Memaparkan catatan dengan label cita-cita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cita-cita. Papar semua catatan

13 Okt 2011

EPISOD 4 : Corat-Coret USM-KLE

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Terupdate lagi blog ni untuk kesekian kalinya. Hehehe... Sori la, sibuk sangat la jadi medical student. Seminggu cuti sehari je. Gambar-gambar di bawah ni untuk tatapan kalian... :)



Bakal doktor suatu hari nanti.. :)


Contoh makanan kat sini. Ayam berwarna hijau... Hehehe.. Korang mesti "Euwhhhhhh!!!" kan? Sebenarnya rasa dia tak pelik pun, macam biasa je.. Yang hijau tu sebab gune bayam tumbuk... Rasa dia biase je, cuma sangat unik!


Alatan untuk 'membedah' nanti. Ada kelas dissection, yang mana kami akan 'membedah' cadaver (mayat yang diawet) mengikut part dari minggu ke minggu... 


Pemandangan biasa je ni... Anjing kat sini ibarat kucing je kat Malaysia. Risau jugak mula-mula, tapi dah biasa dah... Anjing sini baik-baik, cuma malas nak ambik risiko nak sentuh. Ekeke...


Deretan 'auto' di hadapan KLE University. Biasa dinaiki kalau nak ke mana-mana.. Tambang boleh dirunding, takde la mahal sangat sebenarnye. Tapi aku selalu gak kena tipu. Adoiiii.. Pandai aaa diorg amek kesempatan ngan foreigner..


Salah sebuah stesen minyak kat Belgaum. Bharat Petroleum... Minyak kat sini mahal taw, dalam lima hengget seliter. Orang Malaysia, sila bersyukur yer, jangan reti nak komplen je. Hargailah subsidi yang anda nikmati.


Sebuah masjid di Belgaum. Cakap pasal masjid, kat sini kan, solat Jumaat sangat beza. Diorang akan bagi tazkirah dulu mula-mula, dalam bahasa Kannada. Memang haram tak faham la apa yang diorang nak sampaikan. Huhu... Pastu diorang akan bangun, solat sunat 4 rakaat, pastu baru akan ada azan. Lepas azan tu, terus khutbah. Khutbah sangat pendek, sekadar cukup syarat sahaja. Masih lagi dua khutbah. Then, solat macam biasa je.


Salah sebuah 'periuk nasi' kami pada Sabtu malam, sebab masa tu makanan tak disediakan kat Mess... Memang akan keluar makan pun, kalau tak masak sendiri. Sedap jugak makan kat sini, cuma ada beberapa kes cirit-birit lepas makan kat sini. Tu lah, makan lagi menu yang pelik-pelik.... Makan yang biasa-biasa sudahla...


Kemon.... Kat Belgaum pun ada Baskin Robbins la... Murah pulak tu... Hari tu aku selamber derk je makan yang 300 gram... Tapi seriously, makanan yang berasaskan susu kat sini, macam ais krim memang sedap la, tak tipu punye.... Boleh gemok kalau tak control...


BATA pun ade jugak kat India.. Harga standard je, sama macam kat Malaysia....


Kedai ni macam kedai Levis jugak la.. Aku pernah shopping kat sini.... Sehelai je baju aku beli.. Huhu...


Jual kelapa ye bang? Hehe... Kelapa dijual di mana-mana....


Antara barang yang dijual di jalanan.. Boleh dapat dengan harga yang berpatutan....


Hostel USM-KLE yang baru masih dalam pembikinan.... Dalam 6 bulan lagi baru siap (katanya)....


Nasi lemak versi India!! Rasa dia ok aje, cuma janganla harap lebih-lebih kan bila duk kat tempat orang ni. Sambal dia kosong je, tak pedas langsung. Ikan bilis ngan telur takde, just ada kacang je. Bukan aku yang masak, kedai yang masak... =)


Tempat aku beradu seharian... Hehehe....


Buy 1 free 1 kah?? Hahaha...  Ni masa sambutan hari raya kat sini... By the way, nama orang kat sebelah tu, Iwadh bin Abd Rashid, stay kat Shah Alam.. Hehehe...


Beraya bersama rakan-rakan baru... ^.^



Rakan-rakan baru dan lama di sini.. Ada jugak senior aku kat ASiS dulu kat sini, jadi satu batch kat sini...


Malaysian Night baru-baru ni.... Kat Hotel Sankam...


