Memaparkan catatan dengan label KLE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KLE. Papar semua catatan

19 Mac 2012

USM-KLE : Permohonan Dibuka!

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Aku pasti, ramai pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi / IB / A-Level / STPM dan yang sewaktu dengannya menunggu berita ni. Permohonan untuk USM-KLE kini dibuka!


Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila ke laman web berikut:

https://pohon.usm.my/india/

Tarikh tutup : 2 JUN 2013.

Untuk sebarang pertanyaan yang tidak formal, boleh tanya saya di sini. InsyaAllah, akan dibalas dengan secepat mungkin dan sebaik mungkin, mengikut keupayaan dan kapasiti saya sebagai seorang pelajar.

Semoga maju jaya, dan semoga berjaya dalam permohonan anda!

P.S: Untung-untung, boleh jadi junior saya :)

12 Dis 2011

SELANJAR 1 : Keputusan?

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Minggu ni bermula dengan debaran. Kenapa? Sebab hari ni aku dapat result Selanjar 1. Mula-mula berdebar dup dap dup dap jugak la menantikan result nih. Time Madam Vidya cakap yang result dah boleh ambik dekat mentor masing-masing (pukul 11.00 pagi tadi, sebelum kelas Dr. Ravishankar), masa kelas Dr. Ravishankar, susah la pulak nak fokus bila fikir pasal result. Alahai... Lulus ke tidak aku ni. Aku rasa result aku suam-suam kuku je ni.


Dipendekkan cerita, aku pun jumpa la mentor aku, dan setelah lama menanti, ini adalah keputusan peperiksaan aku yang pertama di sini:


B- jatuh dalam julat markah 60% - 64.9%.


Nak lulus, kena dapat > 50%.


Result tu ok la bagi aku, tak mengharapkan lebih pun. Lebih sebenarnya daripada yang aku jangka, terutamanya untuk paper SSA. Paper MCQ hari tu memang susah. Paper SEQ pulak, memang hancur, aku tak sempat nak tulis satu soalan, sebab tak cukup masa, hilang 10 markah. Kalau tak, boleh naik lagi gred ni.

Aku tahu, aku boleh buat dengan lebih baik untuk Selanjar 2, Selanjar 3 dan yang paling UTAMA, Professional 1 nanti. InsyaAllah. Kini, aku sebagai seorang pelajar perubatan, tak kejar lagi gred-gred ni semua. Aku hanya berhasrat untuk lulus sahaja. Kalau pun aku dapat markah yang lebih tinggi, itu aku anggap sebagai bonus, tanda kerja dengan lebih keras. Apa yang membezakan sama ada anda adalah seorang doktor yang baik atau tidak adalah sikap anda.

Alhamdulillah, syukur kerana aku berjaya lulus dalam 'battle' aku yang pertama. Ada 2 lagi 'battle' dan 1 'war' yang tinggal lagi. Langkah pertama aku ni boleh tahan bergaya jugak la, tapi ramai lagi kawan aku yang dapat result yang lagi power. Aku masih merendah diri. namun, keputusan ni sekurang-kurangnya boleh membakar semangat aku untuk naikkan lagi graf aku lepas ni! Tak banyak lagi masa yang tinggal untuk Selanjar 2, ada dua bulan lagi. Aku nak suruh abah ngan mak aku hepi dengar result aku nanti, bukan aku pulak yang kena leter. =)

Doakan aku berjaya mengharungi tahun pertama ni dengan gemilang! Kepada 82 orang pelajar 2nd Batch USM-KLE yang lain, aku pun doakan korang berjaya menempuh tahun pertama ni dengan jayanya. Sama-sama kita redah onak duri dan lautan api ni, menuju ke puncak kejayaan!

Bersama-sama tempuhi segala, saat gemilang akan tiba, dan kita kecapi bersama.

1 Dis 2011

Selanjar 1 : TAMAT

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, berjaya mengharungi 3 hari peperiksaan Selanjar 1 dengan baik. Result macam mana? Tak tahu nak kata macam mana. Aku telah berusaha, harapnya membuahkan hasil. Aku hanya memerlukan 50% je untuk lulus. Gred A, B, C sudah tak penting. Yang penting cuma lulus atau tidak sahaja. Ada sorang lecturer kat sini cakap,

"Tak kisah kalau awak lulus dengan apa-apa gred pun, yang membezakan doktor yang baik dan doktor yang kurang baik adalah sikap."

