Memaparkan catatan dengan label melancong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melancong. Papar semua catatan

18 Okt 2012

Semuanya Di Malaysia!

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Masa aku melayari Internet, terjumpa satu gambar ni. Rasa bangga jadi rakyat Malaysia.. Teringin nak pergi tempat-tempat ni, masalahnya kekangan masa dan wang. Nak sangat pergi Sabah dan Sarawak.. Tak pernah sampai ke sana lagi...

Bila la agaknya nak dapat Cuti-Cuti 1 Malaysia ni... Yang pasti, bukan masa sekarang, sebab kaki tak sembuh lagi....

25 Okt 2011

Bangalore Oh Bengaluru.....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Apekedehal tajuk ni?? Hehehe... Sebenarnye aku telah menghadiri program berkenaan di Bangalore @ Bengaluru...


Wakil USM-KLE ada 10 orang je. Wakil 1st batch ngan 2nd batch masing-masing ada 5 orang. Program ni menyatukan ramai pelajar Malaysia dari segenap ceruk di India ni. Bolehla mengeratkan silaturrahim kan?? Program ni seronok jugak la, almaklumlah sume bende free kan? :)

Perjalanan ke Bangalore sangat jauh, iaitu lebih kurang 10 jam. Lagi jauh daripada perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur... Aduhaiii.. Sampaikan solat Subuh pun kat dalam bas taw.

Singgah dulu kat apartmen pelajar IMS-MSU kat Bangalore, sebab nak naik bas dari sana. Perjalanan ke Nandi Hills lama jugak la. Dalam 50km dari Bangalore. Dipendekkan cerita, tibalah ke Nandi Hills Resort. Tepi bukit tuh!


Saujana mata memandang.. =)


Inilah tempatnya...


Arnab ni comel -comel lahhh.. Rasa nak culik bawak balik Belgaum.. Heheheh...

Setibanya kat sana, masa mendaftar dapat alatan-alatan sebegini rupa:


Ini nama dia 'Buku Refleksi'.


Nama dia ni pulak 'Pen Refleksi'.

Buku Refleksi, Pen Refleksi ngan buku tentatif program haruslah dibawak sepanjang masa kursus. Hehehe.. Kira barang amanah la ni. Tujuannya untuk mencatat apa jua perasaan korang kat sana. Kalau tak tulis, mesti dah tak ingat pasni kan...

Banyak program LDK je sebenarnye. Aku masuk kumpulan C, sub-group 3. (LDK = Latihan Dalam Kumpulan).. Meh nak share sikit ape yg ade dalam buku refleksi aku tuh:

LDK 1:
"You and I"? Agak mencabar. Kena ingat nama ramai orang la pulak. Poning kepalo den haaaa... Nasib baik kena hafal 5 nama je. Hehehe...

LDK 2:
Lukis muka sendiri pakai tangan yang tak biasa guna! Hasilnye? Fulamak... Sangatlah BEZA dengan diriku yang hensem ini. Hahaha. Aku menggemukkan muka aku yang sedia 'kecik' tu lagi. Wakaka... Seronok buat macam ni. Kena cari tuan punya gambar. Dah jumpa tuan dia, nama dia Fazreena, asal Perak. Faraa pulak, dapat gambar aku, dan kena la tulis komen.


Aku memang 'pandai' melukis!! Gume tangan kiri, boleh la maafkan.. Heheh...

LDK 3:
Twisted? Memang twisted. Berbelit-belit. Group C3 dapat 2nd.

LDK 4:
Sesi lukis graf kehidupan lak. Tacink2 pun ade. Tak suke lah.

Lepas tu, jam dah menunjukkan pukul 11.15 malam, masa untuk tidur! Sambung esok hari pulak LDK nye...

LDK 5:
Kitorang usaha dahsyat jugak, tapi tak dihargai. Kumpulan A tak pandai menilai! Tapi diorang menang. Wadehek.... Bagi markah tak adil. Tak datang riadah tolak 5 markah, tapi kalau tolong sikit pun (+150)! Baik tak payah main game lahhh.

LDK 6:
Patutnya dah menang game Charade nih, tapi kemenangan dirampas! Dan-dan je buat 2nd round. Adehhh...

LDK 7:
"The More The Better". Kena list apa yang diminta secepat mungkin. Nyata C3 memang penuh dengan idea. Sangat membantu untuk kami menang. Dapat Ferrero Rocher!!

