Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

27 Jul 2014

Salam Lebaran

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Entri kali ini berkisarkan perjalanan pulang ke Malaysia tempoh hari dan juga ucapan hari raya.



Alhamdulillah, setelah lulus Peperiksaan Ikhtisas-II (Pro Exam-II), minda ini tidak berhenti memikirkan untuk pulang ke Malaysia, bercuti selama 3 bulan. Almaklumlah, seperti setiap tahun, pulang ke tanah air, tidak sabar untuk bertemu insan yang tersayang di Malaysia.

Walaupun penerbangan pulang saya ke Malaysia adalah pada 1 Jun 2014, namun saya berhasrat untuk ke Bangalore awal sedikit, 2-3 hari awal kerana ingin bersiar-siar sekitar bandar raya itu di samping membeli-belah sedikit cenderahati kepada keluarga dan rakan-rakan serta tidak dilupakan, menziarahi rakan-rakan yang belajar di Bangalore. Alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat saya, Hasbi dan Faiz kerana memberi penginapan yang amat selesa di rumah mereka.

Ke Bangalore ke kita?

Balik kampung!

Lapangan terbang Bangalore yang berwajah baharu!

Rakan-rakan sepenerbangan
Tidak seperti tahun-tahun sudah, penerbangan AirAsia kini bertukar waktu penerbangan daripada petang ke malam. Menaiki penerbangan AirAsia AK52, saya bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengah malam (2.30 pagi waktu Malaysia) dan tiba di Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) 4 jam kemudian.

Untuk makluman pembaca, klia2 amat besar dan padat. Maka, sila datang awal ke lapangan terbang ini agar tidak tergesa-gesa. Yang penting, klia2 jauh lebih selesa berbanding LCCT. Kalau di Facebook ni, nak like banyak-banyak kali.


Besarnya klia2!

Jauh lebih hebat berbanding LCCT

Ke Kota Bharu ke kita?

Lebih selesa dalam suasana berhawa dingin

'Aerobridge' yang dibanggakan

Setiap pintu ada ruangan menunggu yang amat istimewa

Kemudahan yang tiada di LCCT

Bersedia untuk pulang ke kampung halaman

Rasa bersyukur bila dapat pulang ke Kelantan setelah setahun di perantauan.

Alhamdulillah, kembali ke pangkuan keluarga pada jam 2.30 petang, 2 Jun 2014. Kerinduan yang ditanggung setelah sekian lama akhirnya terubat jua. Bakal bercuti selama tiga bulan di Malaysia, akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Terima kasih kepada Amin dan Adli, graduan Vanderbilt University yang sudi menjemput saya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu.

Tahun ini, memandangkan cuti yang agak lama, maka saya tiada kesempatan untuk berpuasa di India. Sebulan penuh di Malaysia. Tak terasa semangat pulang beraya seperti tahun-tahun lalu, namun masih membara semangatnya.

Baiklah, tamat sudah cerita pulang ke tanah air. Ayuh beralih kepada hari raya. Alhamdulillah, tamat sudah sebulan berpuasa. Tibalah masa untuk kita semua meraikan kemenangan dalam berjuang melawan hawa nafsu sepanjang sepurnama yang lalu.

Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di serata dunia, terutamanya kepada ibu bapa, adik-beradik dan kaum keluarga di Kelantan, Pahang dan di mana sahaja, dan kepada sahabat handai serta kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Mohon maaf zahir dan batin atas semua kesalahan saya selama ini.



Tahun ini saya beraya di Kota Bharu, Kelantan. Kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat yang ingin berkunjung ke rumah sempena hari raya ini, mohon maklumkan terlebih dahulu, inshaAllah saya akan cuba luangkan masa. Anda semua amat dialu-alukan untuk beraya di rumah.

Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amalan aku dan kamu).


Alamat rumah saya : 2581-F1-01, Blok F, Perumahan Polis Wakaf Mek Zainab, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

Mudah-mudahan hari raya kali ini menambahkan keimanan kita terhadap Allah S.W.T. untuk menjadi hambaNya yang taat. Meskipun Ramadhan sudah berlalu, namun semoga semangatnya kekal di dalam diri kita, inshaAllah.

31 Dis 2013

Imbasan 2013

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Ini adalah entri terakhir untuk tahun 2013.

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirai. Akan datang pula tahun 2014. Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih diberi peluang untuk hidup hingga ke hari ini. 365 hari yang berlalu banyak meninggalkan memori yang manis dan juga pahit.

Yang manis pada 2013:






















  • Pengalaman belajar fotografi dengan lebih mendalam














































Yang pahit pada 2013:







  • Dijangkiti demam denggi




Apa-apa pun, alhamdulillah, tahun 2013 menyaksikan kesihatan saya secara keseluruhannya bertambah pulih, namun bukan sepenuhnya. Masih terbatas, namun sudah banyak perkembangan baik. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa bersama saya semasa senang atau susah.

