Memaparkan catatan dengan label rindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rindu. Papar semua catatan

14 Nov 2012

Kembali Ke Belgaum

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Maaf, sebab meninggalkan blog ni bersawang lebih 2 minggu. Terima kasih kepada mereka yang tetap membaca walaupun tak dikemas kini. Apa yang dah berlaku dua minggu lepas?

Raya Haji:

Alhamdulillah, dapat beraya kat rumah, dan berkumpul balik dalam satu keluarga.

Pengumuman tarikh hari raya Aidil Adha daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Senior IMS-MSU Bangalore masuk paper di hari raya..
Antara hikmah dapat cuti lebih lama kat rumah ialah dapat makan juadah yang lebih baik (dan of course lah lebih sedap) berbanding di India.. Antaranya:

Sate ayam

Ketupat

Roti jala

Suasana hari raya kat rumah lebih berseri dengan kehadiran 'askar-askar' a.k.a anak buah.. Sekurang-kurangnya lebih meriah keadaan rumah tu. Aku dah mula merindui mereka. Sobs sobs..


Ariel Daniel yang poyo.. hehe

Marsha Arianna yang propa.. :D
Tak ke mana-mana pun masa raya hari tu, almaklumlah dengan keadaan yang tak mengizinkan. Lagipun, ada majlis aqiqah kat rumah aku hari tu, sempena kelahiran dua orang anak buah aku yang terbaru.. Muhammad Yusuf Mikail dan juga Muhammad Adam Dasuki..

Kuala Lumpur:

Setelah 12 minggu di Kota Bharu, akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rumah. Habiskan masa seminggu yang terakhir di KL.. 28 Oktober 2012 aku tiba di KL. Perjalanan agak lancar pada awalnya, walaupun agak sesak di Raub dan Bentong. 10 jam jugak perjalanan KB-KL pada hari tersebut. Syukur kaki tak sakit..

Hentian Gua Musang yang baru.. Segalanya lengkap, cuma servis agak kurang memuaskan.

Comel je Mikail tido atas riba mak dia. :)
Selama seminggu tu, aku stay dekat rumah kakak aku kat Pangsapuri Sri Batu.. Kakak aku mengajar kat SMK Batu Muda, KL.. Abang ipar aku pulak kerja dekat Jabatan Perhutanan..

Masjid Saidina Hamzah.. betul-betul depan blok pangsapuri tu..
Sepanjang duduk kat KL, aku tak duduk diam. Hehe.. Aku pergi jugak jalan-jalan kat Sogo, Giant Batu Caves, dan yang paling best, Universiti Malaya.. Dapat mengimbau kembali memori silam di sana, sepanjang setahun di PASUM. Dapat jugak jumpa kawan-kawan lama kat sana.

Pulang ke India:

Akhirnya, setelah menyambung cuti selama 8 minggu, aku harus pulang ke Belgaum demi meneruskan pengajian yang telah 8 minggu juga tergendala. Walaupun masih belum sepenuhnya sihat, tapi perjuangan harus diteruskan, demi satu matlamat - menggenggam ijazah Perubatan pada konvokesyen tahun 2016 nanti. 

Boarding Pass
Masa kat LCCT, nampak bebudak SeSeRi kat sana, nak pergi Jakarta rasanya. Ada apa, tak tau lah, tak sempat nak tanya. Hehe.. Yang seronoknya, ada orang tolak aku pakai wheelchair untuk naik flight. Like a boss. Hehehe.. Kejap je dah sampai kat gate, sebab habis potong barisan orang lain. Staf AirAsia yang tolak aku tu pun peramah. Namun, yang tak seronoknya, kena bayar RM12. Ingatkan free. :(


Pintu inilah..

Suasana mendung seakan-akan menangisi kepergianku dari Malaysia. Ececeh :D

Boleh nampak Sungai Langat kat bawah tu..

Kali terakhir aku nampak Malaysia :(

Usah sedih, usah berduka, kita makan dulu :)
Setibanya kat Bangalore International Airport, dah ada kawan-kawan aku menunggu, iaitu Fareed dan Hanif Tarmizi. Alhamdulillah, rupanya aku terbang bersama-sama rakan-rakan di IMS-MSU Bangalore. Alhamdulillah, ada yang sudi membantu aku mengangkat barang. Faqis, dulu sepengajian dengan aku kat PASUM, dialah yang tolong aku angkat luggage yang berat tu. Fareed dan Hanif pulak tolong aku angkat barang-barang sampai ke Belgaum, dan sampai ke dalam bilik juga. Syukurlah perjalanan aku dipermudahkan.

Hari Rabu, 7 November 2012, aku mula ke kelas, setelah lama (terpaksa) meninggalkan tanggungjawab itu. Akhirnya, aku memulakan pengajian di tahun kedua secara rasmi. Syukurlah ramai orang bertanyakan khabar kepada aku.. Walaupun penat untuk menjawab soalan-soalan sama yang berulang, namun tetap jawab juga. Tak kurang juga yang melihat aku seperti alien. Haha.. Tak kisah pun, 3 bulan je lagi.

Oh ya. Menurut kata doktor, 3 bulan lagi, insyaAllah aku akan pulih. Sebulan lagi dengan bertongkat dua (seperti sekarang), dan dua bulan selepas itu, bertongkat satu di lengan. Selepas itu, insyaAllah, kehidupan aku akan normal semula. 

