Memaparkan catatan dengan label pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengumuman. Papar semua catatan

16 Okt 2012

Pengumuman Aidil Adha 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Semalam (15 Oktober 2012), Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa 1 Zulhijjah 1433H ialah pada 17 Oktober 2012. Oleh itu, Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Jumaat, 26 Oktober 2012.



Kepada yang terlepas pengumuman rasmi daripada beliau, boleh tengok video di bawah :



Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam di serata dunia. Aku menyambut Aidil Adha di Malaysia, sebab cuti sambung lagi..

1 Jan 2012

Tahun Baru, Wajah Baru

Assalamualaikum, salam sejahtera 1Dunia!

Jangan tekan butang pangkah! Korang tak silap blog! Hehehe.. 2012 sudah tiba. Tiba juga ruang untuk aku menambah baik blog ni. Aku pun bosan tengok background yang sama je. Harap korang suka yer.


Mana muka aku yang 'hensem' tu? Takpe la, untuk memberi ruang kepada pembaharuan yang lebih segar, aku turunkan muka aku tu. Hehehe.. Malas la nak men'capub' sangat ni. Kalau la aku hot stuff tu takpe jugak! :D

InsyaAllah, 2012 ni, aku akan cuba pelbagaikan isi kandungan dalam blog ni, agar lebih mesra pelanggan. Hehehe.. Nak banyakkan info-info yang menarik, kalau boleh, dalam aspek perubatan dan macam-macam lagi, tanpa menyentuh isu-isu yang sensitif.  Sama-sama kita belajar ye.. Ilmu yang baik elok dikongsi bersama. Aku tak suka kontroversi.

Sepanjang tahun lepas, aku dapat 23,363 pageviews dari korang. Terima kasih.. Aku dah cukup bersyukur atas sokongan korang kepada blog aku yang bersifat peribadi, dan tak seberapa. Hehe..  Alhamdulillah.. Kalau aku post pasal result, pasal PASUM, pasal USM-KLE, suka je korang ek? Masa tu la pageviews naik mencanak, macam bulan 5 hari tu, masa junior PASUM nak daftar, naik mencanak pageviews, dekat 6,000 dalam bulan tu je. Hehe.. Thanks kepada stalker-stalker sejatiku yang disayangi, sayang korang ketat-ketat.. Hehehe =)



Bila nak keluarkan 1st entry? Nantikan je lah.. Aku pun tak banyak masa nak update blog ni.. Akan cuba buat 100 entri dalam masa setahun ni, mudah-mudahan.

Masuk bulan 1, maknanya, tinggal 8 bulan genap untuk aku pulang ke Malaysia. Yeehaa! :)
(tu kat tepi dah ada countdown dah... hehehe..)

Azam tahun baru? Takde yang spesifik pun, cuma aku sedang menuju satu matlamat yang getir untuk tahun ini, iaitu LULUS TAHUN PERTAMA! Doakan aku berjaya yer.

Setakat ni dulu bebelan untuk kali ni, dan Selamat Tahun Baru 2012 semua! =)


SEMANGAT BARU, PERJUANGAN YANG SATU, DAN MATLAMAT HIDUPKU HANYA UNTUKMU.

15 Mac 2011

Berhenti Berblogging!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..


Keputusan ini sudah muktamad. Aku akan berhenti berblogging!






Kejap kejap kejap.. Belum habis laaaagi.. Aku akan berhenti berblogging buat seketika sahaja. Berhenti di sini tak bermaksud tidak akan update blog ini lagi, tapi akan mengurangkan kekerapan pengemaskinian blog ini.


Bulan ni, bilangan pageviews pun dah lebih target asal, iaitu 700. Bila mana entri ini ditulis, dah 722 pageviews untuk bulan ni sahaja. Terima kasih atas sokongan.. Baru 15 hari bulan, dah catat sejarah, rekod tertinggi pageviews sepanjang kewujudan blog ni. Aku dapat kepuasan tersendiri bila tengok statistik tu. Tak sangka ada jugak orang nak baca blog yang tak seberapa ni.. Bulan depan target 800 pulak, tolonglah aku ya.. :)


Final exam dah sangat dekat, jadi, aku kena tumpukan seluruh tumpuan kepada study, online2 ni mungkin takkan rajin sangat kot. Mungkin Facebook pun aku akan deactivate. (Kata Facebook tutup hari ni??? Ape cer?? :P   )


Namun, kalau aku berbesar hati, aku akan cuba mengupdate dalam blog ni, kalau aku rasa aku perlu update. Kepasifan update blog akan bermula esok sehingga 17 April 2011.


Jangan sedih-sedih ya.. (ceh.. bajet blog ni glamour sangat..) Kalau rasa rindu tu, aku akan keluarkan entri-entri lama untuk tatapan semua, di samping untuk mengimbas kenangan lalu... Rajin-rajinlah buka blog ni selalu ya, kalau ada masa dan kelapangan. Sesungguhnya aku amat menghargai sokongan anda semua!


Terima kasih daun keladi, lain kali kita bersua kembali...





Cuak campur gemuruh nak ambik final exam,
Rashdan Roslan