Ada kebenarannya juga. Kalau anda merupakan salah seorang 'pejuang markah', kalau dah masuk medik tu, tak perlulah nak sedih kalau tiba-tiba dapat C. Profesor lain pula berkata,

"Kalau awak dapat C dalam medik ni, tu dah kira cukup cemerlang."

Kalau dapat A? Sekarang aku anggap gred yang lebih tinggi tu sebagai satu bonus atas usaha yang lebih daripada biasa. Namun, tu tak boleh dijadikan alasan untuk aku berusaha lebih keras. Aku selalu bermonolog kepada diri sendiri,

"Kau dah pernah jatuh sekejap, takkan nak jatuh lagi? Kau dah usaha keras dulu pun boleh jatuh, apatah lagi kalau kau leka."

Aku masih letak sasaran untuk dapat 'Distinction', tapi kena lebih banyak berkorban lagi la. Jauh sangat lagi untuk aku capai tahap tu, kalau dengan kadar usaha aku sekarang. Namun pada masa yang sama, sukar pulak untuk aku keluar dari 'zon selesa' aku yang tersendiri. Kalau tak mampu nak 'distinction' pun, aku akan usaha untuk dapatkan semaksimum mungkin keputusan, agar aku puas hati, dan tak menyesal.

Exam kali ni ada 3 paper:

SEQ (Short Essay Question)
Yang ni format dia macam soalan esei SPM je. Cuma agak sukar untuk menjawabnya.


SSA (Spot Slide Assessment)
Exam yang ni, kena tengok TV. Hehe.. Exam tengok TV? Yes, TV Plasma 42 inci yang gambarnya jelas, terang dan nyata gitu. Kau ade? Haha.. Gurau aje.


MCQ (Multiple Choice Question)
Ada yang biasa dengar perkataan ni kan? Malah ada yang biasa buat secara tak sedar, jawab soalan objektif, pilihan A, B, C, D, pastu pilih yang mana betul. Tapi sistem MCQ sini lain laa adik abang, saudara saudari sekalian.. Sini anda hanya perlu pilih, "True" atau "False". Tak semudah tu... Kalau jawapan anda betul, dapat 1 markah, tapi kalau salah, kena potong 0.5 markah. So, kalau tak tahu pasal sesuatu statement tu, baik jangan jawab. Kang tak memasal kena tolak markah.

Lupakan pasal perkara tadi, yang penting, exam dah habis. Majoriti bebudak laki batch aku pergi release tension kat Goa. (Ingat Vasco da Gama?) Aku tak ikut, sebab aku nak simpan duit, ada lebih kurang Rs. 100,000 (RM7000) lagi dalam kad ATM a.k.a kad debit aku. Kena simpan duit sebanyak mungkin, sebab ada PROGRAM MEGA nanti bulan 2. Bunyi macam gempak je. Haha.. Ada double cuti seminggu. Nak ke mana? Rahsia dulu...

Apa yang aku nak buat masa saki baki cuti yang ada ni? Salah satunya adalah main game Formula 1 2011.


Aku beli dari eBay..

Salah satu cara aku release tension la tuh. Sayangnya tak ramai yang suka main game racing, tak macam game DOTA.. Tapi game racing ni memang dah banyak membuat adrenalin aku mengalir ke sana dan ke mari. Hehehe.. Dah sebati dengan diri aku sejak dahulu kala.

Ok lah, masa untuk berehat telah tiba. Tiba sudah masanya untuk kembalikan jam biologi aku kepada normal.

P.S.: Dah masuk bulan Disember lah. Kenapa ada bau kek ni??


Kejayaan adalah nikmat.


22 Nov 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Prof !

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Kali ni, tujuan aku menulis entri ini adalah untuk berkongsi sedikit mengenai sambutan ulang tahun kelahiran professor kesayangan kami, iaitu Prof. Kamarudin Jaalam, atau lebih dikenali sebagai Prof KJ. Jom aku perkenalkan serba sedikit mengenai Prof. Prof KJ merupakan Deputy Dean untuk program USM-KLE. Hanya beliau seorang sahaja tenaga pengajar dari Malaysia yang tinggal bersama kami. Oleh sebab itu, peranan beliau lebih kepada seorang bapa kepada kami, para pelajar USM-KLE.

Sudah 56 tahun usia Prof tahun ni. Tarikh lahir Prof? 22/11/55. Cantik nombor tu.


Itu kek birthday Prof KJ. Ade sebijik lagi, tak sempat pulak ambik gambarnye.