LDK 8:
Sesi psiko. Suruh tampal lirik "Inilah Barisan Kita". Kami tak sedar yang ada kesalahan ejaan kat kertas tu. So, kenalah gabung kumpulan untuk selesaikan semua tuh. Pastu kena nyanyi lagu tu sampai 'meremang bulu roma' akak fasi. Hadoiii.. Layan je la. Benda yang lebih kurang sama dah dibuat kat kem Biro Tatanegara 3 tahun lepas. Dah basi la modal nih. Aku layan je lah. Huhu...

Dah habis sume tu, tibalah masa untuk dinner. Guess what? Aku dijemput untuk buat persembahan! Aku dan sorang lagi member membantai lagu 'Apa Khabar Orang Kampung'.

Maka berakhirlah program itu malam tuh. Pagi esoknye, pukul 10, check-out dari resort tu. Sementara menanti bas 12 jam lagi, sempat jugak berjalan kat sekitar Bangalore. Mula-mula makan tengah hari disponsor oleh Encik Khairuddin Abdullah, wakil JPA kat Bangalore.. Sedap wooo!


Lokasi kejadian.

Lepas kenyang tuh, naik auto pulak, ke Mantri Square. Takde mood pulak nak shopping sakan.


Boleh tahan gempak jugak kat dalam ni. Ade la beli barang-barang yang berguna sikit...

Tapi yang paling best adalah..... (sila scroll bawah yer)




































KFC yang halal! Love it. Hehehe... Lama tak makan KFC nih, sejak tinggalkan Malaysia. Cuma yang terkilan sebab takde Cheezy Wedges. Hehehe.. Alhamdulillah, ade rezeki untuk menikmati KFC. Bawak balik jugak untuk kawan-kawan kat Belgaum.

Lepas tu, dalam pukul 10.10 malam, bertolak pulang ke Belgaum, dan pukul 7.00 pagi, tiba di bumi Belgaum. Pukul 8 dah kene masuk kelas? Apa lagi? Kalut ribut lah aku.... Huhu.. Sekian saja sesi peng'update'an blogku untuk kali ni.

Mengembara membuka minda dan perspektif anda.

26 Jun 2011

EPISOD 3 : Penang + KL

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Tamat sudah riwayat aku di Penang, menuju ke kawasan Lembah Klang pulak. Ada la beberapa gambar ni yang aku ambik sepanjang perjalanan...


Taiping? Bulan depan kot.. Walaupun dapat undi paling rendah masa aku bukak undian hari tu, tapi tak salah kan kalau aku bagi imuniti? Nak panjat Bukit Larut.


Kota Bharu? Haha.. Lek luhhhh... Aku nak pegi KL nih. Biasanya kalau aku dari Kelantan nak ke Ipoh, masuk atau keluar highway kat sini.


Maka, setelah menempuh perjalanan selama 4 jam setengah dengan sekali je berhenti rehat kat Hentian Sebelah Gua Tempurung, maka tibalah aku kat Klang Sentral. Lama tak pijak tanah Klang ni, last sekali masa 5 tahun lepas, singgah rumah sepupu aku.. Tapi sekarang diorang dah pindah Kelantan dah...


Dipendekkan cerita, aku nak ke Banting.. Tapi tak tahu pulak yang mana ada bas direct dari Klang Sentral sampai ke Banting.. Jadi, aku pun tanya orang la, camne nak pegi Banting... Ohhh.. Rupanya kena pegi bandar Klang dulu, pastu dari sana baru ada bas direct ke Banting... Lepas aku berhempas-pulas dengan sendirian, barulah aku berjaya naik bas ke Banting... Aku ade bran kan? Rilek je, jangan gelabah, baru tak cuak, tak cemas.


Sejam lebih kurang, naik bas dari Klang, akhirnya sampai jugak kat Banting. Alhamdulillah.. Ni first time aku sampai situ. Sape jemput aku kat sana? Beliau adalah Mahmud bin Khairudin, rakan aku di ASiS dan PASUM.


Mahmud masa tingkatan 5. Haha.. Giler tak matang time ni.