Syukur, aku ada rakan-rakan yang amat membantu di sini. Jujurnya, aku malu untuk meminta bantuan daripada mereka, namun aku terpaksa, sebab aku tak mampu nak buat semua benda secara sendirian. Contohnya, basuh baju. Macam mana aku nak bawak baldi.. Lif pun takde lagi kat hostel ni. Alhamdulillah, ada yang sudi membantu. Janganlah pulak kata aku buli ke ape deh. Huhu.. Hari ini, hari aku.. Kalau ada yang memerlukan bantuan aku pada masa yang akan datang, insyaAllah aku pula akan bantu. Sesungguhnya aku terhutang budi :)

Sekian dulu untuk entri kali ni, setelah lama blog tak dikemas kini. Ada 254 hari lagi (setakat hari ni) nak balik Malaysia. Hehe.. Dah mula countdown nampaknya. Haruslah, sebab aku sayang Malaysia. :)
 

Rindu rumah :')


2 Jan 2012

Bukan Semua 'Tempe' Begitu

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Apa kena dengan tajuk ni? Sebenarnya aku nak citer sikit pasal kejadian semalam, yang mana aku tertinggal beg aku dalam auto. Masa tu aku, Akhyar, Fareed, Hanif dan jugak Arief nak pegi Khade Bazar.

Oops, lupa pulak. Mesti korang ingat 'tempe' yang dimaksudkan adalah makanan, kan?

Sedapnya tempe ni... =)

SALAH!! 'Tempe' yang dimaksudkan di sini adalah orang tempatan. (kan dah nak sama bunyinya tu, tempe dengan TEMPATAN)

Senior duk panggil orang local sebagai 'tempe', so kitorang ikut je la. Aku pun blur jugak mula-mula bila aku sampai sini. Ingatkan sini ada jual tempe macam kat atas. Ceit!!!

OK OK, sambung balik cerita. Dalam beg tu, ada UPS (stabilizer) untuk laptop. Aku nak pegi repair benda alah tu sebenarnya, dah lama tak boleh gune. Baru sekarang aku sempat nak pergi sana, dah alang-alang aku nak keluar, dan ada la orang kirim barang letrik.. Lagipun, lama pulak tak keluar kat area Maruti Galli tuh.

Lepas dah jalan banyak tapak la jugak, aku baru perasan yang belakang aku macam ringan semacam je. "Ya Allah, beg aku!!!!!" Panik sebentar si Rashdan. Huhu.. Cari-cari auto tu pun dah takde dah, aku dah putus harapan. "Takpe la, mungkin bukan rezeki aku. Kalau ade rezeki balik, beg tu datang semula la kat aku."

Maka, aku pun teruskanlah perjalanan menemani bebudak ni beli barang, lepas tu aku nak pergi beli barang jugak. Aku dah berkira-kira dah nak beli beg baru time tu, sehinggalah..... Aku dapat call dari roomate aku (Aznil Ramly), tanya aku kalau-kalau aku ada tertinggal barang dalam auto tadi. Aku cakap, "Betul la. Mane kau dapat tahu nih???" Rupanya ada senior aku dapat tahu yang aku ada tercicir beg tadi. Panjang pulak ceritanya.

Alkisahnya, kitorang tadi kebetulan naik auto yang dipandu oleh adik / abang (aku tak pasti) Uncle Mustaq (seorang yang sangat mengambil berat tentang kami semua). Adik / abang Uncle Mustaq bagitau kat Uncle Mustaq la yang ada student Malaysia tertinggal barang dalam auto. So, Uncle Mustaq pun tanye la kat senior aku, nama dia Azam. Lepas tu, Azam pun post la pasal benda tu kat group rasmi USM-KLE..

Femes kejap beg aku.. Hahaha.. Sebenarnya takde pun dissection kit nye.

Lepas tu, dipendekkan cerita, aku pun dapat call dari Aznil, nak kompemkan bahawasanya beg tu aku punye. Memang beg aku! Alhamdulillah.. Memang rezeki aku la nampaknya. Kalau tak, aku rugi Rs. 3150 [lebih kurang RM 187 (1 MYR = 16.8162 INR) ]

Aku mintak Uncle Mustaq hantar la beg tu kat aku, then tak lama lepas tu, dapat la semula beg tu, alhamdulillah, syukur Ya Allah =)
Adalah sikit ganjaran aku bagi, tanda mengenang budi.. Uncle Mustaw memang banyak buat benda baik dan tolong kami kat sini. Alhamdulillah, ada juga orang yang sudi ambik berat tentang kami. Maka, aku proceed la kepada rancangan asal, iaitu baiki UPS tu. Lepas 2 hari nanti, diorang call untuk ambik.


Kesimpulannya di sini, jangan buat kesimpulan yang terlalu awal kepada satu kelompok masyarakat tu. Kena ambik masa sikit. Aku pun silap, ingatkan hampir semua orang kat sini suka menipu, korup, kaki kelentong dan macam-macam lagi lah (kecuali pensyarah-pensyarah aku, Uncle Mustaq dan konco-konconye.) At least, hari ni aku belajar satu perkara. Tapi, aku kena terus berjaga-jaga la untuk mempertahankan diri daripada jadi mangsa penipuan 'tempe' nih. Selalu jugak la kena, especially bila naik auto. Salah satu contoh, kalau aku dari Nucleus Mall, biasanya tambang nak balik hostel dalam Rs. 50 la paling mahal pun. Kalau nasib baik, dapat Rs. 40 je. Tapi, yang buat aku 'panas' je bila diorang hantar sampai pintu gate JNMC je. Kalau nak suruh hantar ke dalam, kena bayar extra sikit. What the....

Banyak lagi la bentuk penipuan 'tempe' ni, diorang agak licik. Malas pulak nak bukak pekung diorang. Biarkan mereka dengan dunia mereka, asalkan kita pandai jaga diri. Aku anggap semua ni sebagai pembelajaran kat luar kelas je, masa ni la nak tambah 'imuniti' kita kepada benda-benda macam nih. Sekurang-kurangnya, bila balik Malaysia nanti, bertambah ketahanan kepada penipuan. Jangan la pulak, bila balik Malaysia, kita pulak yang pandai tipu orang. Hehe..


