Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

22 Jun 2013

CFCS @ Basavan Kudachi, Belgaum

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Agak terlewat untuk update pasal benda ni, tapi tak mengapa.. Baru ada masa dan ilham untuk menulis. Entri kali ini berkisarkan CFCS atau nama panjangnya Community Family Case Study.

Pada 18-23 Mac 2013 yang lepas, kami (pelajar 2nd batch USM-KLE) terlibar dalam Residensi Komuniti, yang mana, kami telah ditugaskan untuk mengadakan kajian (survey) di sebuah kawasan kampung di Basavan Kudachi, Belgaum. Jarak dari kampus kami ke sana adalah 8 kilometer. Pengangkutan disediakan oleh pihak USM-KLE.

Kawasan Basavan Kudachi yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang Belgaum

Setiap hari, kami akan bertolak dari kampus pada jam 8.30 pagi, kemudian akan pulang pada pukul 12.00 tengah hari. Oleh kerana perlu menjaga sensitiviti masyarakat di Basavan Kudachi yang rata-rata pemakan sayur (vegetarian), kami dapat pelepasan awal pada tengah hari kerana mengambil kira diet kami. Kami dilarang untuk membawa makanan yang berasaskan produk haiwan kerana bimbang kesucian kampung itu tercemar. Maka, kami bersarapan dengan lebih kenyang daripada biasa.

Daripada 83 orang pelajar USM-KLE, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan besar, yang mempunyai dalam 24-25 orang pelajar. Setiap kumpulan besar diperuntukkan 100 rumah untuk dibuat kajian (survey). Setiap kumpulan diberi kawasan liputan yang tersendiri. Untuk memudahkan kerja kami dan juga mempercepat proses pengumpulan data, kami membahagikan diri kami ke dalam kumpulan yang lebih kecil, 3-4 orang sahaja. Aku bekerja satu kumpulan kecil bersama Aznil Ramly dan Safwan Khairuddin.

Pada hari pertama, belum mula membuat kajian, sebaliknya kami hanya menanda rumah-rumah dalam kawasan liputan kami (berjumlah 230 lebih) dengan menampal nombor-nombor di depan rumah mereka. Pada tengah harinya, di kampus, kami menggunakan kaedah 'random sampling' untuk menentukan rumah mana yang perlu kami lakukan kajian (survey). Setelah dibahagikan, kami (aku, Aznil, Safwan) mendapat 12 rumah untuk dikunjung. Ada baki 4 hari, maka secara kasarnya, jika kami berjaya selesaikan 3 rumah dalam masa sehari, maka kami berada di trek yang betul. Namun, atas sebab-sebab yang tertentu, setiap kumpulan kecil ditambah lagi 4 rumah untuk dilakukan kajian. Redha je, not a big deal lah! =)

Safwan dan payung merahnya. Penat tanda rumah..

Sebelum terlupa, masalah komunikasi menjadi masalah yang agak besar. Kebanyakan penduduk di Basavan Kudachi tidak tahu berbahasa Inggeris, sebaliknya hanya berkomunikasi dalam bahasa tempatan, seperti Kannada, Marathi dan Hindi. Maka, bila kami berbahasa Inggeris, jadilah seperi ayam dan itik. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana diberikan seorang penterjemah yang bernama Basavva, pelajar kejururawatan yang banyak membantu kami dalam berkomunikasi sepanjang kami melakukan kajian.

Kajian pula berkisarkan beberapa aspek, seperti kebersihan rumah, profil sosial, cara mereka mencari penawar ketika sakit, profil morbiditi (penyakit), kesihatan mulut dan gigi, penggunaan produk tembakau, aktiviti fizikal, kesihatan wanita dan juga imunisasi (bayi dan wanita mengandung). Berdasarkan maklumat-maklumat ini, kami akan menganalisa data dan kemudian akan menentukan kempen yang perlu dilakukan di sana pada sidang akademik yang akan datang.

Borang kajian
Soal-menyoal oleh Aznil

Bergambar sikit.

Kawasan kampung. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai petani.

Timbunan jerami yang agak tebal

Soal-menyoal diteruskan

Rumah ini mempunyai amat ramai penduduk

Mujurlah ada Prof. Yesudas A. Shivapur yang sudi membantu. Dia sangat sempoi!

