Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

12 Sep 2012

Tumblr-ing

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Kurang cerita la dalam 'cuti panjang' ni. Bosan pulak. Jadi, aku ambil keputusan untuk aktifkan kembali akaun Tumblr aku. Sebenarnya dah lama ada, dan dah lama jugak tersadai.



Tumblr ni memberi satu dimensi berbeza dalam berblogging. Rasa lain sikit, namun aku tetap akan jadikan blog ni sebaga i tempat membebel. KatTumblr tu untuk post-post yang pendek sahaja. Dua-dua pun aku akan update. Wah! Macam kahwin dua... Hahahaha..

Jemputlah berkunjung ke blog Tumblr saya yer. Saya budak baru belajar (main Tumblr), kalau salah tolong ajarkan.. Alamat Tumblr aku: rashdanroslan.tumblr.com


Akhir kata, terima kasih atas sokongan anda semua, dah hampir 58,000 pageviews dah kat blog ni. Alhamdulillah :)

18 Mac 2012

Jom Jadi Geng KAMI BLOGGER MALAYSIA

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA, mudah je caranya... Klik kat gambar tu, lepas tu korang akan dibawa ke blog 'kami blogger Malaysia dan kami bangga'. Ikutlah arahan selanjutnya di sana..


Aku berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Cuma sekarang ni, aku sedang melanjutkan pelajaran di Belgaum, India..

Kat sini, aku nak tag 5 orang rakan blogger aku yang bertuah!






Sekian dahulu untuk kali ni, dan salam perkenalan :)

16 Mac 2012

Aku Sudah Jatuh Cinta

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Sempena entri yang ke-200 ni, aku nak buat satu pengakuan ekslusif! Bahawasanya, aku telah jatuh cinta. Tak sangka pulak yang aku akan memberanikan diri untuk membuat pengakuan di sini, sebab satu dunia boleh baca. Namun, apa salahnya kan, sekadar berkongsi isi hati, dan berkongsi kebahagiaan bersama..



Siapakah yang bertuah itu? Sila skrol ke bawah kalau nak tahu...















































































































YOU HAVE BEEN TROLLED!!!!!!!!

Hehehe... Kan dah kena... Saje je gurau, sempena entri yang ke-200 untuk blog aku yang tersayang ni. Aku sebenarnya jatuh cinta dalam bidang berblogging ni. Pernah satu ketika dulu, aku terfikir untuk berhenti berblogging, dek kerana kesibukan dalam pelajaran. Namun, niat tu aku batalkan, sebab aku ingin terus berkongsi isi hati aku dalam blog ni. Supaya anda boleh kenal aku dengan lebih rapat, dan aku ingin terus memberi khabar kepada keluarga, rakan-rakan serta insan yang mengenali diri ini.

Bila cinta yang sebenar daripada seorang wanita akan datang kepada aku? Atau bilakah aku akan mencari cinta? Belum masanya lagi untuk aku komited kepada perhubungan yang serius, sebab kekangan masa, wang dan komitmen. Namun, jika ada jodoh, aku takkan menolaknya, sama ada cepat atau lambat. Kalau cepat, alhamdulillah.. Kalau lambat, aku sabar menanti.. Namun, secara jujurnya, aku ada seorang kawan yang aku rasa menepati kriteria aku. Entah dia sudi ke tak dengan aku ni kan. Siapalah aku...

Apa-apapun, terima kasih atas 2 tahun 2 bulan yang hebat ini, telah lebih 32,000 pengunjung blog ni, alhamdulillah.. InsyaAllah, aku janji akan update blog ni sedaya-upaya, bila ada waktu terluang. Pelajaran jangan la lupa :)

Doakan aku berjaya juga mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor yang berjaya nanti. Mudah-mudahan, berkat doa anda semua, aku dipermudahkan jalan untuk menuju puncak.. Sekian dulu untuk kali ni, mudah-mudahan anda semua ceria selalu. Terima kasih kerana sudi membaca.

Terima kasih daun keladi, lain kali lawatlah lagi.

5 Mac 2012

Segmen : Aku Ada Blog

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Kali ni, aku join segmen baru pulak. Segmen yang dianjurkan oleh Cik Ross, iaitu "Aku Ada Blog".

