Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

5 Feb 2014

Cuti-Cuti Diwali : Mangalore & Manipal

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Entri terakhir tentang percutian sewaktu cuti Deepavali yang lepas.

Dari Bangalore, saya ke Mangalore pula secara solo kerana Helmi Hamid terus pulang ke Belgaum kerana ada urusan yang lebih penting. Tak mengapa, teruskan sahaja perjalanan sambil mengharapkan semuanya akan selamat.

Pemandangan yang agak klasik di Mangalore


Setibanya di Mangalore pada jam 6.45 pagi, 7 November 2013, sahabat saya, Harith Aini menjemput saya di PVS Circle dan terus membawa saya ke rumahnya di Maharaja Residency. Rumah yang bernombor 904 itu diberi nama 'Darul Rantissi'. Harith tinggal bersama Muhsan dan Syahir. Jika pada kunjungan yang lepas, saya tidak sempat bermalam di sana, namun pada kunjungan kali ini, saya telah berjaya menebus kekecewaan mereka.

Bertukar-tukar cerita, bersenda gurau, itulah aktiviti kami. Namun masih dalam suasana ingat-mengingati kepada Allah S.W.T.. Indahnya suasana sebegini. Terasa manisnya ukhuwah, boleh membawa kepada penyakit Diabetes Mellitus Type 2. Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman!

Alhamdulillah, sepanjang berada di Mangalore, saya disaji dengan pelbagai juadah yang menarik. Semuanya ditanggung beres. Pertama kali merasa makan di Kobe Sizzlers di City Centre, Mangalore.

Minuman di Kobe Sizzlers

Malamnya, setelah makan malam di Darul Rantissi, makan ais krim pula di Ideals. Alhamdulillah, ditanggung lagi. Tunggu kehadiran mereka di Belgaum pula untuk balas kembali budi.

Setelah bermalam di Mangalore, tibalah hari terakhir percutian. Saya menuju ke Manipal pada paginya. Bakal bertolak pulang ke Belgaum pada malamnya. Sudah banyak kali saya berkunjung ke Manipal, terasa seperti rumah kedua.

Suasana dalam bas dari Mangalore ke Manipal. Jarak perjalanan lebih kurang 80km, mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit.

Sudah tiba. Tiger Circle, Manipal.

Setelah 3 tahun tidak bersua, akhirnya peluang itu datang jua untuk bertemu kawan lama. Memperkenalkan Parthiban a/l Subramaniam, rakan sedorm di SM Sains Alam Shah (ASiS) dulu. Masing-masing dah naik berat badan ya.

Tidak sah andai tidak menjamah juadah yang lazat di Manipal sekiranya anda ke sana, kerana Manipal memang terkenal dengan makanan yang murah dan sedap. Alhamdulillah, untuk makan tengah hari, saudara Parthiban belanja. Dah lama tak jumpa. 3 tahun tak jumpa, mestilah banyak cerita dan kisah yang keluar. Masing-masing rindu ASiS, terutamanya suasana dalam dorm 2A3.

Petangnya, saya dibawa ke Malpe Beach oleh kenalan saya di Manipal, Syafiq Zharfan atau lebih dikenali sebagai Apan. Dari Manipal, kami ke Malpe Beach dengan menaiki vespa.


Malpe Beach, Udupi

Boleh cuba untuk parasailing untuk mereka yang berminat

Suasana matahari terbenam yang amat menarik

Ada juga khidmat tunggang kuda di pantai tersebut

Pantai yang indah dan tidak pernah mengecewakan, cumanya agak sukar untuk mencari pengangkutan pulang sekiranya anda datang ke sini dengan menaiki auto.

Apan, Bulan Mac ni dia akan pulang ke Malaysia untuk sambung belajar di kampus MMMC di Melaka yang masih berbaki 2.5 tahun.

Antara makanan laut yang dijual di pantai tersebut. Jangan bimbang, harga amat berpatutan.

Suasana senja di Malpe Beach, sambil kami makan makanan laut yang boleh tahan sedap.
Setelah mengukir pelbagai memori di pelbagai destinasi, akhirnya percutian pada cuti Deepavali telah tamat. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. InshaAllah, saya akan terus mengembara jika ada kelapangan masa dan ada rezeki kerana saya yakin, ada saja pengalaman yang baru dalam setiap perjalanan. Jangan lupa ucap 'Subhanallah' andai ternampak sesuatu yang mengagumkan di sepanjang perjalanan.


Berjalan dan bermusafirlah
Untuk melihat kebesarannya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurnianya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia


Bersama rakan-rakan seperjuangan di ASiS dulu sebelum pulang ke Belgaum. Semoga Allah S.W.T. kekalkan silaturrahim antara kami.