Bergambar bersama budak baru balik sekolah. Comel je..

Kerbau tidur

Kawasan sekolah di Basavan Kudachi

Ada encik kera di atas sana

Agak daif. Membuatkan aku insaf seketika.

Tandas macam kena bom. Kesian kepada murid-murid di sana.

Kawasan laman sekolah. Di sinilah mereka menimba ilmu.

Tulis jangan tak tulis!!!

Terserlah naluri kebapaan Safwan di situ. Hehe..

Jom ambik gambar lagi :)

Kanak-kanak baru habis sekolah

Pantang nampak kamera, budak-budak ni mesti lambai-lambai

Kereta lembu yang tak ada lembu

Pandangan tipikal rumah-rumah di sana

Senyum.. 1,2,3!

Seronok la zaman kanak-kanak kan?

Sempat jugak bergambar dengan mereka. Semoga mereka berjaya dalam pelajaran mereka untuk mengubah nasib diri sendiri dan keluarga.

Tak banyak dah gambar-gambar di sana, sebab kami agak serius dalam buat kerja. Hehehe.. Ini bukanlah kali terakhir kami ke Basavan Kudachi. Pada tahun akademik yang akan datang, kami akan ke sana lagi, untuk melakukan intervensi (kempen) di sana. Dapat jumpa orang-orang kampung sana lagi. Kempen apa? Bergantung kepada keputusan kajian kami.

Orang kampung sana baik-baik belaka. Kebanyakan daripada mereka memberikan kerjasama yang amat baik. Ada yang siap bagi makanan untuk kami. Ada juga yang kurang memberi kerjasama, namun itu semua tidak menjadi halangan untuk kami menyiapkan tugasan yang diberi. Secara amnya, hidup mereka amat sederhana, berbeza dengan kawasan bandar Belgaum. Pendapatan bulanan mereka agak sedikit (rata-rata di bawah RM300), namun mereka tetap hidup dengan apa yang ada.

Di sinilah, nilai kerjasama amatlah dituntut, kerana kerja berkumpulan memerlukan kerjasama yang amat padu daripada semua ahli kumpulan. Jika ada salah silap, belajarlah dari sana, kerana pengalaman ini amat berharga. Pengalaman tak dijual di mana-mana kedai, dan tiada nilainya. Alhamdulillah, boleh dikatakan misi kajian di Basavan Kudachi telahpun berjaya! Terima kasih kepada mereka yang membantu terutamanya rakan-rakan dan para pensyarah.

Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf atas kelewatan kemas kini. :D

20 Feb 2012

Kenangan Sa[VI]Our

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Entri kali ni untuk mengimbas kembali kenangan bersama rakan-rakan di sekolah dulu. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, 12 Februari 2008 merupakan detik pertama aku melangkah masuk ke ASiS. Sudah 4 tahun berlalu.

SM Sains Alam Shah : Kreatif, Inovatif, Produktif
ASiS terletak kat Bandar Tun Razak, Cheras. Berdiri teguhnya ASiS di atas tapak Sekolah Alam Shah (kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Alam Shah) yang berpindah ke Putrajaya. Dengan semangat baru, ASiS menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa secara sedikit demi sedikit, dan kini semakin dikenali ramai, setelah hampir sedekad penubuhannya.

12 Februari 2008, aku mendaftar di ASiS. Kuala Lumpur, sebuah bandar raya yang begitu asing padaku waktu itu. Aku hanya berpeluang untuk menjejakkan kaki hanya sekali sewaktu aku kecil di KL. Namun, alhamdulillah, Allah S.W.T. memberi aku rezeki untuk lebih mengenali KL dengan lebih lanjut, dengan mengizinkan aku belajar di ASiS. Pengalaman yang bakal ditimba pastinya akan berguna sepanjang kehidupanku.

Tempat pertama yang aku jejak dalam sekolah ni.
Batch aku adalah batch ke-6 ASiS. Agak baru lagi la sekolah ni. Aku sangat suka budaya sekolah tu, terkejut jugak mula-mula bila tengok ramai senior yang tolong angkat barang, lepas tu siap bagi salam lagi. Memang terbaek la..

Setelah habis orientasi, maka bermulalah sesi P&P.. Aku masuk kelas 4 Gigih, yang sangat havoc. Hehe..