Tak sangka langsung boleh sampai Banting, agak bangga jugakla sebab dengan usaha sendiri. Kalau aku penakut, mesti kat Klang lagi aku suruh dia ambik. Rasanya tak perlu la aku cerita banyak-banyak pasal kehidupan aku kat rumah dia, sebab dia tak bagi aku cerita banyak. Beliau segan. Haha..


Maka aku pun diperkenalkan dengan pekan Banting.. Boleh tahan jugak.. Takde la teruk sangat. Lengkap je semua.. Cuma aku suka jambatan nak ke Banting tu la.. Tinggi woo.. Hehe.. Petang tu takde pegi mane, berehat je sampai malam...


Esok pagi, baru ke KL... Aku pergi Mid Valley, ingin bertemu Cik Puan Amirah Mia.. Heheh... Makan bersama, kemudian pegi UM, jumpa Encik Sufi a.k.a. Jen yang ada latihan ragbi kat UM..


Tangan kena sos ye kak?? Haha...


Singgah KK12 untuk berjumpa beliau.. Jen stay kat KK5...


Haa.. Tokojut ekau kitorang bolanjo Burger King.. Haha.. Wakil UM untuk MASUM tu!! Dah turun 9kg katenye.

Lepas tu, balik rumah Mahmud, tido la, penat... Malam tu, parents dia belanja makan makanan seafood. Makan sampai perut sendat, timbang lepas tu, 90kg! Haha.. Tak pernah sampai seberat ni. Habis la aku, nanti balik rumah kena kerja keras...


Sebelum balik rumah, parents dia belanja kerepek, agak banyak la... Beli kerepek yang tempat Datuk Sosilawati Lawiya singgah sebelum beliau dibunuh dengan sadis. Erkkkk!


Esoknya, pagi-pagi aku dihantar ke Kajang, naik bas kat sana, pukul 9.00 pagi... Jadi, aku pulanglah dengan 1001 memori yang dikaut dari Penang dan Lembah Klang.. Bukan mudah untuk aku mengembara secara solo selama 5 hari.. Aku pergi banyak tempat yang aku tak pernah sampai.. Bertambah aku yakin untuk mengembara lagi lepas ni. Nak bermusafir melihat kebesaran Allah, sambil melepaskan rindu kepada kawan-kawan. Awek belum ada, ok?


Mahu pergi mana? Target aku, bulan 7:


1. Ipoh
2. KL
3. Seremban


Itu sahaja. Sekian sahaja laporan pengembaraan aku. Harap-harap plan aku - Kembara Episod II akan berjaya macam Kembara Episod I ni. Semoga Allah meredhai perjalanan aku..



Pengembara sambilan,
Rashdan Roslan

23 Jun 2011

EPISOD 2 : Penang + KL

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Laporan hari kedua dan ketiga pula menyusul ni.. Sebenarnya, hari kedua ngan hari ketiga kat Penang... Yang KL punye, esok yer..


Maka, bangun tidur tu, aku pun dibelanja nasi kandar dan milo ais di kedai Nasi Kandar Kg. Melayu, tak jauh dari rumah Aris kat Air Hitam... Sedap, memang jauh beza rasa nasi kandar kat Penang ni kalau nak banding dengan kat luar Penang..


Rasa kari dia memang best! Terbaek dari Kg. Melayu..

Dah kenyang tu, pergi la melancong meronda satu pulau tu...


Trip aku keliling pulau yang warna biru muda tu..


Mula dengan Bukit Bendera... Lama dah aku teringin nak sampai sini.. Dulu masa pegi Penang, seingat aku, aku sempat singgah kat KOMTAR ngan Pasar Chowrasta je.. Huhu...


Bukit Bendera.... akhirnya sampai jugak kat sini.

Tiket naik tren la...

Tren versi terkini....

Pemandangan dalam tren...

Ada orang stay jugak ya kat atas bukit ni..


Akhirnya sampai jugak kat puncak Bukit Bendera....


Rel tren dari atas...

Mana bendera nye??

Penang, pemandangan dari puncak bukit..

Aris mesej ngan awek.. Heheh..

Gayat tu sebenarnya.. Haha..

Masjid Bukit Bendera...

Ada kuil jugak...


Kat atas tu, pemandangan memang cantik giler, indahnya ciptaan Allah... Subhanallah... Kat atas tu rasa sejuk kalau dibandingkan dengan kat bawah, biasalah, kawasan bukit, banyak pokok... Ok la.. Nak turun dah...


Babai Bukit Bendera...