Cuti-Cuti Diwali 2013 : TAMAT.

31 Dis 2013

Imbasan 2013

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Ini adalah entri terakhir untuk tahun 2013.

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirai. Akan datang pula tahun 2014. Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih diberi peluang untuk hidup hingga ke hari ini. 365 hari yang berlalu banyak meninggalkan memori yang manis dan juga pahit.

Yang manis pada 2013:






















  • Pengalaman belajar fotografi dengan lebih mendalam














































Yang pahit pada 2013:







  • Dijangkiti demam denggi




Apa-apa pun, alhamdulillah, tahun 2013 menyaksikan kesihatan saya secara keseluruhannya bertambah pulih, namun bukan sepenuhnya. Masih terbatas, namun sudah banyak perkembangan baik. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa bersama saya semasa senang atau susah.

Yang manis, kekalkannya sebagai kenangan yang indah dalam hidup anda. Yang pahit, terimalah seadanya meskipun sukar untuk dilupakan. Ambillah iktibar, dan jadilah insan yang lebih baik. Mungkin ada hikmah yang menunggu di hujung jalan, inshaAllah, yakinlah dengan qada' dan qadar.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.
Barang siapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.
Barang siapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT."

Sempena tahun baru ini, ayuh semua, kita buka buku baru, jadikan tahun 2014 lebih baik daripada tahun 2013. Jadilah insan yang lebih taat dan beriman kepada Allah S.W.T.. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya.

Biar Allah sayang, biar syaitan benci.

22 Sep 2013

Inteam Yang Intim


..السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Salam sejahtera, semua. Entri kali ini tentang lawatan singkat ke Pejabat Urusan Inteam Records tempoh hari.

Inilah dia Pejabat Urusan Inteam Records yang terletak di Bandar Sri Damansara

Sebenarnya aku ingin memenuhi jemputan saudara Firdaus, PR kepada kumpulan nasyid terkenal negara, Inteam. Siapa tak kenal Inteam kan? Yang amat popular dengan lagu Nur Kasih, Kasih Kekasih dan Setanggi Syurga.

Kumpulan nasyid Inteam yang tetap bertahan dan mantap


Ceritanya begini. Hari tu masa raya, aku ada buka fanpage Inteam, sebab nak beli album terbaru Inteam, Iman & Aman. Adalah tertera nombor akhi Firdaus. Aku pun cuba hubungi nombor tu. Alhamdulillah, dapat. Tak sangka pulak akhi Firdaus ada di Kelantan pada waktu tu. Kebetulan zaujah (isteri) dia orang Kelantan. Orang Pasir Tumboh, Kota Bharu. Dekat je dengan rumah. Maka, pada malam 14 Ogos 2013, aku ambil album Iman & Aman tu di pasar raya PKT Pasir Tumboh. Di situlah aku berkenalan dengan akhi Firdaus.

Jumpa kejap sangat, maka aku ambil keputusan untuk ke pejabat urusan Inteam Records di Bandar Sri Damansara sambil aku nak beli alatan pembelajaran aku di KL. Lagipun, aku dah lama menyimpan hasrat untuk bertemu ahli kumpulan Inteam. Sejak zaman lagu Kasih Kekasih lagi aku dah minat pada kumpulan Inteam ini. Banyak juga lagu Inteam lain yang aku minati, contohnya Pemergianmu, Sutera Kasih, Kalimah Cinta, Damba Kasih, Ratu Syahadah, Hembusan Kasturi, Selawat Junjungan dan Dia Muhammad. Banyak lagi sebenarnya, kalau nak tulis, memang panjang senarainya.

Album Kasih Kekasih. Semua bujang lagi masa ni. Akhi Amin paling lain. Hehe..

Setibanya aku di KTM Kepong Sentral, aku naik teksi ke pejabat Inteam Records. Sudahlah tak pakai meter, pemandu teksi tu tak tahu lokasi pejabat Inteam Records. Syukurlah tidak dicekiknya darah aku kuat sangat. Kena bayar RM10 untuk perjalanan yang boleh tahan jauh. Aku tak biasa dengan kawasan Bandar Sri Damansara, tak tahu lah macam mana. Tengok peta, agak jauh jugak.

Yang penting, setelah berjalan sedikit, berbekalkan alamat yang dicari di Facebook, akhirnya aku berjaya menemui pejabat urusan Inteam Records. Kebetulan, akhi Firdaus baru sahaja pulang dari servis kereta. Aku segera menegur beliau dengan sapaan, “Assalamualaikum syeikh!”

Memperkenalkan, akhi Firdaus..

“Waalaikumussalam,” jawab akhi Firdaus. Nasib baik dah kenal hari tu dengan beliau, dapatlah peluang untuk meninjau pejabat urusan Inteam Records. Bukan mudah untuk masuk ke pejabat tu, ada kod istimewa untuk staf sahaja. Rasa eksklusif tiba-tiba. Hehe..