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13hb.Mac.2012 jam 11.60 malam.

Mengikut syarat segmen ni, aku kena terangkan pasal nama samaran sebagai blogger, nama blog aku, URL blog aku dan jugak usia blog aku.. Ok lah, ni dia penerangan ringkas mengenai benda-benda yang ditanya..

Nama samaran:
Tak guna nama samaran apa-apa pun, hanya menjadi diri sendiri, iaitu Muhammad Rashdan bin Roslan..

Nama blog:
R.A.S.H.D.A.N, perjalanan hidup seorang bakal doktor.

URL Blog:
www.rashoasis.blogspot.com

Usia blog:
2 tahun 2 bulan, mula berblogging sejak lepas habis SPM..

Harapannya agar aku dapat tingkatkan followers aku menerusi segmen ni, insyaAllah. Rajin-rajinla tekan butang 'follow' tu ek? Terima kasih daun keladi:)

18 Feb 2012

Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Ini adalah cubaan aku untuk meningkatkan followers aku kt blog ni yang tak seberapa lagi... Hehehe... Dah lebih dua tahun dah aku blogging... Nak jugak followers yang ramai.. Tapi 130 orang je sekarang? Huhu.. Nak kasi bertambah lagi! Jeles jugak tengok blog member-member, ramai followers :)

So, apa lagi yang ditunggu? Follow me, and I promise akan keluarkan entri-entri yang lebih terbabommmm nanti! :)




5 Feb 2012

Jom Join Faceblog!


Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Kalau korang nak tau, aku baru je join Faceblog. Faceblog ni tidak lain dan tidak bukan adalah satu komuniti alam maya yang bertujuan untuk mengumpulkan dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh Malaysia dan sunia amnya.

Marilah kita bersatu dan bekerjasama dalam membantu rakan-rakan blogger kita di seluruh Malaysia. Macam Facebook, Faceblog juga mempunyai tujuan yang sama, iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara para blogger di seluruh Malaysia selaras dengan tma yang mereka gunakan iaitu seakan-akan Facebook.

Harapannya agar makin naiklah pageviews aku nanti :)


1 Jan 2012

Tahun Baru, Wajah Baru

Assalamualaikum, salam sejahtera 1Dunia!

Jangan tekan butang pangkah! Korang tak silap blog! Hehehe.. 2012 sudah tiba. Tiba juga ruang untuk aku menambah baik blog ni. Aku pun bosan tengok background yang sama je. Harap korang suka yer.


Mana muka aku yang 'hensem' tu? Takpe la, untuk memberi ruang kepada pembaharuan yang lebih segar, aku turunkan muka aku tu. Hehehe.. Malas la nak men'capub' sangat ni. Kalau la aku hot stuff tu takpe jugak! :D

InsyaAllah, 2012 ni, aku akan cuba pelbagaikan isi kandungan dalam blog ni, agar lebih mesra pelanggan. Hehehe.. Nak banyakkan info-info yang menarik, kalau boleh, dalam aspek perubatan dan macam-macam lagi, tanpa menyentuh isu-isu yang sensitif.  Sama-sama kita belajar ye.. Ilmu yang baik elok dikongsi bersama. Aku tak suka kontroversi.

Sepanjang tahun lepas, aku dapat 23,363 pageviews dari korang. Terima kasih.. Aku dah cukup bersyukur atas sokongan korang kepada blog aku yang bersifat peribadi, dan tak seberapa. Hehe..  Alhamdulillah.. Kalau aku post pasal result, pasal PASUM, pasal USM-KLE, suka je korang ek? Masa tu la pageviews naik mencanak, macam bulan 5 hari tu, masa junior PASUM nak daftar, naik mencanak pageviews, dekat 6,000 dalam bulan tu je. Hehe.. Thanks kepada stalker-stalker sejatiku yang disayangi, sayang korang ketat-ketat.. Hehehe =)



Bila nak keluarkan 1st entry? Nantikan je lah.. Aku pun tak banyak masa nak update blog ni.. Akan cuba buat 100 entri dalam masa setahun ni, mudah-mudahan.