Akhir kata, pandai-pandai la jaga diri, dan ingatlah, bukan semua orang dalam masyarakat tu buruk perangainya, dan bukan semua orang dalam masyarakat tu terpuji akhlaknya. Jangan mudah membuat kesimpulan dengan pantas =)

P.S.: Aku rindu nak makan tempe!!! Rindu serindu-rindunya!!!! =(

15 Sep 2011

EPISOD 1: Corat-Coret USM-KLE

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Dah lama aku tak update blog ni, gara-gara kesibukan yang memanjang. Bermula 6 September, aku telah meninggalkan rumahku yang tercinta demi meneruskan kehidupan aku ke satu lagi tingkat kehidupan, iaitu menjadi seorang mahasiswa. Bermula dengan Program Siswa Lestari di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan, hingga 9 September 2011.



Ape je yang kitorang (budak USM-KLE) buat kat sana? Orientasi macam biasa je.. Campur sama-sama dengan bebudak USM kampus Kubang Kerian, cuma banyak kelonggaran, kurang sikit stres. Hehehe.. Yang paling best, ada barbeku. Kira macam jamuan raya la. Makan sikit je, sebab dah makan masa dinner. Yang ni pun best jugak:


'Duit raya' MARA bagi... Tapi ni untuk 6 bulan kat India taw!

Tapi yang mesti korang tak sangka kan, semuanya tak semudah yang disangka. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kami mendapat berita yang sangat tidak enak untuk kami yang berhati besar untuk terbang ke India pada keesokan harinya. Majlis Perubatan Malaysia (MMC) baru beri arahan menerusi faks bahawa hanya 70 orang daripada kami yang akan terbang dahulu. Sedangkan kami ada 91 orang. Ada yang akan terpaksa digugurkan buat sementara. Untuk pengetahuan korang, ada beberapa kategori lulusan dalam program ini, iaitu dari peringkat A-Level, International Baccalaureate (IB), South Australian Matriculation (SAM) dan juga STPM / Matrikulasi / Asasi. Oleh sebab pelajar A-Level dan IB dah ditaja oleh MARA sejak 2 tahun lepas, maka mereka diberi keutamaan untuk ke India. Mangsa penggugurannya sape? Kami, budak STPM / Matrikulasi / Asasi.


Aku terlalu risau!

Keadaan serta merta menjadi tegang, sebab masing-masing dalam tekanan. Masing-masing ada sebab tersendiri untuk kekal ke India mengikut perancangan asal, bukannya tertunda, termasuklah aku. Aku kira kes berat jugak, sebab ibu bapa aku anggota keselamatan negara, susah nak dapat cuti. Keluarga aku dah berkumpul kat Pahang, ramai saudara yang ingin turut sama. Apabila ditanya tentang siapa pelajar yang tinggal di Kelantan, aku mengaku. Mereka bertanya kepada aku, relakah aku tinggal di sana? Aku rela, cuma ada kekangan yang lebih utama, telah aku jelaskan sebelum ni.

Kembali kepada kupasan tersebut, dalam hal ni, takde sape yang salah, masing-masing sudah buntu. Namun, ada juga yang berhati mulia, menarik diri demi memberi laluan kepada kawan-kawan lain. Harapnya Allah akan mengurniakan hajat anda untuk terbang nanti, insyaAllah.

Mekanisma pengundian macam ni tau. Cabut satu kertas yang dah digulung dalam beg kertas, akan ada tertera perkataan di situ. 'STAY' bermakna terpaksa tinggal di USM lagi buat seketika, dan 'X' bermakna tidak tinggal di USM, dan akan ke India mengikut perancangan asal. Alhamdulillah, Allah dengar doa aku dan keluarga, aku berjaya mendapatkan 'X'!


Maka hilanglah perasaan cemas dalam diri aku, tapi satu lagi perasaan lain muncul dalam fikiran aku - rasa KEHILANGAN. Kenapa? Sebab keluarga besar kami seramai 91 orang tidak akan lengkap buat seketika. Beberapa orang rakan yang agak baik yang baru aku kenal dan sudah lama kenal, tidak dapat turut serta, menambahkan lagi perasaan tidak baik itu. Tapi apakan daya, takdir telah tertulis bahawa penyatuan kami harus menunggu masa. Bilakah masanya akan tiba? InsyaAllah dalam masa terdekat. Aku sentiasa doakan bahawa mereka akan segera hadir ke Belgaum!!!!! Aku rindu dengan mereka...

Baiklah, tamat sudah episod di USM Kubang Kerian. Nantikan episod seterusnya, di mana aku akan bagitau tentang perjalanan aku ke India.

Yakinlah kepada kebenaran, sesungguhnya kejayaan bakal menjadi milik anda!

10 Mac 2011

Terima Kasih, My Best Friend!!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri yang bertajuk 'Akhirnya Air Mata Itu Gugur Jua'.. Ramai juga yang prihatin tentang masalah yang aku hadapi. Terima kasih atas keprihatinan anda, sesungguhnya sokongan dan dorongan amat aku perlukan, dan teruskanlah sokongan itu, semoga anda semua dirahmati dan diredhai Allah..


Namun, ada seorang ini (patutkah aku beritahu nama dia?).. Belum lagi! Kasi saspen dulu... Nama beliau adalah B (bukan nama sebenar). Beliau adalah my best friend ever and ever. Carta nombor 1 ni. Aku tak boleh bayangkan kalau hidup ni takde dia lagi dia. Ibarat separuh jiwaku pergi kot. Hehe...


