthday' dan mendoakan kebaikan kepada aku, sama ada di Facebook, Twitter, WhatsApp mahupun secara SMS. Telefon pun ada.. Semoga korang pun beroleh kebaikan yang sama.
Sekian dulu untuk kali ini, terima kasih kerana membaca :)