Masuk bulan 1, maknanya, tinggal 8 bulan genap untuk aku pulang ke Malaysia. Yeehaa! :)
(tu kat tepi dah ada countdown dah... hehehe..)

Azam tahun baru? Takde yang spesifik pun, cuma aku sedang menuju satu matlamat yang getir untuk tahun ini, iaitu LULUS TAHUN PERTAMA! Doakan aku berjaya yer.

Setakat ni dulu bebelan untuk kali ni, dan Selamat Tahun Baru 2012 semua! =)


SEMANGAT BARU, PERJUANGAN YANG SATU, DAN MATLAMAT HIDUPKU HANYA UNTUKMU.

25 Okt 2011

Bangalore Oh Bengaluru.....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Apekedehal tajuk ni?? Hehehe... Sebenarnye aku telah menghadiri program berkenaan di Bangalore @ Bengaluru...


Wakil USM-KLE ada 10 orang je. Wakil 1st batch ngan 2nd batch masing-masing ada 5 orang. Program ni menyatukan ramai pelajar Malaysia dari segenap ceruk di India ni. Bolehla mengeratkan silaturrahim kan?? Program ni seronok jugak la, almaklumlah sume bende free kan? :)

Perjalanan ke Bangalore sangat jauh, iaitu lebih kurang 10 jam. Lagi jauh daripada perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur... Aduhaiii.. Sampaikan solat Subuh pun kat dalam bas taw.

Singgah dulu kat apartmen pelajar IMS-MSU kat Bangalore, sebab nak naik bas dari sana. Perjalanan ke Nandi Hills lama jugak la. Dalam 50km dari Bangalore. Dipendekkan cerita, tibalah ke Nandi Hills Resort. Tepi bukit tuh!


Saujana mata memandang.. =)


Inilah tempatnya...


Arnab ni comel -comel lahhh.. Rasa nak culik bawak balik Belgaum.. Heheheh...

Setibanya kat sana, masa mendaftar dapat alatan-alatan sebegini rupa:


Ini nama dia 'Buku Refleksi'.


Nama dia ni pulak 'Pen Refleksi'.

Buku Refleksi, Pen Refleksi ngan buku tentatif program haruslah dibawak sepanjang masa kursus. Hehehe.. Kira barang amanah la ni. Tujuannya untuk mencatat apa jua perasaan korang kat sana. Kalau tak tulis, mesti dah tak ingat pasni kan...

Banyak program LDK je sebenarnye. Aku masuk kumpulan C, sub-group 3. (LDK = Latihan Dalam Kumpulan).. Meh nak share sikit ape yg ade dalam buku refleksi aku tuh:

LDK 1:
"You and I"? Agak mencabar. Kena ingat nama ramai orang la pulak. Poning kepalo den haaaa... Nasib baik kena hafal 5 nama je. Hehehe...

LDK 2:
Lukis muka sendiri pakai tangan yang tak biasa guna! Hasilnye? Fulamak... Sangatlah BEZA dengan diriku yang hensem ini. Hahaha. Aku menggemukkan muka aku yang sedia 'kecik' tu lagi. Wakaka... Seronok buat macam ni. Kena cari tuan punya gambar. Dah jumpa tuan dia, nama dia Fazreena, asal Perak. Faraa pulak, dapat gambar aku, dan kena la tulis komen.


Aku memang 'pandai' melukis!! Gume tangan kiri, boleh la maafkan.. Heheh...

LDK 3:
Twisted? Memang twisted. Berbelit-belit. Group C3 dapat 2nd.

LDK 4:
Sesi lukis graf kehidupan lak. Tacink2 pun ade. Tak suke lah.

Lepas tu, jam dah menunjukkan pukul 11.15 malam, masa untuk tidur! Sambung esok hari pulak LDK nye...

LDK 5:
Kitorang usaha dahsyat jugak, tapi tak dihargai. Kumpulan A tak pandai menilai! Tapi diorang menang. Wadehek.... Bagi markah tak adil. Tak datang riadah tolak 5 markah, tapi kalau tolong sikit pun (+150)! Baik tak payah main game lahhh.