Apabila kami dapat tahu semalam, bahawa hari ni adalah birthday beliau, ada sesetengah pihak ni membuat kezzzzutan untuk Prof KJ.

Lokasi kejadian : Rumah Prof KJ.


Masa : Sekitar jam 5.45 petang


Modus operandi (tipu muslihat) : Mengadu bahawa ada masalah sedang menimpa pelajar USM-KLE tatkala Prof KJ sedang mengajar kami di rumah beliau.


Pelaku : Pelajar-pelajar USM-KLE tahun 1 dan 2

Perkara ni dirancang dalam masa yang singkat. Tahu-tahu je, "Eh-eh, ade kek?" Hahaha... Aku tahu makan je.. By the way, sape-sape pun yang belikan kek tu, terima kasih yer!

Maka, lepas tu, bermulalah acara makan kek. Hehehe.. Yang ni best, sebab Prof KJ suap kek kat aku. Hehehe.. Bangga pulak rasenye. Budak-budak lain, kau ade? Hahaha.. Gurau je..


Wajah keriangan jelas terpancar dari wajah Prof KJ setelah memotong kek.


Perebutan kek bermula!


Antara pelajar USM-KLE yang hadir ke majlis ini...

Prof KJ kelihatan gembira sebab kami sambut birthday beliau. Mesti Prof tak sangka kan. Yelah, tengah syok mengajar, tiba-tiba ramai orang serbu rumah beliau, sambut birthday. Mesti terharu kan.

Bukan untuk mengampu, tapi secara jujurnya, Prof KJ boleh dijadikan sebagai role-model untuk seluruh pelajar USM-KLE. Banyak pengalaman yang beliau timba, hingga menjadi seorang yang cukup hebat dan disegani oleh ramai pihak, termasuklah oleh tenaga pengajar di USM-KLE.

Apa-apapun, seluruh pelajar USM-KLE hari ini kelihatan ceria sahaja. Kan bagus kalau setiap hari suasana ini kekal sahaja, tapi mustahil la kan. Hidup ada suka dan duka. Turun dan naik tu perkara biasa. Sekian sahaja untuk kali ini.

P.S: Minggu depan, hari Selasa aku exam!!!

Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.

19 Nov 2011

Peperiksaan Selanjar 1

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Pejam celik, pejam celik, sudah 71 hari (atau 10 minggu) aku meninggalkan tanah air tercintaku, iaitu Malaysia... Pejam celik, pejam celik jugaklah, exam Selanjar 1 sudah dekat!!! Mengikut rentak budak-budak SPM nampaknya...



Secara amnya, USM menggunakan sistem begini. Ada 3 kali peperiksaan Selanjar yang akan diadakan sepanjang sesuatu fasa pembelajaran. Setiap kali Selanjar, 10% akan diambil kira untuk markah akhir.

10% X 3 = 30%

Lagi 70% adalah markah dari peperiksaan akhir. 10% tu bukan kecik... Boleh menentukan sama ada aku lulus atau gagal tahun pertama taw. Gagal tahun pertama? Erkkkk.. Balik Malaysia la jawabnya. Nak tak nak, kena lulus! Kalau dapat 'Distinction' (markah keseluruhan lebih 70%, dan lulus temu duga untuk layak), itu bonus namanya... =)

Berikut adalah jadual peperiksaan.. Sila klik untuk imej yang lebih besar...


Semua waktu yang tertera sila tolak 2 jam 30 minit yer.

USM Kubang Kerian (Kampus Kesihatan) dan USM-KLE akan buat exam serentak. Mana boleh nak buat asing-asing... Nanti bocor pulak soalan, sebab kami menggunakan soalan yang sama...

Jadi, debaran kian terasa kepada 83 orang pelajar USM-KLE, kerana ini perjuangan pertama yang bakal ditempuh oleh kami. Sejujurnya, aku masih belum bersedia sepenuhnya untuk menempuhi peperiksaan ni, sebab masih banyak yang belum diulang kaji. Ruang masa cuti seminggu untuk cuti belajar ni akan aku gunakan dengan sebaik-baiknya supaya aku mampu mencapai target yang aku inginkan, iaitu 7/10.

Semoga berjaya untuk kawan-kawanku di USM-KLE, dan juga rakan seperjuangan di USMKK.. Aku yakin kita boleh! Wahai pembaca blog R.A.S.H.D.A.N yang budiman, doakan aku dan rakan-rakan di sini agar berjaya dengan gemilang dalam Peperiksaan Selanjar 1!!