Sebelum apa-apa, nak bagi amaran dulu. Takde unsur-unsur ke'songsang'an di sini, sebab best friend aku ni seorang lelaki. Puji-puji seorang lelaki bukanlah bermakna.. faham2 lah! :P


Aku akui, sejak dia pergi, memang kesunyian hidup ini, ibarat tidak lengkap dan rasa kekosongan. Boring jugak bila balik rumah, kalau tidak, hari-hari aku akan ke rumah dia, borak-borak, gelak-gelak, makan-makan, jalan-jalan, dan banyak lagi. Kawe kenal B ni dari darjah 5. Mari-mari nak cerita sikit ni, tentang beliau. Sikit-sikit je, nanti tak habis kalau nak cerita, banyak sangat...


Mulanya perkenalan di kelas 5 Zamrud, SK Ismail Petra 1. B datang dengan bersongkok waktu tu, tiba-tiba datang duduk di sebelah aku. Maka berkawanlah kami sejak itu. Darjah 6 pun kelas bersama lagi.. Masa darjah 6, kami dah mula rapat.. Tapi yang sedihnya, masa UPSR, result kami tak sama. Aku dapat 5A, dia dapat 4A 1B. Maka, sedih jugaklah aku rasa masa tu, sebab mungkin kami akan terpisah nanti sekolah menengah.


Namun, sangkaan aku meleset! Walaupun dia dapat 4A, tapi dia aktif sukan, so dapat la masuk SMK Ismail Petra (SMIP), yang mengambil pelajar terpilih sahaja, iaitu yang mendapat 5A atau 4A dalam UPSR, dan 6A ke atas untuk PMR.. Maka, persahabatan kami bersambung kembali, walaupun dia masuk beberapa hari lewat. Dia masuk masa kami semua tengah ambik English Placement Test, untuk aturan kelas la..


Meskipun kelas berbeza, namun tak mengapa, kerana kelas aku dan kelas dia sebelah-menyebelah je.. Tak la rasa kehilangan sangat. Mulai bulan Mei 2005, aku belajar untuk pergi ke rumah dia, yang jauhnya hampir 2km daripada rumah aku. Biasanya kalau aku nak pergi ke rumah dia, aku akan naik basikal Le Tour de Langkawi, hadiah kecemerlangan UPSR aku. Tak la terasa penat sangat. Namun, kalau basikal tu meragam, aku sanggup jalan kaki jauh-jauh semata-mata nak pergi ke rumah dia.. Sampai gelap kulit aku... Tapi kalau masa mak dia nak pergi hantar kuih, bolehlah aku tumpang balik sekali...


Masa lower form, banyak jugak gaduh dengan dia, sampai berbulan-bulan ada jugak. Biasalah, tak matang lagi masa tu. Child-minded. Hahaha.. Fikir-fikir balik, memang mengarutlah sebab aku selalu bergaduh. Itu aku anggap sebagai asam garam dalam persahabatan. Kan kan kan?


Aku kot yang mulakan langkah jadikan rumah B sebagai 'markas' bebudak SMIP lepak-lepak.. Hehehe.. Kalau salah fakta, tolong betulkan. Rumah dia famous pulak. Dulu aku dan dia panggil istilah nak datang rumah tu 'on' dan 'off' tau. On untuk boleh, dan off untuk tak boleh.. Huhu.. Masa lower form, ada lah jugak dia datang kat rumah, lepas tu dia dah malas nak repair basikal, lama-lama dah jadi malas.. Hehehe...


Apa lagi kenangan yang best-best ya? 'Zero water with water stone' (air kosong dengan air batu). Ni memang special menu lah, walaupun tak seberapa, tapi jadi sedap bila minum kat rumah orang. (sebab free kot? hahaha..) Kalau masa Chinese New Year pulak, ada buah oren.. Simpan dalam peti, lepas tu makan. Sedapnya makan sambil main komputer bawah tangga tu. Game The Sims, Need For Speed (yang kepalaku selalu goyang bila main tu), GTA Vice City, Pokemon Emerald, dan macam-macam lagi aku main kat rumah dia. Kadang-kadang, rasa bersalah ada jugak, sebab over pulak main komputer kat rumah orang. Bukan aku yang bayar bil elektriik.. Huhu.. Tapi dah diorang kata takpe, ok je kot.. Huhu...


Satu lagi memori yang tak dapat dilupakan, yang akan menjadi kenang-kenangan adalah masa tahun 2005. Mawi menang AF3! Masa tu memang gila-gilalah minat kat Mawi. Aku pun terlibat sama jadi fanatik Mawi. Tak boleh ni kalau orang kutuk Mawi ni, mesti kena balas kaw-kaw lah. B perasan yang dia macam Mawi, aku pun cakap macam tu jugak. So, apa lagi, selalu gaduh pasal tu. Hahaha.. Budak-budak... Selalu tengok VCD Konsert AF3 dulu sambil melalak. Tak bosan pun. B siap ambik gambar ngan autograf lagi dengan Mawi dengan Felix dulu. Cemburu jugak la.. Huhu.. Tapi tahun berikutnya, aku dapat kesempatan untuk berjabat tangan dengan Mawi, masa tu ada Perkampungan Hadhari kat Kota Bharu (depan rumah aku je). Aku masuk pertandingan minum air Power Root (aku menang!!) , so dapat t-shirt Mawi ngan autograf. Hehehe..


Model Milan Londeh? Bukan Marsha Milan Londoh ya, tapi memang gelaran tu di'derive' daripada nama Marsha pun. Gelaran ni untuk budak-budak yang mandi dekat Taman Perbandaran Tengku Anis. Petang-petang kitorang pergi kat sana. Takde keje. B, ingat orkestra lagu 'Imagine' tak? Hehehe...