LDK 6:
Patutnya dah menang game Charade nih, tapi kemenangan dirampas! Dan-dan je buat 2nd round. Adehhh...

LDK 7:
"The More The Better". Kena list apa yang diminta secepat mungkin. Nyata C3 memang penuh dengan idea. Sangat membantu untuk kami menang. Dapat Ferrero Rocher!!

LDK 8:
Sesi psiko. Suruh tampal lirik "Inilah Barisan Kita". Kami tak sedar yang ada kesalahan ejaan kat kertas tu. So, kenalah gabung kumpulan untuk selesaikan semua tuh. Pastu kena nyanyi lagu tu sampai 'meremang bulu roma' akak fasi. Hadoiii.. Layan je la. Benda yang lebih kurang sama dah dibuat kat kem Biro Tatanegara 3 tahun lepas. Dah basi la modal nih. Aku layan je lah. Huhu...

Dah habis sume tu, tibalah masa untuk dinner. Guess what? Aku dijemput untuk buat persembahan! Aku dan sorang lagi member membantai lagu 'Apa Khabar Orang Kampung'.

Maka berakhirlah program itu malam tuh. Pagi esoknye, pukul 10, check-out dari resort tu. Sementara menanti bas 12 jam lagi, sempat jugak berjalan kat sekitar Bangalore. Mula-mula makan tengah hari disponsor oleh Encik Khairuddin Abdullah, wakil JPA kat Bangalore.. Sedap wooo!


Lokasi kejadian.

Lepas kenyang tuh, naik auto pulak, ke Mantri Square. Takde mood pulak nak shopping sakan.


Boleh tahan gempak jugak kat dalam ni. Ade la beli barang-barang yang berguna sikit...

Tapi yang paling best adalah..... (sila scroll bawah yer)




































KFC yang halal! Love it. Hehehe... Lama tak makan KFC nih, sejak tinggalkan Malaysia. Cuma yang terkilan sebab takde Cheezy Wedges. Hehehe.. Alhamdulillah, ade rezeki untuk menikmati KFC. Bawak balik jugak untuk kawan-kawan kat Belgaum.

Lepas tu, dalam pukul 10.10 malam, bertolak pulang ke Belgaum, dan pukul 7.00 pagi, tiba di bumi Belgaum. Pukul 8 dah kene masuk kelas? Apa lagi? Kalut ribut lah aku.... Huhu.. Sekian saja sesi peng'update'an blogku untuk kali ni.

Mengembara membuka minda dan perspektif anda.

5 Sep 2011

INDIA! Here I Come...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Aku rasa, sudah tiba waktunya untuk aku melabuhkan tirai pengemaskinian blog aku, sebab beberapa hari lepas ni, aku akan sibuk sangat, sebelum aku berterbangan ke India, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Mungkin tak sempat nak online dah.



Jadual waktu aku bermula esok, 6 September 2011, hingga 12 September 2011: [sori kalau blur]

6, 7, 8 September

9, 10, 11, 12 September

Mulai 6 September, aku akan berorientasi la, sebelum aku mula belajar pada 13 September 2011 (mungkin.. aku agak-agak je ni). Orientasi Fasa 1 akan diadakan di USM Kubang Kerian (15 minit je dari rumah aku), dan Orientasi Fasa 2 akan diadakan di India la. Harap-harap tak kena buli!!!!


Harapan aku cuma satu, agar segala-galanya berjalan lancar dan selamat. Kalau aku tak sempat online tu, kalau komen tak berbalas tu, faham-faham lah. Mungkin aku sibuk sangat, tapi aku akan cuba yer.

Doakan aku supaya baik-baik saja kat sana, supaya aku boleh fokus untuk belajar di sana nanti. Jadi seorang pelajar perubatan ni bukan mudah, nampak je senang yer. Tapi kalau kita fikir susah, maka susahla jadinye. Supaya kecemerlangan yang diidamkan berada dalam genggaman, 5 tahun lagi.

Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga hasrat aku dan keluarga untuk belajar dalam bidang perubatan. Belum apa-apa lagi, kawan-kawan dan kaum keluarga dah mula panggil aku 'Doktor'. Segan la pulak. Rasa berbesar hati pun ada jugak. Rasa berlagak tu jauh sekali, dan mintak jangan ada sikit pun dalam hati aku.