Berjuang hingga titisan dakwat yang terakhir!

9 Nov 2011

Aidil Adha Versi Belgaum

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, dan Salam Aidiladha.

Akhirnya berpeluang juga aku untuk mengupdate blog ini untuk melaporkan serba sedikit mengenai sambutan Hari Raya Aidil Adha di Belgaum. Ini kali pertama ek aku beraya di perantauan. Hari Raya Aidil Adha ni penting dalam kalendar umat Islam, iaitu perayaan kedua terbesar selepas Hari Raya Aidil Fitri..


Aktiviti minggu ini.. Hehehe.. Sangat seronok! :)

Tatkala umat Islam di Malaysia telah menyambut Aidil Adha pada 6 November, kami belum menyambutnya lagi. Hehe.. Lewat sehari la pulak kat India.. 6 November tu jugak la, kami telah bermain 'Explorace' edisi Aidil Adha. Kumpulan aku ada 5 orang. Aku, Fareed, Gan, Syauqi ngan Fikri. Seronok main 'Explorace'. Banyak memberi pengajaran kepada diri ini. Insaf pula bila aku dapati banyak benda yang aku tak tahu. Namun, masih banyak ruang untuk diperbaiki kan..  Maaf kerana takde gambar diambil pulak. Terlampau komited lak main sampai tak ingat ambik gambar. Hehehe...

OK, Explorace dah habis, malamnye pulak, masa solat Maghrib ngan Isyak, dah mula bertakbir raya. Sayu hati apabila mengalunkan takbir. Namun, inilah harga yang perlu dibayar jika anda ingin keluar dari zon selesa.. Nak selesa, sila duduk rumah sahaja... =)

Pagi raya? Solat sunat lah... Diadakan di kampus USM-KLE, atas padang mini.


Solat sunat di pagi yang hening..


Imam pagi itu, saudara Mohamad Hanif bin Hashim, merangkap Pengerusi Islamic Society (I-Soc) USM-KLE.


Usai solat sunat Aidil Adha... Berseri-seri wajah semua..


Bermaaf-maafan sesama mereka yer, kaum muslimat...


Jejaka-jejaka kacak.. Hehe.. Dari kiri : aku, Fareed, Syauqi, Anwar Hakim


Geng 2nd Batch, all 19 years old mehhh... dari kiri : Aku, Akhyar, Arief, Hanif


Briefing untuk ibadah korban kejap...


Muka-muka tak balik raya. Hahaha... dari kiri : Arief, Aku, Amirul Juraimy, Amyrull Fazmi, Akhyar, Fareed


Agak-agak, kalau hantar salam perantauan ni, stylo tak? :D

Dah puas bergambar dah ni... Lepas tu apa gunanya beraya haji kalau tak melawat tempat korban ye dak? (Oghe Kelate panggil 'Ghe-Bey')... Kat sini pun, ibadat korban dijalankan seperti biasa. Untuk bahagian USM-KLE, ade 11 ekor lembu kesemuanya. Bercakap mengenai lembu pulak, lembu adalah 'haiwan suci' penganut agama Hindu. Jadi, untuk menyembelihnya (barang kali untuk mengelakkan salah faham atau ketegangan), dibuat di tempat yang tertutup. Kalau tak silap, kena dapatkan surat dari pihak polis lagi taw. Susahnya nak makan daging kat sini. Huhu... Barulah aku reti nak menghargai daging kejap..

Tapi, yang aku kagum kan, orang tempatan ni sangat pro dalam menumbangkan lembu. Kalau kat Malaysia, nak kena ikat-ikat dulu lembu tuh. Pastu kena guna kudrat ramai orang kan. Kat sini, 2 - 3 orang dah jadi untuk tumbangkan sekor lembu! Aku pun tak sedar bila masa lembu tu dah tumbang. Semua ni dilakukan di kawasan rumah Uncle Mustaq, kat Azam Nagar. Ramai orang Islam kat kawasan tuh.

Malamnya pula, ada jamuan... Yang penting, aku dah naik pangkat. Bukan menyanyi je kerja, aku jadi pengacara pulak. Hehehe.. Tambah lagi satu title... :D


Hadirin-hadirat malam tu sedang beratur ambik makanan...