Jejaka-jejaka ganteng dari batch 2 USM-KLE.. :D


Menari ye kak?? Hehehe... Silakan menari.. :)


Sape kat tengah tu? Aku la! Hehe... Kembali ke pentas setelah 16 bulan menyisihkan diri dari membuat persembahan. Hehe.. Last sekali menyanyi masa kat ASiS dulu, masa hari guru.. Persembahan drama muzikal, berlakon dan menyanyi.. Fuhhhh... Alhamdulillah, kami menang persembahan terbaik! =)


We are happy family of USM-KLE! Batch 1 and batch 2 together....


Seorang jejaka kacak di belakang bas yang dinaiki setiap hari... Hehehe... :)

Setakat ni saje dulu siri kemas kini blog aku tentang aktiviti aku sejak sebulan tiba di buni India ni. Pengemaskinian blog akan lebih terhad lepas ni, kerana saya seorang pelajar perubatan. Masa banyak mencemburui saya. Hehe... InsyaAllah, akan cuba sedaya-upaya jugak untuk update blog ni dalam kesibukan menuntut ilmu pun. Akhir kata, doakan saya lulus dengan cemerlang untuk tahun pertama ni! =)

Tiada kejayaan tanpa usaha!


3 Okt 2011

EPISOD 3 : Corat-Coret USM-KLE

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Entri kali ni, nak citer sikit, ape yang aku dah buat dalam masa 3 minggu kat sini. Tak larat kot nak share semua... Nanti entri lagi satu, akan habiskan cerita semua yang tertunggak... InsyaAllah...


Inilah kampus kami! Kelihatan kanank-kanak Ribena sedang menuju ke dalam bangunan itu. Aku pun mengikuti mereka... Hehehe... Akhirnya dapat lihat bangunan ni dengan mata kepala sendiri..


Setibanya kami di KLE University, terus masuk hostel lah. Kat atas tu, wajah-wajah kebuluran (aku pun kebulur gak!!), sebab lame jugak tak makan... Dekat 10 jam ade jugak lah. Makan sandwich je sebagai pembuka selera... Welcome to India, dalam sandwich dia ada rempah!


Kelihatan jelitawan-jelitawan dari Malaysia nak ambik tandatangan 'Aishwarya Rai'. Hehehe.. Sebenarnye, tu warden hostel pompuan.... Tu tengah nak daftar bilik tu....


Rasa macam makan kat kedai mamak pulak. Agak tak biasa dengan makanan macam ni, tapi cuba je, dan ianya sedap!!! Boleh tahan la... Cuma nama sup tu agak lucah sikit. Hehehehe...


Malamnye, shopping kat sini.... Big Bazaar. Sebenarnye kecik je.... Macam lebih kurang Tesco kalau kat Malaysia. Barang tak banyak pilihan, tapi ok jugak datang sini.... Beli barang yang mane tak cukup...


Staf-staf dan senior-senior menyambut kehadiran kami. Terperanjat boboi!!


Sekuntum bunga ros di bumi Belgaum. Senior kasik sorang satu...


Guna papan hitam ekkkk? Malaysia lagi maju la gayanye... =)


Bangunan tempat aku akan belajar selama 5 tahun.. Mewah taw bangunan nih... Alhamdulillah, aku sangat bertuah sebab dapat kemudahan belajar yang terbaek!!


Mewah giler kampus USM-KLE nih. Ibarat berada dalam sangkar emas. :)


Suasana hijau mendamaikan... Sape kata kat sini panas?? Suhu maksimum setakat ni adalah 28 darjah Celsius kalau aku tak silap.. Tapi sini panas dan kering, tak macam Malaysia, panas dan lembap. Kulit aku pun kering masa minggu pertama sampai kat sini.


Prabhakar Kore Hospital.... Kelas clinical akan dijalankan kat sini la.. Satu compund je dengan KLE University..


Melawat hospital... Muka redha je walaupun semua penat.. Lenguh kowt!!


Inilah NRI Boys Hostel, tempat aku menetap... NRI = Non-Resident Indian. Tapi kami tumpang je stay kat sini. Bila hostel baru kami siap, akan pindah ke sana la.


Best kalau menari-nari ala-ala filem Hindustan kat celah-celah pokok nih. :)


Inilah 'dewan makan kedua' kepada bebudak USM-KLE.. Makanan best-best kat sini... 


Inilah makanan yang ada... Ce tengok nombor 7. Hehehehe...

Setakat ni dulu yer. Nantikan entri seterusnya untuk kupasan lebih mendalam....

Pengalaman mendewasakan, mematangkan fikiran.

5 Sep 2011

INDIA! Here I Come...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Aku rasa, sudah tiba waktunya untuk aku melabuhkan tirai pengemaskinian blog aku, sebab beberapa hari lepas ni, aku akan sibuk sangat, sebelum aku berterbangan ke India, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Mungkin tak sempat nak online dah.



