Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan

21 Sep 2013

Cuti-Cuti Malaysia


..السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Salam sejahtera, semua. Seronok cuti-cuti Malaysia lepas raya tempoh hari..
 
Destinasi pertama : Pekan, Pahang. Tempat kelahiran abah aku. Balik kampung!

Pekan Riverfront

Aki dan Wan aku (datuk dan nenek) dah lama meninggal. Yang ada pun ibu saudara dan bapa saudara aku. Kakak aku dan keluarganya pun tinggal dekat situ sebab kebetulan dapat kerja kat sana. Bila ingat arwah Aki dan Wan, rasa sedih, rasa rindu pulak. Sedekahkan al-Fatihah kepada mereka, semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sempat jumpa mak saudara, pak saudara dan sepupu di sana. Tak semua tapi sempatlah jumpa jugak. Kiranya beraya jugak la kan?

Destinasi kedua : Lembah Klang. Alang-alang nak ke kenduri kahwin anak kawan baik abah aku kat Kajang, bolehlah bercuti bersama keluarga kat KL.

Pengantin lelaki.. Tahniah Abe!

Pengantin berpeluh nampaknya. Panas sangat kot Kajang..

This is what we (oghe Kelate) call as 'belarok' atau bahasa bakunya 'berarak'. Lokasi : Taman Kajang Baru.
Dari Kajang, aku gerak sendiri, tak ikut family. Nak pergi beraya sakan. Alhamdulillah, dapat jumpa Mahmud Khairudin, kawan baik di ASiS dan PASUM setelah dua tahun aku belajar di India. Ni pun dia yang hantarkan ke Stesen KTM Kajang.

Seremban? Den singgah kojap yo, nak jumpo kawan lamo yang duduk dokek Senawang. Kono poie stesen Senawang la pulak lepas ni..

Bosan-bosan, ambik gambar Stesen Keretapi Seremban

Baru ingat nak lepak kat Seremban Parade kejap sementara tunggu member ambik.. Tapi tutup la pulak. Nak ubah suai..

Maka, ke stesen Senawang lah kita

Senja di Seremban. Indah juga =)

Tunggu punya tunggu, akhirnya dalam pukul 8.30 pm, kawan aku, Sufi ambik kat Stesen KTM Senawang. Dia baru sampai dari Pontian, ada kawan sama sekolah dia (SMS Tuanku Jaafar) kahwin kat sana. Ada sekali dalam kereta tu, si Amirul Fatih yang sedang bercuti juga. Dia belajar kat Seattle, USA sekarang. Lalu aku dibawa ke rumah Sufi di Taman Alamanda, Senawang. Ada benda sebenarnya yang aku ingin sampaikan kepada keluarga dia, iaitu beras basmati khas dari India. Walaupun sedikit, namun semoga bermakna.

Lepas makan kat rumah Sufi, aku terus pulang ke Kuala Lumpur. Agak lambat, pukul 9.45 pm aku ambik tren di Senawang. Hanya mampu sampai ke Stesen KTM Putra sahaja walaupun destinasi aku sebenarnya KTM Kampung Batu. Tiba di KTM Putra pada jam 11.30 pm, dengan  bateri telefon aku dah kurang dan power bank pun dah kosong. Risau jugak sebenarnya, dan rasa bersalah sebab susahkan abang ipar aku untuk ambik aku di sana. Abang ipar aku bawak ronda-ronda tengah malam di KL, tapi sebab mengantuk sangat, tertidur dalam kereta.

Koc KTM Komuter yang baru. Sangat selesa, tapi ketepatan masa masih berada di takuk lama. KTM, bilalah nak tepat masa? Hmmmmm..


Dari kecik sampai besar, aku berimpian untuk bercuti sama-sama keluarga. Namun disebabkan kesibukan kerja abah dan mak, maka tak dapat-dapat nak bercuti sama-sama. Akhirnya setelah 21 tahun aku hidup, dapatlah juga bersama keluarga di Zoo Negara. Jom jom, nak kongsi sikit gambar di sana.

Sebahagian daripada kami.. Pertama kali bercuti bersama-sama

Ini namanya siamang. Dia takde tulang selangka (collar bone / clavicle), sebab tu boleh bergerak sangat bebas.

Kuda padi. Kecik saja..

Kambing hitam

Penguin yang ditempatkan dalam rumah khas yang sesuai dengan keperluan suhunya

Badak air tak nak timbul timbul..

Rusa sedang makan rumput

Kelawar bergayut

Kijang. Binatang yang sinonim dengan negeri Kelantan.

Buaya!! Kalau jumpa kat sungai ni, confirm aku lari tak cukup tanah..

Kura-kura gergasi. Bessssaar punye.

Burung apa ni? Cuba teka..

Zirafah..