Yang manis, kekalkannya sebagai kenangan yang indah dalam hidup anda. Yang pahit, terimalah seadanya meskipun sukar untuk dilupakan. Ambillah iktibar, dan jadilah insan yang lebih baik. Mungkin ada hikmah yang menunggu di hujung jalan, inshaAllah, yakinlah dengan qada' dan qadar.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.
Barang siapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.
Barang siapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT."

Sempena tahun baru ini, ayuh semua, kita buka buku baru, jadikan tahun 2014 lebih baik daripada tahun 2013. Jadilah insan yang lebih taat dan beriman kepada Allah S.W.T.. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya.

Biar Allah sayang, biar syaitan benci.

21 Sep 2013

Mahasiswa Kelate



..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Entri kali ini tentang program yang telah aku sertai sewaktu cuti tempoh hari, iaitu Program Pemantapan Kepimpinan Mahasiswa Kelantan 2013.

Tarikh silap la pulak.


Sebenarnya, program ini dianjurkan oleh Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK). Tak pernah tahu tentang program ini sebelum kak Nik Noor Athirah Azlan (senior aku di USM-KLE) hubungi aku supaya join program ini. Kak Nik tak dapat hadir sebab sedang mengikuti kursus Pembantu Program Siswa Lestari (PPSL) di Kedah. Aku berjaya mengajak Akhyar (batchmate aku di USM-KLE) untuk menyertai program ini. Ada juga junior aku, Shifa join program itu. Kami menyertai program itu di bawah nama USM Kampus Kesihatan, meskipun kami belajar di India.

Sebahagian daripada peserta program


Program itu memerlukan kami bermalam di PCB Resort, Kota Bharu. Segalanya percuma. Sape tak nak kan, makan-minum dan penginapan semuanya ditanggung pihak penganjur. Kalau hari biasa tu, memang tak lah nak duduk resort kan. Buat apa, rumah kan dekat. Ada beberapa slot pengisian. Berguna dan bermanfaat meskipun agak bosan mendengar ucapan-ucapan oleh para penceramah. Namun tetap ku gagahi kerana aku yakin ada manfaatnya.

Senja di Pantai Cahaya Bulan. Tengok, dah takde pantai dah. Sebagai anak jati Kota Bharu, aku sedih =(


Tetamu jemputan bukanlah calang-calang. Antaranya Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merangkap Ahli Parlimen Jeli. Aku berkesempatan berborak dengan beliau. Rasa berbesar hati pula, dan dia bukanlah asing bagi aku kerana beliau adalah wakil rakyat di kawasan kampung mak aku. Beliau amat kenal dengan nenek dan ibu saudara aku.

Sempat bergambar bersama Dato' Pa. Orangnya tak sombong, malahan mesra pulak. Jangan panggil aku macai! Hehe


Antara tetamu lain adalah Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Beliau merupakan anak Tumpat, Kelantan. Selain itu, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan merangkap Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad juga sudi meluangkan masa bersama mahasiswa Kelantan.

Di dewan inilah kami berprogram..

Menerusi program ini, aku dapat mendengar pencerahan mengenai isu-isu semasa, mendengar pengalaman-pengalaman berguna dari tokoh-tokoh yang hadir dan juga dapat berkenalan dengan mahasiswa-mahasiswi Kelantan yang lain. Bertambah lagi rakan-rakan, dan yang lebih penting, networking lebih luas. Nanti kalau ada apa-apa urusan, senang sebab kenal ramai orang.

[dari kiri] Juan, Rashdan, Hafizuddin, Akhyar. We are roommates! Dapat kenal orang baru.. Mereka belajar di UiTM..

Yang ni paling terharu.. Ada orang ingat aku lagi setelah sekian lama. Perkenalkan, dua dari kiri tu, nama dia Tina Azmi. Kami kenal masa tahun 2007, masa aku masih belajar di SMK Ismail Petra. Masa tu, aku terlibat dengan program 'Kumpulan Elit' di SM Sains Machang (SMACH). Seminggu jugak aku stay kat SMACH. Belajar kat kelas dia, 3 Al-Farabi. Sekarang dia belajar kat UiTM Shah Alam, ambik jurusan Undang-Undang. Tak sangka, ingat lagi dia kat aku. By the way, yang sebelah aku tu nama dia Umi..

InsyaAllah, jika ada kesempatan, aku tidak keberatan untuk menyertai program-program HIMSAK yang lain. Semoga HIMSAK akan terus maju ke depan demi mahasiswa Kelantan.