9 September, pukul 10.10 malam, insyaAllah aku akan berlepas ke India. Apa-apa perkembangan, aku akan maklumkan di Facebook, Twitter dan juga di blog ini. Tak sabar dah ni nak naik flight untuk kali pertama!!!

Usah putus asa, kelak kau berjaya membela nasibmu, masamu akan tiba.

Raya 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, aku masih diberi keizinan oleh Allah S.W.T. untuk beraya tahun ni. Walaupun rasa macam nak demam pada raya pertama, tapi alhamdulillah, tak jadi demam. Boleh aku beraya sakan.

Raya pertama? Tak pergi berjalan sangat pun kat rumah kawan-kawan. Cuma solat sunat hari raya Aidilfitri tahun ni istimewa sikit, sebab Ketua Polis Kelantan datang solat kat masjid kat perumahan polis ni. Lepas tu layan kawan-kawan abah je yang mana datang. Lepas Zohor, balik kampung kat Tanah Merah, jauh jugak, nak dekat Jeli jugak. Aku amat kecewa sebab tak diizinkan oleh ibu bapa untuk beraya di Batu Melintang, Jeli, kampung kawan aku, Sufi a.k.a. Jen a.k.a. Mat Nur. Aku ingat boleh la jumpa kan, nak bagi benda kat dia. Takpe, takde rezeki kali ni.

Jejaka kacak di pagi 1 Syawal... :D

Aneka juadah di pagi raya..

Kuih raya ada 12 balang..

Commercial Break!

Ada sorang kawan aku ni, sempat raya satu hari je kat rumah, sebab nak melanjutkan pelajaran ke Kanada, tajaan TNB, kursus kejuruteraan. Nama dia Nurul Syahirah Qurratu 'Aini binti Ahmad Azman, atau nama manja dia, Yuyu. Good luck kat sana ya!

Gambar diambil di airport.

Raya kedua pulak, hectic giler. Terkejar-kejar aku nak ke sana sini. Plan asal:


1. Rumah Fakhri - Pengkalan Chepa, Kota Bharu
2. Rumah Ainun - Tanjung Chat, Kota Bharu
3. Rumah Amin (my bestfriend)- Tanjung Chat, Kota Bharu
4. Rumah Nik Nur - Wakaf Che Yeh, Kota Bharu
5. Rumah Atiqah Rahman - Kg. Meranti, Pasir Mas
6. Rumah Syafiq - Pengkalan Kubor, Tumpat
7. Rumah Murshidien - Gelang Mas, Pasir Mas
8. Rumah Faizol - Kg. Chicha, Pasir Mas
9. Rumah Zakirin - Salor, Kota Bharu
10. Rumah Faris Iskandar - Kg. Pendek, Kota Bharu

Banyak la pulak. So, aku terpaksa potong sikit lah, jadi 5 je. Tu pun amek masa seharian lah. Jalan jem giler, nasib baik aku naik motor je.

Bukti-bukti kunjungan:

Nik Nur Asyikin (kawan sekelas dari darjah 1 sampai tingkatan 3), di rumahnya.

Syafiq (tutorial-mate aku di PASUM) dan Fakhri (kawan aku di PASUM), di rumah Syafiq.

Untuk Ainun (sekelas ngan aku dari darjah 1 sampai darjah 6), lupa pulak nak ambik gambar. Amin (kawan sekelas masa darjah 5 & darjah 6, dan form 3) pulak, Amin tak balik beraya tahun ni. Kena menuntut ilmu di bumi Uncle Sam, tapi tahun depan, dia balik, insyaAllah. Rindunya ingin bertemu sahabat baik aku yang sorang ni.

Raya ketiga, ke mana pulak aku? Ke Sabak dulu, ambik kawan aku di ASiS dulu, sekelas masa form 4, Nabil Irfan. Nabil stay kat Shah Alam, cuma dia balik kampung parents dia kat sini. . Lepas tu, kami ke Kg. Pendek, ke kampung Faris Iskandar, sekelas jugak dengan kitorang masa form 4. Faris pun duk Shah Alam  jugak. Lama seyh tak jumpa Faris ngan Nabil.