Jamuan mula dalam pukul 7.45 malam. Bermula dengan bacaan doa dan sedikit ayat al-Quran dari saudara Muhammad Nabil bin Mohd Khassan. Untuk pengetahuan kalian, Nabil adalah senior aku di ASiS dulu. Hidup ASiS! :)


Nabil baca al-Quran  dengan sepenuh penghayatan.

Lepas tu, ucapan dari saudara Amyrull Fazmi, ketua 2nd batch USM-KLE.


Berucap sambil memegang Samsung Galaxy S2 nye... Hehehe.. :D

Lepas tu, ada persembahan nasyid yang sangat hebat oleh pelajar-pelajar USM-KLE. 2 lagu, Analisa dan Merah Saga. Penutup tak boleh blah, nyanyi lagu Mohabbatein lak. Bebudak pompuan sume dah sorak-sorak. Hehe.. Tapi memang syok woot! Tambah lagi satu aset USM-KLE, selain Puisidera, Tarian dan Band. Prof KJ pasti bangga! :)


dari kiri : Fareed, Dzulfikri, Arief, Akhyar, Hussein, Safwan, Amirul Juraimy. Yang paling kanan tu enterprem je. Hehehe...

Lepas tu, tiba detik yang dinantikan oleh seluruh pelajar USM-KLE. Pengumuman keputusan Explorace. Hehe.. Keputusannya :

Muslimin:

1. Sacred Muslimin
2. F.A.S.T.
3. As-Siddiq
4. As-Syabab
Bendera tercantik : As-Syabab

Muslimat:

1. Al-Adiyat
2. Az-Zahra
3. Zahratul Jamilah
4. Al-Ma'u Sab'u
5. The Untouchable
6. Humaira
7. Zahratul Jannah
8. Khaulah Al-Azwan
Bendera tercantik: Khaulah Al-Azwan

Yang penting, kumpulan aku no. 1 woot! Heheh.. Alhamdulillah, berkat usaha kami semua yang ikhlas, dibayar dengan kemenangan. :)

Lepas tu, ada satu kejutan, yang aku pun tak tahu mula-mula. Hehehe.. Ada cabutan bertuah la pulok. Jadi, ada nama yang telah dipetik. 5 sahaja. Nama-nama bertuah adalah:


Aku tampal sendiri taw atas kertas nih, nak share kat korang semua. Hehehe... Harisah takde pulak malam tu, so kene la amek nama lain, dan yang tersangkut adalah nama roomate sendiri, Aznil. Hehehe... Takde unsur bias yer. Nama pun cabutan bertuah. Lagipun bukan aku yang cabut.

Maka, berakhir sudah acara malam tu, dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah juga, tak sedih sangat pun bila beraya jauh berbatu dari tanah air, walaupun tahun ni semua ahli keluarga aku balik!! Jangan risau abah, mok dan ahli keluarga yang lain, saya baik-baik saja. Sekian dahulu pengemaskinian blog untuk kali ini. Harap sudi tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.


Pengorbanan menuntut kesabaran dan kecekalan.

4 Nov 2011

Salam Aidiladha dari Perantauan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Lepas kali pertama berDiwali di India, ade jugak lagi satu bende yang kali pertama nih. Hari Raya Aidil Adha @ Raya Korban @ Raya Haji pulak yang akan aku sambut jauh dari tanah air..


Harap-harap ade rezeki untuk ke sini bila dah berkemampuan... Nak hantar parents ke sana jugak... =)

Teringat kembali kenangan lama, raya haji kat ASiS, masa SPM dulu... Aku dah semangat nak balik rumah taw. Siap beli tiket pergi balik lagi. Alih-alih, cikgu tak bagi balik pulak dah.. Padahal sempat je kalau nak balik.. Tapi takpe, pengorbanan harus dilakukan demi kejayaan yang gemilang, dan aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih Allah, alhamdulillah, syukur.. =)


Last year, masa aku bergelar pelajar PASUM, raya haji cam normal je, tapi, raya haji kat Kelantan meriah beb. Macam raya puasa gak. Cuti umum pun 2 hari... Cuma yang bezanya, takde duit raya, dan raya penuh dengan daging, daging, dan daging lagi. Pergi rumah mana-mana pun daging je. Pastu ramai yang masuk hospital lepas makan tak hengat... Kesian jugak kan.. Kesimpulannya, berwaspadalah dalam pemakanan anda musim-musim raya nih, takut nanti kena stay kat wad pulak...