Ingat 3K: Kacip, Kemah, Keming.

19 Sep 2013

Aidilfitri 2013

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Jom cerita pasal hari raya Aidilfitri / Eidul Fitri / Eid Mubarak 2013.



Berbanding raya tahun lepas, raya tahun ini lebih baik kerana aku dikurniakan kesihatan yang lebih baik tahun ini. Pengalaman terlantar di hari raya tahun lepas begitu menginsafkan. Mungkin itu salah satu cara Allah S.W.T. menegur hambaNya ini yang alpa. Allah tarik nikmat bergerak bebas sebagai kafarah dosa. Dengan kesihatan yang lebih baik tahun ini, aku memanfaatkannya dengan sebaik mungkin demi merapatkan kembali silaturrahim yang terjalin antara aku dengan insan-insan lain di Malaysia.

Jika tahun lepas aku hanya mampu beraya di sebuah rumah sahaja, tahun ini kembali normal. Allah beri peluang untuk jumpa rakan-rakan dan sahabat handai, yang tinggal di Kelantan, yang tinggal di luar Kelantan tapi balik kampung kat sini, yang belajar di Malaysia, yang belajar di luar negara. Masa hari rayalah peluang terbaik untuk berkongsi cerita mengenai tempat belajar masing-masing sambil menyingkap kembali memori lama.

Semua ahli keluarga berkumpul pada malam raya. Aktivitinya, main bunga api. No mercun-mercun, nanti ada yang beraya kat hospital. Sayangilah anggota tubuh badan anda. Hehehe..

Lepas gian setelah lama tak main bunga api.
Kami di malam raya =)

Pagi raya, bangun solat Subuh, mandi sunat Aidilfitri, solat sunat Aidilfitri, dan beraya bersama keluarga. Tak balik kampung pun sebab mak dan abah kerja di hari raya. Raya ke-3 baru balik kampung kat Tanah Merah.

Juadah pagi raya? Macam-macam ada.. Tengok kat bawah ni..

Sate dan ketupat palas

Nasi impit, lemang, kuzi ayam, roti jala, rendang ayam pun ada..

Kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang

Bergambar bersama abah tersayang. Masa ni abah baru je balik kerja, terus tukar baju. Itulah pengorbanan abahku di pagi raya. Mak aku kerja di pagi raya, lagi besar pengorbanannya.

Sempat juga ke rumah rakan-rakan pada hari raya. Masa ni la yang seronok. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. Eratkan jalinan. Antara gambar yang sempat diambil sewaktu hari raya hari tu:

Bersama rakan sekelas (5 Dinamik) di ASiS dulu, Amar Zharif yang kini belajar di Jordan University of Science and Technology (JUST), Irbid, Jordan. Dia belajar dalam bidang Pergigian di tahun ke-3, ditaja oleh JPA. Amar balik kampung kat Kota Bharu, tu yang sempat jumpa tu.

Rakan-rakan di SMK Ismail Petra dulu. Gambar diambil sewaktu beraya di rumah Shamir.
Beraya di kampung Nik Yusrin di Ketereh, rakan seperjuangan di ASiS dulu. Dari kiri : Rashdan Roslan, Sariy Syazani, Nik Yusrin, Nabil Irfan

Dua sahabat baik aku di ASiS dulu, Syakir dan Murshidien. Gambar diambil sewaktu beraya di rumah Murshidien di Pasir Mas.

Beraya bersama senior aku yang dihormati di ASiS dulu, Huzaifah. Dia belajar kat Ireland sekarang. Gambar diambil di Majlis Solidariti Rakyat Syria dan Sambutan Hari Raya ISMA Kota Bharu tempoh hari.
Beraya pula di kampung aku di Kg. Repah, Lawang, Tanah Merah. Meskipun lambat dua hari, tapi tak mengapa. Yang penting, dapat beraya bersama nenek, mak saudara dan sepupu.

Jalan yang tak pernah jam, masa raya, jam la pulok. 'Keseronokan' beraya di Kelantan. Hehe..

Bergambar bersama nenek tersayang. Silau lah pulak.
Si nenek bersama Adam Dasuki
Ada juga beraya di Terengganu pada raya ke-4 dan ke-5, sambil ke kenduri kesyukuran presiden pelajar USM-KLE, Hanif Hashim atas perkahwinannya dengan kak Annazifah. Senang kata, Hanif buat kenduri sambut menantu. Akan ada entri yang berlainan tentang majlis tersebut. Hehe..

Random awesome. Hehehe


Setakat ini dahulu entri mengenai hari raya Aidilfitri. Raya setahun sekali, kenangan yang bersemi itu semoga kekal tersemat di hati. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kesihatan kepadaku untuk bertemu insan-insan yang aku sayang.