Inteam Records. Bertuah dapat menjejakkan kaki di sini.

Suasana dalam pejabat Inteam Records. Tema oren.

Promosi album baru Inteam, Iman & Aman


Naik je ke pejabat Inteam tu, di pintu atas, kebetulan akhi Hazamin atau lebih mesra dipanggil akhi Amin, dah ada di situ. Macam tahu-tahu je aku paling minat akhi Amin dalam Inteam. Akhi Rahim dan akhi Syah juga aku minati, bertiga menjadikan Inteam amat mantap. Bukanlah bermakna tak minat yang lain, minat je. Masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri.

Pintu pejabat akhi Amin.


Bersama akhi Amin. Peramah orangnya, walaupun sibuk, tapi tetap melayan tetamu dengan amat baik. Rasa amat dihargai.

Malangnya, aku tak dapat bersua dengan akhi Rahim pada hari itu. Cuma akhi Amin dan akhi Syah yang ada. Tak mengapa, better than nothing kan? Hati tetap gembira dan tak sangka, dulu tengok dalam tv dan YouTube serta dengar lagu dalam radio je, kali ini dapat bersua muka dan berbual tanpa perlu ke show Inteam. Hehe..

Bersama akhi Syahril atau lebih mesra dikenali sebagai akhi Syah. Suara high note beliau, mantap! Kagum sangat. Maintain je dari awal kemunculan Inteam sampai sekarang.. Tetap mesra melayan tetamu meskipun kelihatan sibuk.

Yang penting, ahli kumpulan Inteam amat mesra. Berbual dengan mereka terasa seperti sudah lama kenal. Rasa amat selesa. Ditambah pula dengan sajian kuih raya. Mungkin ini salah satu rahsia mengapa Inteam masih bertahan sehingga kini. Bukan sebab kuih raya, tapi sebab kemesraan mereka. Salah satu kumpulan nasyid yang terkemuka di Malaysia dan nusantara.

Sedap kuih raya ni. Lebih sedap bila makan kat pejabat Inteam Records ^_^


Staf mereka juga mesra. Antara staf yang aku ingati adalah saudara Frizdan Fizarahman. Dia merupakan komposer terkenal yang menghasilkan lagu-lagu hit, antaranya Pemergianmu dan Dia Muhammad. Untuk pengetahuan semua, lagu Dia Muhammad pernah memenangi Anugerah Lagu Nasyid Terbaik di AIM17 pada tahun 2010. Malahan, album Allahu Rabbi yang mengandungi lagu Dia Muhammad juga dijulang sebagai Album Nasyid Terbaik pada majlis anugerah yang sama. Selain itu, saudara Nordin Jaafar, bekas ahli kumpulan AlarmMe, yang nyanyi lagu 'Bulan-Bulan Islam' tu. Yang "Muharram Safar Rabiulawal, Rabiulakhir Jamadilawal..." tu. Sekarang dia berkarya dengan menulis buku pula. Aku pun ada beli buku karyanya, 'Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Bangsa 'Sukar' ".

Apabila mendapat tahu aku adalah pelajar perubatan di India, mereka ada membayangkan hasrat untuk ke India, menjelajah ke tempat belajar pelajar Malaysia di sana. Aku akan cuba merealisasikan hasrat mereka itu. Balik India nanti aku akan cuba bincangkan perkara ini dengan ikhwah di India pula. Ikhwah di berlainan tempat. Semoga kami dapat bawa Inteam berdakwah menerusi lagu di India pula. Untuk rekod, Inteam pernah merakamkan lagu dalam bahasa Urdu, iaitu lagu Allahu Rabbi. Mungkin boleh dinyanyikan di India nanti sekiranya perancangan berjaya.

Bersama abang-abang Inteam. Kecewa sebab tak cukup sorang, akhi Rahim. Mungkin tahun depan boleh jumpa, insyaAllah.


Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Mereka ada mesyuarat pulak, terpaksalah memberi ruang kepada mereka. Sempat juga aku hulurkan sedikit cenderamata dari India, kecil namun semoga bermakna. Tahun depan hadiah lebih besar, insyaAllah. Pertemuan yang singkat namun amat bermakna. Bertambah minat aku kepada Inteam. =)