Aku, Nabil, Faris.

Pastu aku ke Kg. Dewan Beta pulak dah. Jumpa dengan Sariy Syazani. Hari tu dah jumpa masa bukak puasa sama-sama masa last day puasa, bukak puasa kat Pizza Hut KB Mall. Nik Yusrin ada jugak.

Ni masa bukak puasa..

Ambik gambar curi ni. Hehe.. Masa ni aku ngan Nabil dah kalut.

Lepas tu, aku hantar Nabil kat rumah membernye. Aku pun pegi beraya kat rumah cikgu aku kat ASiS dulu, Puan Norwirda Baharudin. Akhirnya berjaya jugak beraya dengan cikgu, setelah percubaan pada tahun lepas tak berhasil. Aku terpaksa kalut jugak kat rumah cikgu, sebab rumah aku bakal didatangi oleh bukan sorang, tapi lima orang diva dari SMK Ismail Petra. Memperkenalkan, dari kiri:

Zuliana, Ain Sofia, Hidayah, Aimy Nadiah, Syafinaz.

Mereka ini antara wanita-wanita yang masih kekal rapat dengan aku sampai sekarang, sejak aku meninggalkan SMKIP masa form 3 dulu. Diorang segan-segan nak makan pulak.

Raya keempat pulak, aku beraya di rumah Khairul Hafiz dan Afiq Mazlan.

Bersama Khairul Hafiz, bestfriend aku, sekelas dari darjah 1 sampai tingkatan 3, kecuali masa tingkatan 1.
[Baju aku tu Sufi yang bagi]

Afiq Mazlan, antara kawan baik aku jugak.

Petangnye, aku, Kitaro Irwan dan Nabil pergi beraya di Kg. Gelang Mas, Pasir Mas. Kat rumah Murshidien Nasir, kawan seangkatan kami di ASiS. Jalan jem sikit lah.

Nabil, Murshidien, Kitaro.

Alang-alang kat Pasir Mas ni, aku pun mintak tolong kawan aku yang bernama Atiqah Rahman (tutorial-mate aku di PASUM) hantarkan barang kat Sufi, sebab Atiqah pun nak masuk UNISZA jugak, sama macam Sufi. Ada la sikit pemberian aku kepada Sufi. Kat Atiqah, aku bagi duit raya 10 hengget.

Lokasi kejadian : Hadapan Balai Polis Meranti. Atiqah buat muka terkezut. Hahaha...

Lepas tu, singgah rumah Adib Azizi kat Kubang Kerian. Jem teruk giler. Pakai lacoste je bang? :D

Foto ekslusif!

Raya kelima, aku ke rumah Aqil Hisham (kawan aku kat ASiS dan PASUM) kat Kg. Kota. Dia buat open house.

Nak fly jugak mamat ni, 12 September, ke Beijing.

Lepas tu, ke rumah Aqhari Adli (dorm-mate aku kat ASiS).

Beliau nak masuk kolej MAHSA, amek farmasi.

Raya ke-6, tak pergi dah beraya ke mana-mana, sebab ramai kawan yang dah gerak, nak daftar masuk ijazah. Malamnya je aku keluar makan bersama abang angkat aku, Afiq Muzakkir. Dia belanja.

Alhamdulillah, raya tahun ni agak gempak, sebab banyak duit raya yang aku dapat, kira-kira 1500 hengget. Tapi banyak yang dah habis, sebab aku buat beli macam-macam. Almaklumlah, nak pergi mengaji jauh kan. (ayat yang Sufi selalu guna).

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi hadir ke rumah aku, dan kepada sesiapa yang sudi luangkan waktu untuk berhari raya bersama. Satu lagi memori indah telah terpahat.

Raya ke-8, aku akan mendaftar di USM Kubang Kerian, untuk program orientasi, sebelum aku terbang ke India, 3 hari kemudian. Blog ni mungkin akan sepi buat seketika, tak kisah kalau pageviews merudum pun. Aku akan jadi sibuk giler!

Syukurilah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, gunakannya dengan sebaik mungkin.