Hehe.. Sorry bebudak 2nd intake... Jap lagi keluar la gambar korang..
Rumah sukan pulak, aku masuk Bendahara. Dorm 2A3. Senior otai-otai woo.. Takut jugak mula-mula. Dah lama, biasa je la. Diorang ok la..

Dorm aku kat belah atas, bucu belah kiri..
Sebulan lepas tu, makin ramai warga batch ke-6 ASiS.. Ahli kelas aku pun bertambah jugak! Daripada 21 jadi 29 orang.. Alhamdulillah, takde langsung yang keluar ASiS dalam kelas tu, tak macam kelas lain, ramai je yang kecundang sebelum berjuang. Hehe..

Lengkaplah sudah warga 4 Gigih 2008.. 29 orang semuanya.
Form 5 pulak, setelah mendapat nombor 23 dalam tingkatan, aku berjaya menempatkan diri aku dalam kelas 5 Dinamik. Alhamdulillah, semua 30 pelajar dalam kelas tu power-power belaka. Kelas lain pun power jugak :)

Kelas 5 Dinamik yang amat dirindui :)
Banyak kenangan yang aku boleh ungkapkan, menerusi gambar-gambar yang masih berada dalam simpanan aku ni. Antara kenangan yang mampu aku kongsikan:

Suasana biasa di dalam surau ASiS

Ni masa Sukaneka masa form 4. Kanak-kanak Ribena lagi yer.
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Sepatutnya Erma Fatima yang datang tau, tapi dia sakit pulak hari tu.
Dipaksa masuk choral speaking. Oh no!! =(
Bergambar bersama kawan-kawan seangkatan yang bakal membuat persembahan masa Malam Ambang Kemerdekaan 2008.
Itu dia.. Tuan empunya blog beraksi.. Hehehe...
Merdeka!!! Lakonan mantap dari rumah Syahbandar..
Bernasyid mewakili rumah Bendahara..
Debat Kemerdekaan 2008, di Angkasapuri. ASiS menang!
Jogathon 2009..
Ezlynn datang buat persembahan kat ASiS masa Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang tahun 2009.
Hafiz Zainal, classmate aku masa Form 4. Khabarnya dalam perbincangan nak jadi artis rakaman KRU. Hehe... Tahniah.. Tak sia-sia kita melalak bersama dalam kelas dulu :)
Menonton F1 di Litar Sepang, masa form 5.
Antara cikgu yang sporting, beraksi sewaktu sukaneka di Hari Guru 2009..
Rakan-rakan beraksi sewaktu Hari Guru.. Nyanyi lagu Kamelia ni..
Kem Rehat Minda, bergambar bersama bebudak 5D..
Masa Kem Rehat Minda jugak ni..
Kem Rehat Minda di Glory Beach Resort, Port Dickson.
Bergambar dengan kelas 5D di Majlis Makan Malam Nostalgia Abadi, di Corus Hotel, Jalan Ampang.
Nyanyi ramai-ramai, lagu "Terima Kasih Semua" & "Janji Kita"
Aku masuk taw, Larian Bersama Bomba 2009. Kurusnya aku dulu!!
Hari Sukan 2009, di Stadium Bola Sepak Cheras. Rumah Bendahara!!
Gempur Biru Gempur!
Makan Malam Nostalgia Abadi!
Buku Longman Chemistry SPM. :)
Hasil kerja kami bersama, 4 Gigih.
Berdiri di atas bukit ASiS :)
Antara banner yang menaikkan semangat para Sa[VI]Our masa SPM..
Banyak je kenangan lain sewaktu pembelajaran aku kat ASiS, contohnya pergi kem Biro Tatanegara (BTN) kat Alor Gajah, Melaka. Masa ni dapat kenal dengan bebudak SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur (SeSeRi); Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP); dan jugak Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (SAS). Niat asal nak jadi pengawas, tapi mungkin aku belum cukup bagus, sebab ramai lagi yang lebih layak.

Agaknya bilalah kita semua boleh jumpa lagi? Reunion group NARNIA. :D
Dapat jadi tutor juga merupakan salah satu penghormatan untuk aku. Alhamdulillah.. Seronok jugak dapat mengajar orang. Sub-tutor aku, Fareed Azlan, sekarang belajar bersama aku kat USM-KLE. Reunion group tutor-tutee 23 lah ni. Hehehe.