Kuih Tako? Itu kuih yang mak dia buat dan jual, tapi kebiasaannya aku dan kawan-kawan dapat makan free... Sedap betul kuih tu, terutamanya kalau simpan dalam peti dulu. Kalau aku pergi rumah dia petang-petang, diorang mesti tengah sibuk lipat daun pandan jadi empat segi. Lepas tu, santan pun sampai la kat rumah dia petang-petang, atau kadang-kadang, pegi ambik sendiri santan tu dekat satu rumah tu, tak jauh sangat pun.


Badminton? Hahahaa... Yang ni memang taktik untuk membuli aku. Ni ada satu pengakuan. Aku tak pandai main badminton. Nak start pun tak reti. So, sapa yang nak ajak aku main badminton tu, jangan ajak aku!!! B tahu betapa teruknya aku main badminton. Biasanya aku jadi penyokong je. Hehehe...


KB Mall? Dah naik bosan tahap cipan pegi situ. Kalau ada reunion je, mesti kat situ. Tapi sejak B takde kat Malaysia, aku pun dah takde semangat dan takde tujuan dah nak pegi KB Mall... Sedih jugak...


Jelir lidah? Satu lagi benda yang tak matang kami buat. Kalau jam menunjukkan puluk 1.11, 2.22, 3.33, 4.44, 5.55, 10.10, 11.11, dan 12.12, mesti kami akan jelir lidah dalam masa seminit tu. Kalau perlu, mesti kena cover line (maknanya tutup-tutup la sikit penjeliran tu.. haha.. nanti kantoi kat kawan dalam kelas kang malu)... Sengal kan???


SASER? Elok la.. Kitorang dapat 8A masa PMR... B dapat tawaran ke SM Sains Seremban (SASER). Tapi dia tak pegi. Sebab apa? Dirahsiakan.... Hehehe.. Kalau tak, terbaek la.. Sorang ASiS, sorang SASER... Tapi nasib baik jugak dia tak pergi SASER, kalau tak susah nak berhubung. Aku dulu kat sekolah selalu jugak call dia, sebab aku nak rasa selalu dekat dengan kawan-kawan di SMIP.. Nak tahu perkembangan sekolah tu. Kalau dia pegi SASER, sape la nak jadi Ketua Pengawas kat SMIP.. Hehehe.. Tu pun lepas puas dipujuk oleh aku dan cikgu-cikgu di SMIP... Hehe.. Kalau lah aku stay kat SMIP, aku kot jadi the next KP of SMIP.. Hahaha.. Perasan lakkk..


UTP? Memang first-first aku dah rasa jeles giler sebab aku tak dapat pergi kat sana guna result trial. Ni semua salah borang online!!!!!!!! Ada masalah sikit, jadi satu sekolah tak dapat nak isi borang tu kat sekolah. Yang ada inisiatif sikit tu, boleh la orang kat rumah tolong isikan. Cuti dia lepas SPM dalam lebih kurang sebulan je. Kesian betul. Aku pun tak dapat nak spend masa banyak dengan dia dan kawan-kawan lepas SPM. Aku mula-mula rasa senang hati jugak tengok diorang enjoy belajar kat sana, tapi lepas B dapat tahu yang diorang kena compete dengan bebudak intake May untuk dapatkan sponsorship, memang dia patah hati, dan rasa tertipu, siap menangis-nangis lagi. Kesian tau tak?! Nasib baik aku tak dapat isi borang dulu.. Fuhhh... Allah dah buat semuanya cantik untuk aku, supaya aku dapat enjoy cuti aku dengan sebaiknya, namun kesianlah kat kawan-kawan aku yang kurang bernasib baik ni.


SPM pulak, masing-masing dapat 10A... Bilangan A+, A dan A- untuk aku adalah 5,4,1. Untuk B pulak, 6,4,0.. Keputusan hampir sama, cuma berbeza di Physics, dia dapat A+, aku dapat A-, dan aku ambik EST, dia ambik IT.. Keputusan dia cemerlang, kokurikulum pun aktif, jadi dapatlah dia biasiswa JPA ke luar negara dalam bidang engineering. Terus fly ke Vanderbilt University, Tennessee, USA... Aku ada masa kat KLIA, masa dia nak fly. Sedih, sayu dalam hati aku, sebab salah seorang best friend aku akan pergi meninggalkan aku pada jasadnya je la..


Tapi rasa kehilangan tu memang mengatasi segala-galanya. Hidup seolah-olah tidak segembira dahulu. Walaupun beribu-ribu rakan lain yang ditemui sekalipun, takkan sama seperti dia seorang, juara carta! :D


Siapa B ni? Ok la, mungkin ada pembaca yang kenal dia ni, terutamanya seseiapa yang pernah bersekolah bersama kami. Mesti kenal kot, sebab dia memang best friend aku. Ke mana-mana mesti dia ada. Ok la, sekarang ni diperkenalkan kepada seantero dunia, my best friend!




Nama : Khairul Amin bin Kamarulzaman
Tarikh lahir : 25 September 1992
No. I/C : 920925-03-5**1
Tinggi : Tinggi sikit daripada aku
Berat : Yang pasti lebih 80 kg
Status : Bujang trang tang-tang (walaupun ada Effy Fiqah di sisi.. Weeee!! :P)
Makanan kegemaran : Wafer kedai runcit dekat sebelah kedai Kak Sah
Idola : Diana Naim.. Hahahahaha
Saiz seluar :  > 35
Hobi : Melalak sambil menYUMBANGkan lagu.. Hehe
Tahap kepopularan : 10/10 (sampai ada budak buat karangan yang bertajuk 'Abang Amin Idola Saya'. Hahaha!!!)


Amin ada bila aku perlukan dia. Buktinya, masa aku down giler, siap nangis lagi hari tu pasal result mid-sem 2 ni, dia ada hantar mesej kat Facebook yang berbunyi :


(telah diterjemahkan)


to my best friend...