Tempat kawalan kat dalam tren ni...

Whoa! Terowong..

Dah sampai bawah...

Lepas tu, dibawak pula aku ni ke Botanical Garden (yang kena jangkitan kuman kencing tikus tu).. Tengok dari luar je la... Tak minat la bunga2 nih.. Huhu...


Tak masuk dalam pun..

Lepas tu, ke Gurney Drive. Gelak pulak si Aris, bila aku translate bende tu jadi 'Pemanduan Gurney'. Haha.. Sebenarnya, nama sebenar dalam BM adalah.....


Hahaha.. Memandai je aku taruk nama..


Kat bulatan kat Gurney Drive..


Selingan: 
Handphone Aris canggih pulak, ada GPS.. Nak cari stesen minyak pun pakai GPS tau. Haha.. Masa tu tengah cuak sebab minyak motor dah nak habis....


Lepas tu, barulah bermula pengembaraan sebenar, keliling satu pulau.... Menuju ke Tanjung Bungah dulu... Buat ape kat sana? Singgah 7-Eleven, minum air, dahaga la pulak... Huhu... Lepas tu, terus ke Batu Ferringhi la... Ok fine, jalan dah mula berbukit... Naik motor pulak tu...


Batu Ferringhi... Tengok dari atas sahaja...


Tahu-tahu je, dah sampai Teluk Bahang... Waktu Zohor dah masuk, terus solat Zohor kat Masjid Jamek Teluk Bahang...  Pastu, sambung la perjalanan... Lalu pulak kat Empangan Telok Bahang.. First impression, WOW! Cool jugak empangan ni.. Hehe.. Tak sama la macam Empangan Kenyir.. Huhu..


Empangan Teluk Bahang..

Lepas tu, jalan memang macam haram la... Berbukit-bukit, jalan berliku tajam, mcm ular kena palu je.. Aduhai... Pening kepala aku seketika.. Tapi, I tell you, pemandangan memang superb la.. Indahnya ciptaan Allah S.W.T... Kat tepi jalan tu, banyak pokok durian.. Masa tu memang tengah musim durian kat sana... Tak dapat makan, hidu pun jadi la.. Hehe...


Saujana mata memandang... Subhanallah...


Sampailah pulak kat Balik Pulau... Kat sebelah barat pulau tu... Ape je yang ada ek? Lupa.. Tapi aku ingat satu benda la, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya... Hehe... Aku kalau balai-balai polis ni memang sensitip, sebab aku membesar dalam organisasi polis...


Ok fine, jalan sekali lagi macam haram.. Haha.. Tapi tak macam yang lepas empangan tadi la.. Dah lepas pening-pening tu, sampai la pulak kat Teluk Kumbar.. Tempat asal penyanyi pujaanku, Mila AF5!! :D
Mana la si Mila ni.. Huhu.. T**k lalat dia yang mahal tau. Haha...


Ingatkan si Aris nak bawak aku terus pegi Bayan Lepas, tapi belok pegi Batu Maung pulak, kampung dia kat situ... Airport berdekatan je, tengok je.. Eh eh, kita dah sampai Bayan Lepas.. Haha.. Terus ke Queensbay la.. Masuk dalam tu, kira ok jugak la pada pandangan mata kasar.. Bukan lepak pun kat situ, jalan-jalan masuk dalam je, usha-usha.. At least, ade footprint aku kt situ.. Haha..


Bulatan kat Queensbay..


Rashdan was here!!


Lepas tu, terus ke Pasar Chowrasta, kakak aku mengidam jeruk pulak.. Haha.. Aku beli jeruk buah mangga 1kg, ngan jeruk buah salak 1kg jugak... Spend 20 hengget je.... Lama aku tak sampai kat pasar tu.. Masa dulu, kecik je aku.. Hihi...


Kedai jual jeruk dan macam-macam lagi..


Lepas tu, pergi kat Penang Times Square, tunggu seorang mamat yang bernama Sunil ni untuk menghantar raket tenis yang dibeli oleh seorang insan yang mendapat 10A+ masa SPM, iaitu Irsyad Noor Abadi.. Sebenarnya, kakak dia yang beli.. Aku diambil kesempatan la ni, sebab aku alang-alang kat Penang kan, nanti nak turun KL.. Takpe la, tolong member.. Tak susah pun nak bawak raket tu.. 