Jadual waktu aku bermula esok, 6 September 2011, hingga 12 September 2011: [sori kalau blur]

6, 7, 8 September

9, 10, 11, 12 September

Mulai 6 September, aku akan berorientasi la, sebelum aku mula belajar pada 13 September 2011 (mungkin.. aku agak-agak je ni). Orientasi Fasa 1 akan diadakan di USM Kubang Kerian (15 minit je dari rumah aku), dan Orientasi Fasa 2 akan diadakan di India la. Harap-harap tak kena buli!!!!


Harapan aku cuma satu, agar segala-galanya berjalan lancar dan selamat. Kalau aku tak sempat online tu, kalau komen tak berbalas tu, faham-faham lah. Mungkin aku sibuk sangat, tapi aku akan cuba yer.

Doakan aku supaya baik-baik saja kat sana, supaya aku boleh fokus untuk belajar di sana nanti. Jadi seorang pelajar perubatan ni bukan mudah, nampak je senang yer. Tapi kalau kita fikir susah, maka susahla jadinye. Supaya kecemerlangan yang diidamkan berada dalam genggaman, 5 tahun lagi.

Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga hasrat aku dan keluarga untuk belajar dalam bidang perubatan. Belum apa-apa lagi, kawan-kawan dan kaum keluarga dah mula panggil aku 'Doktor'. Segan la pulak. Rasa berbesar hati pun ada jugak. Rasa berlagak tu jauh sekali, dan mintak jangan ada sikit pun dalam hati aku.

9 September, pukul 10.10 malam, insyaAllah aku akan berlepas ke India. Apa-apa perkembangan, aku akan maklumkan di Facebook, Twitter dan juga di blog ini. Tak sabar dah ni nak naik flight untuk kali pertama!!!

Usah putus asa, kelak kau berjaya membela nasibmu, masamu akan tiba.

2 Apr 2011

Demam EXAM FINAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..


Mulai Selasa ni, kami, para pelajar PASUM akan mula dihantui, dibayangi, dihimpit dan diserang oleh satu virus yang sangat dahsyat, yang akan menukarkan seluruh pelajar PASUM menjadi zomba zombie! Virus itu bernama....:

FINAL EXAM!



Aku dah ketar kaki!!! TOLONG!

Rashdan, pointer kau rendah... Jadi, buatlah all-out untuk final kali ni... Ni je peluang yang kau ada kalau kau masih nak jadi doktor, dan masih ingin ditaja oleh JPA... Kalau tak dapat PNGK lebih daripada 3.7, jangan harap la nak masuk medic walaupun kat U selain UM.. UM memang tinggal harapan la.. U lain dalam sasaran kau kan, jadi buat sehabis baik ya! Aku tahu kau boleh! Kenang kembali kenangan masa kat sekolah dulu, macam mana kau dapat skor! Rashdan yang lama, sila kembali sekejap untuk 2 minggu!

Cita-citaku... :)

Dah habis bermonolog.. Korang doakanlah semoga kami, pelajar PASUM dapat menjawab soalan final exam kali ni dengan jayanya, dan dapat skor yang cemerlang. Aku ingin merealisasikan impian aku dan keluarga, untuk menjadi seorang doktor! Kalau tak, nahas la, banyak plan lain yang aku kena rangka lepas ni kalau tak cecah target.

Sekarang ni, aku dalam mode 'fight-or-flight'. Aku takan 'flight' sewenang-wenangnya. Aku akan 'fight' sehingga ke titisan dakwat pen yang terakhir! Putus asa tu apa?



Jadual exam kali ni:

MINGGU PERTAMA:
Selasa - FQAH0113 (Fisiologi Organisma)
Rabu - FKAX0114 (Kimia Asas 3)
Khamis - FMAX0113 (Fizik Asas 3)
Jumaat - FQAH0114 (Genetik & Teknologi DNA)

MINGGU KEDUA:
Isnin - FJAX0114 (Statistik & Kebarangkalian)
Selasa - FJAX0113 (Algebra & Kalkulus)
Rabu - FKAX0114 (Kimia Asas 4)
Khamis - FMAX0114 (Fizik Asas 3)
Jumaat - FB0112 (Kursus Persediaan Bahasa Inggeris 2)

Target? Secara jujurnya, aku dah angkat bendera putih untuk 4.00 flat. Tapi, harapan nak dapat 3.89 masih ada, jadi itulah target baru aku, dengan syarat, BIO dan CHEM kena dapat A, dan MATHS kena dapat A-..

Doakan supaya aku dapat mengharungi minggu peperiksaan ini dengan jayanya.. Doakan aku berjaya!! Terima kasih!



Masih seorang manusia yang normal,
Rashdan Roslan