Untuk tahun ni, kami (pelajar USM-KLE) tetap akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, walau jauh dari tanah air. Ada jugak pelajar yang pulang berhari raya kat Malaysia.. Ibadah korban tetap jalan.... Ada 11 ekor untuk bahagian pelajar USM-KLE... Bukan sekadar ibadah korban je. Solat Sunat Aidil Adha juga akan diadakan. By the way, kat sini raya haji 7 November. Lewat sehari berbanding Malaysia. Jamuan pada malamnya pula, dan tak dilupakan, acara Explorace juga. Sekalung pujian kepada Islamic Society (I-Soc) USM-KLE kerana sudi mengadakan aktiviti berfaedah kepada kami.


Sekadar gambar hiasan je... Bolehkan aku melapah daging nanti? First time ni nak buat...

Harapan aku agar hari raya kali ni datangkan semangat dan inspirasi untuk kita semua dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni... Buat ibu bapa dan kaum keluarga, faham-faham lah kenapa saya tak balik yer. Hehehe.. Kepada kawan-kawan di Malaysia, jangan rindu-rindu aku sangat.. Hehehe... Maaf, terperasan pulak. Kepada seluruh rakyat Malaysia, berhati-hati di jalan raya, jangan masuk dalam statistik kemalangan. Nanti aku akan update lagi tentang sambutan raya haji kat sini yer. Akhir kata,

Salam Aidil Adha buat seluruh umat Islam di seantero dunia!

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan.

30 Okt 2011

Diwali!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Tahun ni sedikit bersejarah, sebab pertama kali menyambut Deepavali @ Diwali di luar Malaysia. Rasa bertuah sebab dapat menyambutnya di negara asal perayaan ini, iaitu India!


[Bunyi macam gempak, tapi sebenarnye sambut untuk malam raya je...]

Sambutan Deepavali secara kecil-kecilan tapi meriah telah dibuat di hostel kami. Seronok tak terkira sebab excited nak tengok culture diorang...


Tempat sembahan mereka. Siap taruk pokok pisang lagi.


Aku ingatkan birthday party mula-mula, tapi sambutan Deepavali la pulak... Hehehe... Birthday aku pun dah tak lama ni... :)


Dalam keterujaan nak sambut Deepavali tuh, minum petang tetap ada... Kaut kerepek tu abang-abang dan akak-akak oiii.. Hehe..


Amboi... Siap posing lagi ek??

Malam Deepavali tu, kami pelajar USM-KLE ni berpesta dengan begitu dahsyat sampai hampir tak ingat dunia. Hehehe... Pesta mercun!! Memang tradisi diorang kat sini, main mercun malam raya... Hehe..


Dahsyat woot! Lawa pulak tuh... Mula-mula takut jugak, tapi last-last aku main jugak! Hehehe...


Bunga api yang menjulang-julang.... Tetiba teringat lagi Katy Perry - Firework... Boom boom boom, even brighter than the moon moon moon... Hahaha...


Haaaa.. Yang ni nama dia mercun.. Hahaha... Bukan tangan aku... :D


Bunga api menuju angkasa.... Lawa!


Cantik pulak gambar ni? Hehehe... Thanks Samsung Galaxy S2...


Rilek je mak cik tu main mercun... Macam pro je... Hehehe.. Slumber derk je, meletup kat tangan pun rileks je. Aku malas la nak main mercun, nanti tak sempat jadi doktor baru tau. Haha.. Main bunga api sudah..

Lepas tu, makan-makan pulak. Sebab makanan India tak menepati cita rasa aku, makan sikit je lah. Pastu keluar makan dengan Azhar ngan Amir Izwan kat Natural Ice Cream. Tu baru mukadimah... Patu makan kat China Wall, talian hayat bebudak USM-KLE.


Kat sini boleh tahan sedap la makanannya. Aku suka makan bihun ngan maggi goreng. Rasa sangat macam kat Malaysia. Harga pun berpatutan.

Sebenarnya tujuan aku keluar tu untuk tengok suasana malam raya diorang. Memang penuh dengan cahaya, kan Diwali ni kan "Pesta Cahaya". Sangat unik, tapi aku suka tengok 'kolam' yang pelbagai corak. Kagum dengan kebolehan diorang buat...


Contoh kolam yang ada...


Oghe Kelate duo-duo ni : Azhar Che Omar nge Amir Izwan


Pemandangan biasa di sini...

Setakat ini dulu kisah 'beraya' di Belgaum. Tak lama lagi, Aidiladha pun dah dekat. Bakal ada sambutan nanti kat sini. Nanti aku update yer! =)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.