..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Dari Bangalore, saya ke Mangalore pula secara solo kerana Helmi Hamid terus pulang ke Belgaum kerana ada urusan yang lebih penting. Tak mengapa, teruskan sahaja perjalanan sambil mengharapkan semuanya akan selamat.
Pemandangan yang agak klasik di Mangalore |
Setibanya di Mangalore pada jam 6.45 pagi, 7 November 2013, sahabat saya, Harith Aini menjemput saya di PVS Circle dan terus membawa saya ke rumahnya di Maharaja Residency. Rumah yang bernombor 904 itu diberi nama 'Darul Rantissi'. Harith tinggal bersama Muhsan dan Syahir. Jika pada kunjungan yang lepas, saya tidak sempat bermalam di sana, namun pada kunjungan kali ini, saya telah berjaya menebus kekecewaan mereka.
Bertukar-tukar cerita, bersenda gurau, itulah aktiviti kami. Namun masih dalam suasana ingat-mengingati kepada Allah S.W.T.. Indahnya suasana sebegini. Terasa manisnya ukhuwah, boleh membawa kepada penyakit Diabetes Mellitus Type 2. Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman!
Alhamdulillah, sepanjang berada di Mangalore, saya disaji dengan pelbagai juadah yang menarik. Semuanya ditanggung beres. Pertama kali merasa makan di Kobe Sizzlers di City Centre, Mangalore.
Minuman di Kobe Sizzlers |
Malamnya, setelah makan malam di Darul Rantissi, makan ais krim pula di Ideals. Alhamdulillah, ditanggung lagi. Tunggu kehadiran mereka di Belgaum pula untuk balas kembali budi. |
Setelah bermalam di Mangalore, tibalah hari terakhir percutian. Saya menuju ke Manipal pada paginya. Bakal bertolak pulang ke Belgaum pada malamnya. Sudah banyak kali saya berkunjung ke Manipal, terasa seperti rumah kedua.
Suasana dalam bas dari Mangalore ke Manipal. Jarak perjalanan lebih kurang 80km, mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. |
Sudah tiba. Tiger Circle, Manipal. |
Tidak sah andai tidak menjamah juadah yang lazat di Manipal sekiranya anda ke sana, kerana Manipal memang terkenal dengan makanan yang murah dan sedap. Alhamdulillah, untuk makan tengah hari, saudara Parthiban belanja. Dah lama tak jumpa. 3 tahun tak jumpa, mestilah banyak cerita dan kisah yang keluar. Masing-masing rindu ASiS, terutamanya suasana dalam dorm 2A3.
Petangnya, saya dibawa ke Malpe Beach oleh kenalan saya di Manipal, Syafiq Zharfan atau lebih dikenali sebagai Apan. Dari Manipal, kami ke Malpe Beach dengan menaiki vespa.
Malpe Beach, Udupi |
Boleh cuba untuk parasailing untuk mereka yang berminat |
Suasana matahari terbenam yang amat menarik |
Ada juga khidmat tunggang kuda di pantai tersebut |
Pantai yang indah dan tidak pernah mengecewakan, cumanya agak sukar untuk mencari pengangkutan pulang sekiranya anda datang ke sini dengan menaiki auto. |
Apan, Bulan Mac ni dia akan pulang ke Malaysia untuk sambung belajar di kampus MMMC di Melaka yang masih berbaki 2.5 tahun. |
Antara makanan laut yang dijual di pantai tersebut. Jangan bimbang, harga amat berpatutan. |
Suasana senja di Malpe Beach, sambil kami makan makanan laut yang boleh tahan sedap. |
Berjalan dan bermusafirlah
Untuk melihat kebesarannya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurnianya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia
Bersama rakan-rakan seperjuangan di ASiS dulu sebelum pulang ke Belgaum. Semoga Allah S.W.T. kekalkan silaturrahim antara kami. |
Cuti-Cuti Diwali 2013 : TAMAT.
salam.sy nak tnya adakah permohonan ke usm kle hanya boleh sampai 3 kali sahaja?
BalasPadamwslm.. 3 kali maksudnya apa?
Padamsalam..nk tnye bile ek permohonan usm kle utk thun 2015
BalasPadamBiasanya selepas keputusan matrik & asasi keluar..
Padam