Burung unta a.k.a. ostrich

Lembu.. gemok

Harimau berjalan dalam air

Harimau Malaya tidur nyenyak

Raja rimba, singa..

Tapir / cipan

Unggas

Bangau oh bangau.. Sebenarnya tempat ni tutup, curi ambik gambar. Hehe

Gajah.. gajah

Tuan punya blog yang poyo

Abang ipar bersama anak buahku, Mikail


Ada drama kat sana. Beg kakak sulung aku (Along) hilang. Sayang kot, purse yang aku beli kat Mumbai hari tu hilang. Tapi yang lebih penting lagi, duit dan segala macam jenis kad (contohnya IC, lesen, kad ATM) yang hilang. Susah pulak nak kena buat baru.

Takpelah, mungkin bukan rezeki Along. Esoknya kami pulang ke Pekan semula. Aku teman Along buat kad-kad yang hilang tu. Kesian dia, tapi nak buat macam mana kan. Peringatan untuk orang lain supaya jaga barang peribadi dengan lebih baik. Kalau hilang susah nanti.

R&R Temerloh. Travel bila ada budak kecik macam ni lah. Kena sabar. Nasib baik bukan aku yang drive. Hehe..

Selepas singgah di Pekan, maka berakhirlah cuti-cuti Malaysia kami. Pulang ke Kota Bharu melalui Kuala Terengganu, singgah beli keropok. Alhamdulillah, kali ni kedai BTB2209 bukak. Beli keropok dalam RM30, tambah RM10 keropok yang dah digoreng untuk dimakan dalam kereta. Habis terus, tak sampai 20 minit. Hehehe..

Alhamdulillah, bukak pun kedai ni. Apa lagi, jom borong!

Pulang ke Kota Bharu melalui jalan pantai. Sempat singgah di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu. Subhanallah, pemandangan yang amat indah.

Indah betul pemandangan kat sini

Subhanallah.. Saujana mata memandang

This is Pantai Rhu Sepuluh


Pulangnya kami ke Kota Bharu ni dengan membawa dua orang anak buah aku, sebab kakak aku perlu ke kursus di Kuala Kubu Bharu dalam beberapa hari selepas berakhirnya percutian aku itu. Nampaknya aku perlu ke Pekan lagi untuk menghantar anak-anak buah kesayangan tu. Tak mengapa, demi anak-anak buah jugak. Lagipun bertambah ceria cuti aku dek kerana melayan kerenah mereka.

Cuti-cuti Malaysia kali ini benar-benar mengeratkan ikatan kekeluargaan kami. Terima kasih Allah kerana memberi kami sekeluarga peluang untuk bercuti bersama-sama. Masa berkualiti ini tak dapat dibeli di mana-mana. Lebih-lebih lagi, aku belajar di luar negara, jarang-jarang pulang ke tanah air dan tidak selalu dapat bertemu ahli keluarga yang lain. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan.

22 Jun 2013

CFCS @ Basavan Kudachi, Belgaum

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Agak terlewat untuk update pasal benda ni, tapi tak mengapa.. Baru ada masa dan ilham untuk menulis. Entri kali ini berkisarkan CFCS atau nama panjangnya Community Family Case Study.

Pada 18-23 Mac 2013 yang lepas, kami (pelajar 2nd batch USM-KLE) terlibar dalam Residensi Komuniti, yang mana, kami telah ditugaskan untuk mengadakan kajian (survey) di sebuah kawasan kampung di Basavan Kudachi, Belgaum. Jarak dari kampus kami ke sana adalah 8 kilometer. Pengangkutan disediakan oleh pihak USM-KLE.

Kawasan Basavan Kudachi yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang Belgaum

Setiap hari, kami akan bertolak dari kampus pada jam 8.30 pagi, kemudian akan pulang pada pukul 12.00 tengah hari. Oleh kerana perlu menjaga sensitiviti masyarakat di Basavan Kudachi yang rata-rata pemakan sayur (vegetarian), kami dapat pelepasan awal pada tengah hari kerana mengambil kira diet kami. Kami dilarang untuk membawa makanan yang berasaskan produk haiwan kerana bimbang kesucian kampung itu tercemar. Maka, kami bersarapan dengan lebih kenyang daripada biasa.

Daripada 83 orang pelajar USM-KLE, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan besar, yang mempunyai dalam 24-25 orang pelajar. Setiap kumpulan besar diperuntukkan 100 rumah untuk dibuat kajian (survey). Setiap kumpulan diberi kawasan liputan yang tersendiri. Untuk memudahkan kerja kami dan juga mempercepat proses pengumpulan data, kami membahagikan diri kami ke dalam kumpulan yang lebih kecil, 3-4 orang sahaja. Aku bekerja satu kumpulan kecil bersama Aznil Ramly dan Safwan Khairuddin.