20 Apr 2011

Separa Kembali...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia....


Akhirnya aku kembali jua ke blog ini, meng'update' blog yang tak seberapa ini....


Niat di hati, memang aku nak rajin update blog ni, tapi kabel USB yang menjadi halangan... Aku tak dapat upload gambar!!! Tak best la kalau takde gambar.... Ahad ni dapat la kot kabel tu.... Rindu weh nak share cerita kehidupan kat korang ni... Especially detik-detik terakhir di PASUM... Tunggu ya...


Kepada sesiapa yang tak sabar nak baca entri-entri baru dalam blog ni (cewah...) , harap bawa bertunang bertenang ya.. Nanti aku bagi update bertubi-tubi punya.... Harap anda masih sudi membaca dan menyokong blog ni.... Terima kasih..


Menikmati kemerdekaan,
Rashdan Roslan

20 Mac 2011

Selamat Tinggal Wahai Laptop....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Mulai esok, hari-hariku takkan sama lagi, sebab laptop aku ni akan aku bagi kat kakak aku... Buat sementara la... Laptop beliau rosak la.. Nak buat assignment nanti susah la.. Lagipun aku rasa aku tak perlukan laptop lagi sekarang... Takde benda yang mendesak pun.. Tu la, derhaka sangat ngan laptop ni.. Dulu laptop ni laptop dia, dah beli yang baru, dia amek yang baru la...






Nampaknya laptop ni dapat rasa atmosphere UPM la pulak lepas ni.. Hehehe...


Kesimpulannya di sini, Rashdan:


~ Sila fokus kepada final exam.. Pointer kamu biasa saja!
~ Sila kurangkan menjelma di alam maya.
~ Sila kurangkan berblogging.. :(
~ Sila berhenti terus main game.. Tak ada ringan-ringan la...


Aku akan kembali aktif lepas tamat final nanti... Tapi blog akan tetap diupdate.. Guna laptop orang lain la pulak.. Laptop sape yang akan jadi sasaran?? Tunggu.. Hahahaa...


Ini bukanlah pengakhiran buatku... Pengorbanan harus dilakukan sekarang untuk menuai buah gred A nanti!

Demam baru kebah,
Rashdan Roslan

15 Mac 2011

Berhenti Berblogging!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..


Keputusan ini sudah muktamad. Aku akan berhenti berblogging!






Kejap kejap kejap.. Belum habis laaaagi.. Aku akan berhenti berblogging buat seketika sahaja. Berhenti di sini tak bermaksud tidak akan update blog ini lagi, tapi akan mengurangkan kekerapan pengemaskinian blog ini.


Bulan ni, bilangan pageviews pun dah lebih target asal, iaitu 700. Bila mana entri ini ditulis, dah 722 pageviews untuk bulan ni sahaja. Terima kasih atas sokongan.. Baru 15 hari bulan, dah catat sejarah, rekod tertinggi pageviews sepanjang kewujudan blog ni. Aku dapat kepuasan tersendiri bila tengok statistik tu. Tak sangka ada jugak orang nak baca blog yang tak seberapa ni.. Bulan depan target 800 pulak, tolonglah aku ya.. :)


Final exam dah sangat dekat, jadi, aku kena tumpukan seluruh tumpuan kepada study, online2 ni mungkin takkan rajin sangat kot. Mungkin Facebook pun aku akan deactivate. (Kata Facebook tutup hari ni??? Ape cer?? :P   )


Namun, kalau aku berbesar hati, aku akan cuba mengupdate dalam blog ni, kalau aku rasa aku perlu update. Kepasifan update blog akan bermula esok sehingga 17 April 2011.


Jangan sedih-sedih ya.. (ceh.. bajet blog ni glamour sangat..) Kalau rasa rindu tu, aku akan keluarkan entri-entri lama untuk tatapan semua, di samping untuk mengimbas kenangan lalu... Rajin-rajinlah buka blog ni selalu ya, kalau ada masa dan kelapangan. Sesungguhnya aku amat menghargai sokongan anda semua!


Terima kasih daun keladi, lain kali kita bersua kembali...





Cuak campur gemuruh nak ambik final exam,
Rashdan Roslan