Lumrah di sekolah juga telah lama-kelamaan jadi rutin. Senang je nak bangun pukul 5.30 pagi masa sekolah dulu. Lepas Asar baru boleh naik dorm. Tak kira dengan prep lagi. Dah lama-lama, tak penat pulak, sebab dah biasa.

Rindu jugak dengan suasana dewan makan. Rindu mak cik "Dik, cepat dik!".. Hehe.. Kalau hari Ahad, menu special, iaitu Super Sunday : Nasi Goreng lauk sup daging. Kalau 'beruntung', malam dapat 'bubur Fear Factor' pulak, iaitu bubur chacha. Sedap ape rasa dia? Hehehe.. Tapi rupa dia yang pelik sikit. Kalau ada orang yang jerit 'Fear Factor', nescaya ramai yang patah balik. Hehehe..


Setelah dua tahun belajar di ASiS, sama-sama melalui saat suka dan duka, maka terpaksalah kami semua berpisah, pada 8 Disember 2009, usai peperiksaan SPM, subjek Kimia masa tu. Sedih dan gembira bercampur-baur, tapi itulah lumrah hidup. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Yang penting, bertemu dan berpisah demi Allah S.W.T.

Sa[VI]Our
VI OASiS = Batch ke-6 keluaran ASiS
Setelah dua tahun menuntut ilmu di Kuala Lumpur, banyak juga perkara baru yang aku pelajari. Antaranya:

Dulu, aku tak pernah naik LRT, lepas tu terus pandai naik LRT atau komuter dan yang sewaktu dengannya untuk ke mana-mana.

Dulu, aku tak pernah naik bas ekspress, ulang alik dari Kota Bharu ke KL, lepas tu aku berani naik sorang-sorang.

Dulu, aku jarang berjauhan daripada keluarga, lepas tu aku dah pandai berdikari.

Dulu, aku tak tahu yang aku boleh menyanyi, lepas tu baru aku tahu yang aku mampu menyanyi. Hehehe.. :D

Dulu, aku tak pernah pergi KLCC, lepas tu aku dah jejak banyak tempat kat KL.

Kenangan di ASiS dan bersama ahli-ahli Sa[VI]Our memang sukar untuk dipadamkan dalam minda aku. Even sampai sekarang, aku masih terasa yang aku masih berada di sana, walaupun rupa-rupanya 4 tahun sudah detik itu berlalu. Alhamdulillah, sehingga kini, aku masih berhubung dengan ramai ahli Sa[VI]Our di serata dunia. Antara negara yang ditakluk oleh ahli Sa[VI]Our selain Malaysia adalah Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, United Kingdom, Kanada, China, Rusia dan tak dilupakan, negara yang aku berada sekarang ni, India. Ada juga yang bakal melebarkan sayap ke Jepun, Ireland, Sepanyol dan Jerman. Apa-apa hal pun, kita tetap hebat! Sa[VI]Our di serata dunia...

Ingin satu ketika nanti, aku kembali lagi ke sekolah untuk mengimbau kenangan satu-persatu di sana. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menahan homesick. (bukan aku!!!!!) Aku kalau rindu rumah, call je guna telefon I-Talk.. Hehehe.. :D

Jejaka-jejaka kacak. Hehe :)
VI stands for the 6th!
Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas di ASiS, aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. Tiba masanya untuk mendapat hadiah daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan, setelah tahun-tahun sebelumnya, aku melihat kejayaan senior-seniorku. :)

Wajah keceriaan yang penuh kesyukuran :)
Entri kali ni merupakan secebis sahaja daripada 1001 memori yang terukir di ASiS. Harapan aku semoga kita semua akan terus berjaya walau di mana dan walau apa jua bidang yang dipilih. Satu hari nanti, kita akan kembali ke ASiS sebagai seorang insan yang berjaya. Semoga guru-guru kita berbangga dengan hasil didikan mereka. Selain itu, semoga kita berjaya juga di akhirat kelak. Setakat ini dulu secebis ingatan dari aku buat korang semua, sempena 4 tahun terciptanya entiti Sa[VI]Our. Sekian, semua :)


Kenangan lalu mengusik jiwa.