~Dan...i read your blog just now
knape sedih2 nie
sbb result eh? jangan la down gitu
smua ore amik exam...smua ore blaja
smua ore nk gred
n smua ore akan sedih kalau grade x cantik
org pn gitu jugak
normal bagi manusia
tp jange la trlalu sedih kat grade
igt niat kita blaja
grade tu mmg smua org nk.....tp tgk balik niat kita blaja...adakah krana Allah ataupn smata2 nk grade
dlm hidup ni.... semakin banyak kita lupakan Allah... semakin banyak rezeki Allah bagi kita.... semakin bnyk kita igtkan Allah...n semakin bnyk kita usaha....semakin banyak susah n ujian Allah bagi kat kita
org dh tgk bnyk situasi mcm ni org dh alami dh
n smua bnda buat org pikir balik....org nk buru sgt2 grade...tp sampai bila?
kita pikir org yg grade cantik akan berjaya....blh kerja best...blh jadi apa yang diorang nak jadi ...pakai kreta mhl2...
tp org terpikir jgk....sampai bila kita nk kejar smua benda tu?
kita dh nk masuk 19 tahun ni...pastu 20...and so on
skejap je
Radan jange la dk pikir kalu x bleh jadi doktor maka hancurlah hidup Radan
Allah lbih mengetahui apa akan trjadi dari kita
kita slalu pikir kalu kita x dpt apa kita nak...kita gagal
tp Allah blh bagi kita bnda yg jauh lebih besar nikmatnya yg kita xprnah sangka
n stiap nikmat kita akan diuji
hidup ni ada dua ujian
satu susah...satu senang
n ujian senang lg la susah sbb kita mudah jadi lalai
org tahu bila Radan tgk result kawan2 kat PASUM tnggi2....radan jadi down kan
maybe tu rzeki diaorg
tp rezeki yg blh jadi ujian
skrang Allah nk uji Radan
jange sesekali fikir gagal di PASUM gagallah hidup
sbb Allah boleh ubah segala-galanya...n kita kena yakin
org dulu smangat nk jadi engineer....and skarang org dpt pluang jadi engineer
tp org x rasa hepi blaja engineering
xtau knapa
tu bukan jiwa org
tapi org dh termasuk dalam engineering ni....org xleh patah balik dh
sapa nk tanggung smua bayaran
bukannya org x bersyukur...cuma org x raso tu jiwa org
org cuma doa jalan org plih ni btul
gitu jgk dgn Radan
jangan igt x jd doktor gagal dh hidup
maybe bila jadi doktor radan xkan rasa bahagianya...maybe jadi lupa pada Allah dgn sibuknya sbagai doktor
sbb tu Allah tahu yg mana terbaik buat kita
org pun tahu mmg kita nk sgt2 mak ayah n org skeliling yg letak harapan pd kita rasa bangga ngan kita
org pn gitu jgk
tp janganlah kita memburu kekayaan utk membahagiakan mereka
jadilah anak yg berguna adalah lbih dr ckup buat mreka
org yg berjaya di luar sana smuanya berasal dr kluarga miskin
tp bila dh berjaya smua lupa mak ayah
kita pikir kita xkan jadi mcm tu...tp dunia blh jadi mcm2
sbb org x nak la Radan down2
org bnyk kali jugak gagal sblum ni
bnyk kali dh
cuma org pikir balik.....hidup ni skejap ni
bukannya org blh bwk pn smua bnda ni bila mati
kita jangan tgk status...harta...result...sbagai pngukur kejayaan hidup
org yg berjaya bukan tempatnya di dunia..tp diakhirat
sjak dk sni org banyak dh sedar btapa lalainya org pd Allah masa org duk kat malaysia
sni bnyk dh kesedaran org dpt
sampai bila org nk hidup dgn kejar kejayaan result...tp lupa pd Allah
org bukannya nk hasut radan supaya jangan blaja...cuma nk radan tau yg kalau kadang2 kita gagal2....jangan sesekali menyerah
Allah lbih mengetahui dari kita
kita x tahu kita akan kerja apa....kita x tau apa akan jadi pada kita
tp kalau kita dpt apa kita rancang adakah kita bahagia'? belum tentu
sbb Allah maha mengetahui
hidup ni x lama n bnyk lg ujian kita dpt pasni
tp satu je....Allah slalu dkat ngan kita
Allah penentu segalanya
igt....Radan blum gagal
n org yg dpt result cantik tu blum berjaya
sbb tiada sesiapa pn tahu apa akan jd pd masa depan
so..cheer up okay!
jangan sedih2 lagi
truskan hidup n sentiasa igt Allah
kejayaan tu penting...tp jangan kita hnya mengejar kejayan yg skejap
n sentiasa igt yg Allah tu slalu ngan kita
semangat ok! biarlah kita brjaya di dunia n akhirat
org pn ada bc....satu blog...psal dua org shabat baik...
pd hr pertimbangan..sorang kena masuk syurga,...sorang kena masuk neraka
tp yg blh masuk syurga tu xnak masuk....dia nk masuk neraka jgk bersama2 kawan dia
sbb masa kat dunia mreka kawan baik
n apabila kawan dia nk masuk nraka...si yg nk masuk neraka tu mintak tolong supaya si yg nk masuk syurga tu bawak dia masuk syurga jgk
tp dia x mampu...sbb Allah dh tetapkan
tp disebabkan mreka kawan baik....Allah beri kedua2 mreka syurga
ore pn x tau dimana tmpat org bila org mati
n Radan pn x tau jgk kan
so..sama2 lah kita igt mengingati supaya kita dpt kejayaan yg abadi

good luck my best friend! and jgn sedih2 lg kay!
blaja lagi n never give up k! ;)

Ikhlas,
Amin



<'Org' itu adalah kata ganti nama untuk B, dan Radan adalah singkatan bagi nama aku>


Terharu aku bila seorang sahabat begitu prihatin tentang masalah yang aku hadapi. Beginilah ciri-ciri seorang sahabat yang aku perlukan. Tapi susah untuk aku cari kawan seperti Amin lagi buat masa kini. Tak keterlaluan, Amin adalah sahabat aku yang terhebat. Sudah lama aku nantikan masa untuk luahkan semua ini, tapi segan lah pulak bila dia ada. Hehehe...