Buah tangan terbaru Inteam kepada peminat


Mengenai album Iman & Aman ini, album ni terbaik! Bukan mudah untuk aku beli album, tapi lagu-lagu dalam album ini amat meyakinkan. Berdasarkan maklum balas yang aku baca di Internet, nyata aku tidaklah berseorangan. Ramai juga yang berpendapat album ini sangat bagus. Tempoh 3 tahun untuk menghasilkan album baru walaupun agak lama, namun apabila hasil sebegini yang dikeluarkan, para peminat amat berpuas hati. Lebih-lebih lagi, apabila dibantu oleh dua orang bekas ahli Inteam, saudara Suhaimi dan saudara Hisyam, menjadikan album ini amat berkualiti. Tak hairan jika album ini memenangi beberapa kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) nanti. Antara lagu di dalam album ini adalah seperti Iftar, Jumaat, Syafaatmu, Nothing’s Everlasting, Ya Rasulullah Inni, Zikir Susah Senang dan Mulakan Hari Ini. Turut diselitkan dalam album ini adalah lagu Nur Kasih yang diberi susunan muzik baru dan menampilkan saudara Munif Hijjaz. Lagu lain adalah Tragedi Taif menampilkan UNIC dan Kau Ditakdirkan Untukku menampilkan kumpulan EdCoustic dari Indonesia. Namun, lagu-lagu hit dalam album ini adalah lagu Jatuh Bangun dan Iman & Aman. Kesimpulannya, semua lagu di dalam album ini begitu menarik. Tahniah Inteam kerana berjaya meyakinkanku membeli album ini. Anda semua bila lagi? Tak yakin? Cuba dengar dan tengok video di bawah ini. Pasti akan tertarik untuk membeli album Iman & Aman ni.



Berbalik pada cerita di Inteam Records. Akhi Firdaus sempat bawa aku ke lobi Inteam Records di tingkat bawah, di mana ada album-album terbitan dan edaran Inteam Records dipamerkan di sana. Ada juga buku-buku yang diterbitkan oleh Inteam Publishing dipamerkan di sana.

Bilalah agaknya boleh rakam lagu dengan Inteam ni? Hehe.. Berangan.

Stor yang menempatkan buku-buku dan album-album yang akan diedarkan ke seluruh negara

Album-album terbitan dan edaran Inteam Records

Buku-buku yang dihasilkan oleh Inteam Publishing

Ada lagi buku-bukunya. Banyak!


Sebagai token, akhi Firdaus menghadiahkan album Maher Zain yang terbaru kepadaku. Senyum lebar aku pada hari tu, dah lah dapat jumpa kumpulan Inteam, dapat pula hadiah percuma. Alhamdulillah.. Kemudian, akhi Firdaus hantar aku ke Stesen KTM Sungai Buloh. Hujan rintik-rintik, mungkin hujan rahmat. Terima kasih akhi Firdaus sebab memberi layanan first class, dari pejabat hinggalah ke stesen KTM.


Syukran wa jazakallahu khoiran kathira akhi Firdaus. Ana bawak ke India ni, sekali dengan album Iman & Aman

Sebenarnya, akhi Firdaus juga ingin pulang ke Kota Bharu untuk menghantar bapa mertua dan adik-beradik iparnya ke sana sambil menjenguk zaujah dan anaknya. Beliau ada mengajak aku untuk pulang ke Kota Bharu bersamanya, tapi malangnya kereta dah penuh. Aku pun dah beli tiket, maka tak mengapalah, jumpa di Kota Bharu je nanti.

Meskipun jumpa di pejabat Inteam Records, masih tak habis taaruf lagi! Dunia ini kecik aje. Rupanya mak aku kenal dengan akhi Firdaus. Akhi Firdaus ni pernah melatih nasyid di tempat mak aku bekerja iaitu di Pusat Serenti Wanita Bachok (sekarang dikenali sebagai PUSPEN Bachok). Akhi Firdaus ni baik dengan mak aku dan seorang lagi rakan mak aku, mak cik Aida. Maka, bertambah rapatlah aku dengan akhi Firdaus. Raya nanti wajib datang rumah. Hehehe..

Keesokan harinya, akhi Firdaus dah nak kena balik KL dah. Almaklumlah, PR Inteam, mestilah sibuk yang amat. Sempat jumpa dia kat Stesen Bas Kota Bharu. Dia naik bas Ekspress Perdana ke Kuala Lumpur pada jam 9.30 pm. Inteam Records dah warna oren, bas pun warna oren yer. Hehe.. Kesian akhi Firdaus, kena ulang-alik KL-KB selalu sebab zaujah dan anak dia kat KB. Fayyadh mesti selalu rindu Abi dia kan?

Setakat ini dulu catatan lawatan ke pejabat urusan Inteam Records. Tahun depan nak ke sana lagi, insyaAllah. Akhi Amin, akhi Rahim, akhi Syah, tunggu kedatangan ana tahun depan, insyaAllah. Terima kasih abang-abang Inteam sekalian, syukran wa jazakumullahu khoiran kathira kerana sudi melayan ana walaupun antum sibuk =)