Pada hari pertama, belum mula membuat kajian, sebaliknya kami hanya menanda rumah-rumah dalam kawasan liputan kami (berjumlah 230 lebih) dengan menampal nombor-nombor di depan rumah mereka. Pada tengah harinya, di kampus, kami menggunakan kaedah 'random sampling' untuk menentukan rumah mana yang perlu kami lakukan kajian (survey). Setelah dibahagikan, kami (aku, Aznil, Safwan) mendapat 12 rumah untuk dikunjung. Ada baki 4 hari, maka secara kasarnya, jika kami berjaya selesaikan 3 rumah dalam masa sehari, maka kami berada di trek yang betul. Namun, atas sebab-sebab yang tertentu, setiap kumpulan kecil ditambah lagi 4 rumah untuk dilakukan kajian. Redha je, not a big deal lah! =)

Safwan dan payung merahnya. Penat tanda rumah..

Sebelum terlupa, masalah komunikasi menjadi masalah yang agak besar. Kebanyakan penduduk di Basavan Kudachi tidak tahu berbahasa Inggeris, sebaliknya hanya berkomunikasi dalam bahasa tempatan, seperti Kannada, Marathi dan Hindi. Maka, bila kami berbahasa Inggeris, jadilah seperi ayam dan itik. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana diberikan seorang penterjemah yang bernama Basavva, pelajar kejururawatan yang banyak membantu kami dalam berkomunikasi sepanjang kami melakukan kajian.

Kajian pula berkisarkan beberapa aspek, seperti kebersihan rumah, profil sosial, cara mereka mencari penawar ketika sakit, profil morbiditi (penyakit), kesihatan mulut dan gigi, penggunaan produk tembakau, aktiviti fizikal, kesihatan wanita dan juga imunisasi (bayi dan wanita mengandung). Berdasarkan maklumat-maklumat ini, kami akan menganalisa data dan kemudian akan menentukan kempen yang perlu dilakukan di sana pada sidang akademik yang akan datang.

Borang kajian
Soal-menyoal oleh Aznil

Bergambar sikit.

Kawasan kampung. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai petani.

Timbunan jerami yang agak tebal

Soal-menyoal diteruskan

Rumah ini mempunyai amat ramai penduduk

Mujurlah ada Prof. Yesudas A. Shivapur yang sudi membantu. Dia sangat sempoi!

Bergambar bersama budak baru balik sekolah. Comel je..

Kerbau tidur

Kawasan sekolah di Basavan Kudachi

Ada encik kera di atas sana

Agak daif. Membuatkan aku insaf seketika.

Tandas macam kena bom. Kesian kepada murid-murid di sana.

Kawasan laman sekolah. Di sinilah mereka menimba ilmu.

Tulis jangan tak tulis!!!

Terserlah naluri kebapaan Safwan di situ. Hehe..

Jom ambik gambar lagi :)

Kanak-kanak baru habis sekolah

Pantang nampak kamera, budak-budak ni mesti lambai-lambai

Kereta lembu yang tak ada lembu

Pandangan tipikal rumah-rumah di sana

Senyum.. 1,2,3!

Seronok la zaman kanak-kanak kan?

Sempat jugak bergambar dengan mereka. Semoga mereka berjaya dalam pelajaran mereka untuk mengubah nasib diri sendiri dan keluarga.

Tak banyak dah gambar-gambar di sana, sebab kami agak serius dalam buat kerja. Hehehe.. Ini bukanlah kali terakhir kami ke Basavan Kudachi. Pada tahun akademik yang akan datang, kami akan ke sana lagi, untuk melakukan intervensi (kempen) di sana. Dapat jumpa orang-orang kampung sana lagi. Kempen apa? Bergantung kepada keputusan kajian kami.

Orang kampung sana baik-baik belaka. Kebanyakan daripada mereka memberikan kerjasama yang amat baik. Ada yang siap bagi makanan untuk kami. Ada juga yang kurang memberi kerjasama, namun itu semua tidak menjadi halangan untuk kami menyiapkan tugasan yang diberi. Secara amnya, hidup mereka amat sederhana, berbeza dengan kawasan bandar Belgaum. Pendapatan bulanan mereka agak sedikit (rata-rata di bawah RM300), namun mereka tetap hidup dengan apa yang ada.

Di sinilah, nilai kerjasama amatlah dituntut, kerana kerja berkumpulan memerlukan kerjasama yang amat padu daripada semua ahli kumpulan. Jika ada salah silap, belajarlah dari sana, kerana pengalaman ini amat berharga. Pengalaman tak dijual di mana-mana kedai, dan tiada nilainya. Alhamdulillah, boleh dikatakan misi kajian di Basavan Kudachi telahpun berjaya! Terima kasih kepada mereka yang membantu terutamanya rakan-rakan dan para pensyarah.

Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf atas kelewatan kemas kini. :D