Amin, org rasa sangat sepi bila Amin g US... Bila la Amin nak balik? Rindu gilak kat Amin, lama tak jumpa, hampir setahun. Semoga Amin bahagia selalu di sana. Org yakin, yang Amin okay je kat sana, dengan Effy, Deli, Azam, dan lain-lain.


Bila Amin demam, kena alahan, tonsil, sakit gigi, tau tak org rasa sangat risau? Bimbang bila fikirkan Amin kat sana. Alhamdulillah, Amin selamat dan sihat walafiat. Kesian Amin, dah la berjauhan dengan keluarga, ada pengalaman berjauhan dengan keluarga pun sekejap je, masa belajar kat UTP.  Mesti Amin homesick giler. Tapi bersabar lah Amin, walau sehomesick mana pun Amin rasa, Amin kena kuatkan semangat. Beri peluang kepada diri Amin untuk bina kekuatan dalaman. Amin kuat semangat kan?


Kejap je kan masa berlalu? Rasa macam baru je hantar Amin kat KLIA hari tu. Ingat lagi saat-saat akhir Amin di Malaysia. Sedih ni Amin, org tulis kat Amin ni dengan rasa sebak. Rindu sangat la kat Amin. Allah je tahu betapa rindunya org kat Amin. Semua kawan dan cikgu pun rindu dengan Amin jugak. Rindu itu adalah anugerah dari Allah.


Rindu nak spend masa dengan Amin, rindu sangat-sangat. Rindu semua benda yang org dah mention kat atas. Kehidupan org dan ramai kawan kat sini pun dah jadi lain sejak Amin takde kat Malaysia. Rindu sangat nak minum 'zero water with water stone'. 'Model Milan Londeh' menanti di Taman Tengku Anis. VCD Mawi pun lama dah kita tak tengok, walaupun tak minat giler macam dulu. Rindu sangat nak makan kuih tako mak Amin. Mee kari pun rindu jugak nak makan. Banyak lagi yang org rindu Amin, kalau nak cakap, tak habis rasanya.


Setiap detik bersama, bila ingat balik, betapa indahnya kan? Rasa kehilangan tu sangat menebal Amin, org tak mampu nak tipu diri org. Inilah fitrah manusia, bila dah hilang sesuatu, baru nak hargai. Kalau la Amin tak pergi US, mesti Amin kat PASUM jugak, dan kita stay satu bilik, namun apakan daya, rezeki Amin lebih murah daripada rezeki org..


Rindu kan saat macam ni?


Rakan-rakan di sini begitu merinduimu...

Rasa baru je hantar Amin...


Jaga diri baik-baik ya.. Kenang daku dalam doamu...



Amin, sepanjang 8 tahun kita kenal ni, banyak suka-duka kita lalui bersama. Pahit getir perjuangan, kita lalui bersama. Walaupun kita berjauhan di jasad, namun ingatan pada Amin tetap jadi salah satu keutamaan. Sukar untuk melupakan rakan yang membesar bersama kita kan? Daripada tinggi org 158 cm sehingga kini, 175 cm, Amin masih tetap setia bersama. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga Amin, sebab sentiasa ada di sisi waktu susah dan senang, semoga persahabatan kita ini diredhai Allah. Sukar untuk mencari sahabat sebaik Amin. Cepatlah balik Malaysia!!!!!!!!!!


Sahabat sejatimu,
Rashdan Roslan @ Radan

7 Mac 2011

Akhirnya Air Mata Itu Gugur Jua...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..


Sebenarnya kali ini bukan entri tentang malam EMAS, ok... Entri kali ini adalah lanjutan kepada entri yang bertajuk 'Tamparan Hebat', iaitu mengenai keputusan peperiksaan mid-sem 2...


Akhirnya setelah lama kawe pendam, akhirnya gugur jua air mata kesedihan dan kedukaan apabila mengenangkan keputusan yang baru diumumukan. Hati kawe tidak lagi seceria dahulu, dan tiada lagi taman di dalam hati ini. Yang tinggal hanya luka yang baru dan belum diketahui bilakah luka itu akan sembuh.




Kawe ada hak untuk menangis, dan bukan menangis itu melambangkan kelemahan. Bukan wanita sahaja yang boleh menangis, namun lelaki juga perlu menangis, untuk mengurangkan ketegangan minda, seperti yang kawe alami.


Namun, kawe beruntung kerana dikurniakan sahabat yang baik, satu sekolah dengan kawe dulu, iaitu D (bukan nama sebenar). Dia telah mengutarakan soal keputusan mid-sem baru ini. Dengan automatiknya, kawe berasa begitu sedih dan down.


Sedih kenapa? Sebab ramai orang yang melangkah ke depan, namun kawe, makin mundur ke belakang dan ketinggalan. Entah kenapa, usaha yang semakin giat kawe lakukan membuahkan hasil yang tidak memuaskan. Makin parah jadinya berbanding semester 1..


D ada berpesan, "Aku ingat lagi pesanan A (bukan nama sebenar) kat sekolah dulu. Orang beriman ni harus diingatkan. Mungkin Allah nak uji kau ke ape kan.. Tengok budak ni kuat semangat, nanti manalah tahu, Allah nak bagi idea yang mencurah-curah masa final exam.. Sekarang Allah uji kau dulu..."