Classmate gua ni dulu kat ASiS! Leher dia pelik sikit.. Haha.. Lek lek lek!


Lepas tu, pulangla ke rumah Aris... Malam tu tengok movie... Imbau kenangan PASUM kot.. Hehe.. Tengok filem Kongsi... Aku tertido masa akhir-akhir tu. Adoi...


Esok pagi, pukul 8.30 pagi, aku chow dari rumah Aris.. Touching pulak... Haha.. Duduk rumah dia macam rasa duduk rumah sendiri... Parents dia baik.. Pandai layan tetamu... Alhamdulillah, dapat layanan yang bagus sekali... Kesian Aris, jauh-jauh hantar aku pegi stesen bas... Sebak sikit ada la jugak.. Terharu kowt! Aris, aku janji, kalau kau datang Kelantan, aku balas balik dengan lebih baik, okay!


Aris menunggu dengan penuh sabar...

Selamat jalan Penang! InsyaAllah kalau ada rezeki, aku datang lagi...


Tamat la sudah riwayat aku di Penang... Bas yang aku naik tu berhenti kat Klang, dan aku akan menuju ke Banting... Episod 3 pulak, yang pasal kat Lembah Klang kayh!

Musafir sekali-sekala,
Rashdan Roslan

21 Jun 2011

EPISOD 1 : Penang + KL

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia....


Agak lewat peng'update'an blog ni dibuat untuk bercerita pasal percutian @ pengembaraan aku secara solo ke beberapa buah tempat di sekitar Malaysia.. Hehe... Mula-mula, aku pegi Penang la dulu.. Teringin sangat nak pegi Penang ni, terutamanya lepas aku kenal beberapa orang rakan kat PASUM yang berasal dari sana.. 11 tahun dah aku tak sampai sana!!


Aku bertolak dari Kota Bharu pukul 9.30 pagi, 13 Jun... Dengan penuh perasaan yang teruja, mengembara lah aku bersendirian ke Penang... Tertidur kejap je kot, walaupun malam sebelum tu, aku tidur pukul 4 pagi, asyik sangat tengok Formula 1.. Haha.. Pengembaraan yang penuh kesakitan di telinga, sebab melalui Banjaran Titiwangsa... Huhu...


Akhirnya sampai jua aku ke negeri Pulau Pinang!


Chill la Dan, tak sampai Sungai Nibong lagi.. huhu

Lepas melalui fasa keboringan selama hampir 8 jam, akhirnya tiba la jua aku kat Stesen Bas Ekspres Sg. Nibong... 11 tahun tak jejak kaki kat Penang woo! Kehadiran aku disambut oleh seorang ex-student PASUM yang bernama Aris bin Ismail...


Hero Hindustan tuh.. Hahaha... Lek lek lek!


Kemudian, aku disajikan dengan burger homemade yang dibawa oleh beliau, lalu aku membahamnye dalam keta tu jugak. Haha.. Kitorang terus balik la lepas tu, pegi rumah dia kat Air Hitam.. Aku stay sana 3 hari 2 malam je... Petang tu berehat sahaje... Malam tu yang special... G makan pasembur! Kat Padang Brown...


Macam mane nak eja pasembur yang betul ek? Huhu.. Janji sebutannye same dah la...


Aku dah lama teringin nak makan pasembur ni... Adakah rasa dia boleh membuat aku terSEMBUR? Jawapannye, tidak same sekali! Rasa macam nak tambah lagi, ade la.. Haha.. Rasa dia macam rojak, tapi crunchy la... Tak pernah makan benda ni wei....


Yang ni harga dia 4 hengget, tapi dah cukup untuk buat korang kenyang... Kalau nak mentekedarah, beli yang 10 hengget.. Hehe..


Ditemani pula dengan laicikang... Sedap amat!

Lepas melantak, aku dibawak meronda sekitar Georgetown.. Pegi Padang Kota Lama, lalu banyak tempat jugak la.... Pelabuhan, Queensbay, banyak la.. Penat woi malam tu, tak habis lagi penat travel ngan bas siang tadi... Malam tu sampai kat rumah dia dalam pukul 11 dah.. Sembang2, online jap, pastu tido.... Nantikan laporan hari ke-2 pulak yang bakal menyusul, insyaAllah esok...

Pelancong tempatan,
Rashdan Roslan