"Kalau nak berdoa tu, kenalah kreatif sikit. Janganlah mintak nak dapat A je semata-mata. Mintaklah supaya diterangkan hati untuk menjawab soalan, dimudahkan urusan dan diberi idea semasa menjawab soalan."


"Kita sebagai kawan ni kenalah saling mengingati," itu lah madah D yang menyenangkan hati kawe. Terima kasih banyak, D.. Kawe ingatkan D tak pernah pedulikan kawe selama ini. Kawe ingatkan kawe ni seperti perigi yang mencari timba. Namun, hari ini telah membuktikan bahawa tak sia-sia kawe bermuka tembok selama ini, cuba untuk meraih perhatian dan pertolongan daripadamu wahai D. Mungkin kerana kawe tidak pernah berputus asa untuk berkawan denganmu. Kawe sungguh terharu apabila D memberi dorongan.. "Cool2 sudeyh!"


D, maafkan aku kerana telah tersalah anggap terhadap diri kau. Aku ingat kau tak peduli tentang aku. Aku ingat kau sombong dan tak ambik kisah pasal aku. Aku ingat aku je yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan kau. Aku ingatkan kau dah lupa akan pertolongan aku di sekolah dahulu. Sekarang, kau harus bantu aku. Hati aku dah rapuh. Kau pun dah lihat sendiri betapa rapuhnya hati aku. Aku rasa tak mampu lagi menggalas bebanan yang sangat berat ini. Aku amat memerlukan bantuan daripada kau sekarang, sebulan sahaja lagi. Kalau kau dapat bantu aku, kau akan aku kenang sampai bila-bila, sebagai seorang sahabat yang menyelamatkan hidup aku.


Anda semua kena faham, pointer di PASUM sangat penting, kerana akan menentukan masa depan pelajar. Kalau dapat bawah 3.5, macam mana nak ambik medic.. Banyak IPTA yang perlukan pointer yang jauh lebih tinggi. Itulah yang kawe sedang fikirkan dan renungkan. Fikiran berkecamuk dan kusut.


Kawe rindu diri kawe sewaktu SPM dahulu. Entah ke mana hilangnya diri kawe seperti dahulu. Ke mana hilangnya Rashdan yang kompetitif? Ke mana hilangnya Rashdan yang kuat semangat? Ke mana hilangnya Rashdan yang tak mahu kalah? Ke mana hilangnya semua itu? Jawapannya, kawe pun tak pasti. Itulah yang kawe kesali. Ke mana kawe nak letak muka lepas ni? Keluarga dan rakan-rakan mengharapkan sesuatu yang besar daripada kawe, namun kalau kawe tidak dapat melunaskan harapan mereka, kawe tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada diri kawe. Semangat itu sudah hilang.


Air mata yang tersimpan tidak dapat dibendung lagi. Tepat jam 12.00 tengah malam, 7 Mac 2011, lerailah segala kesedihan dan kedukaan. Apa yang kawe mampu lakukan, hanya mampu meratap kesedihan, mengenangkan masa hadapan yang belum pasti. Ya Allah, kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan hambamu ini dalam menempuh kehidupan ini yang mencabar... Kuatkanlah semangatku dalam menuntut ilmu ke jalan yang diredhaiMu..


Hamba Allah yang berhati rapuh,
Rashdan Roslan

28 Jan 2011

Kelate, Here I Come!!

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia..

Akhirnya sempurna sudah exam mid-sem untuk pelajar PASUM.. Alhamdulillah.. Penat minda kawe dalam situasi 'mental torture' tu.. Tentang exam hari tu, takde la sesenang mana, dan takde la sesusah mana.. Ada paper yang senang, dan ada juga yang susah (sampai nak nangis pun ada jugak...T.T)
Banyak la juga 'peluru' machine gun kawe habis hari tu.. Hehehe...

Lupakan soal exam yang dah habis tu, sekarang ni kawe fully commited nak balik rumah!!! Lama sangat tak ketemu sama family yang sangat dirindui. Tak lupa juga pada kucing-kucing di rumah, motor Yamaha LC 135 kawe, dan persekitaran Kota Bharu dan Kelantan amnya. Mesti ada banyak yang dah berubah. Ya Allah, betapa rindunya hati hambaMu ini kepada tempat tumpah darahnya... 10 minggu tak balik, macam masuk AF.. Hihihi... :)

Bas kawe pukul 9.30 malam ini (28/01/11), bertolak dari Hentian Putra. Kawe akan menaiki bas merah dua tingkat yang bernama Sani Express (no. trip MKL 21) di seat yang bernombor 3. Hehehe.. Sampai nombor seat pun bagi tau ni.. Semangat ni! Sekurang-kurangnya 3 orang budak PASUM dalam bas tu nanti..



Kalau cuaca ok, insyaAllah sampai kat Kota Bharu  pada pukul 5.00 pagi.. Kalau hujan, mungkin dalam pukul 6.00 pagi jugak la.. Tapi, kemungkinan besar hujanla, sebab sehari dua ni hujan sangat lebat di sana, kemungkinan untuk banjir pun ada jugak. Takut tersekat kat tengah jalan pulak.

Harap-harap perjalanan seluruh perantauan ke kampung halaman akan lancar sahaja tanpa apa-apa jua masalah, musibah atau kecelakaan. Doakan keselamatan diri kawe dan rakan-rakan serta seluruh rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung.

Jika ada sebarang komen, sila klik pada ruangan di bawah tajuk itu, takut korang cari, tak jumpa-jumpa lak kat bawah ni.. :D

Cetusan hati dan dedikasi,
Rashdan Roslan