Memaparkan catatan dengan label temu duga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label temu duga. Papar semua catatan

17 Ogo 2011

EPISOD 2 : Kisah Perdana University

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Entri kali ini adalah berkisarkan kisah temuduga untuk dapatkan biasiswa JPA bagi kemasukan ke Perdana University - Royal College of Surgery in Ireland (PU-RCSI). Temuduga ni dijalankan pada Rabu hingga Jumaat minggu lepas (10-12/08/11), bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Putrajaya. Aku terpilih untuk sesi pada 12/08/11, hari Jumaat.




Nak cerita part interview dulu, baru cerita benda-benda lain.


Inilah lokasi kejadiannya...


Temuduga kali ni agak mencabar, kerana panel temuduga yang agak rigid. Dua orang doktor, kedua-duanya wanita telah menemuduga aku, sorang dari Hospital Putrajaya, dan sorang lagi dari UNIMAS. Format temuduga adalah two-to-two, iaitu dua orang penemuduga, dan dua orang yang ditemuduga. Sorang lagi yang bersama aku dalam bilik interview tempoh hari adalah bekas pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan juga Pusat Asasi UiTM Puncak Alam. (Nama dia lupa pulak, sori!). Tak ramai pun yang hadir temuduga pada hari tu, aku anggarkan dalam 20 orang je.


Soalan yang ditanya pula, tidaklah sukar. Tak ada case study pun, soalan yang paling sukar nak dijawab pun adalah "Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang doktor yang ada pada diri anda?" Rashdan, goreng saje. :)


Cuma, yang peliknya, diorang pulak yang lebih banyak bercakap berbanding kitorang. Aku pulak yang confuse, sape yang kena interview ni sebenarnya? Pening... Siap bagi ceramah lagi, sebab pointer kami berdua ni lebih kurang je - aku 3.55, budak perempuan sebelah aku tu either 3.56 or 3.54.. "Adakah kamu yakin bahawa kamu boleh menyinar di PU-RCSI? Lihat pointer kamu ni, bukanlah berada pada tahap tertinggi. Kursus perubatan adalah sangat kompetitif." Sikit pun tak jadi calar, apatah lagi kudis, puan berdua. Aku dah buktikan, bahawa aku mampu dapatkan tempat untuk temuduga tu, setanding dengan mereka yang 4.00 pun. PASUM hari tu, aku anggap sebagai 'sedu' sahaja, kerana aku masih terbayang kejayaan silam sewaktu UPSR, PMR dan SPM. Aku ada kekuatan itu, tapi di PASUM, hilang seketika. Lagipun, aku dah janji dengan diri aku, peluang kedua takkan disia-siakan!


Tak terasa hati pun, sebab aku faham statement dia tu, bukan nak perlekehkan aku pun, cuma nak tengok sama ada aku yakin atau tidak. Kalau aku tak layak, mesti tak dapat temuduga ni, kan? Mungkin ada markah bonus di situ. Terpilih atau tidak, itu aku tolak tepi, sebab aku dah ada satu tawaran dalam tangan. Kesian pada budak perempuan tu, tak dapat tawaran UPU pun. Aku siap dapat offer pegi India lagi. Itu yang dia berharap sangat dapat PU-RCSI. Aku bagi dia banyak ruang untuk bercakap, supaya aku dapat membantu dia secara tak langsung, sebab aku patut serahkan peluang ni kepada orang yang lebih berhak, iaitu kepada mereka yang tidak mendapat apa yang dihajati dari UPU. Memang niat aku ke temuduga tu untuk test power je, tapi kalau seandainyaaku terpilih, macam mana ya nanti? Rilek dulu...


Di kesempatan ini, aku ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada pihak keselamatan UNITEN kerana sudi membantu aku yang kehilangan arah pada awalnya. Ye lah, bukannya aku masuk hari-hari kat UNITEN ni. Ni baru kali kedua aku masuk kawasan UNITEN, kali pertama masa bulan 6 tahun lepas.


Bila sampai sini, terus hilang punca.. Ekeke..

Bila dah sesat tu, aku terus la jalan pergi kat pondok jaga tu. Memandangkan aku dah pening tahap gaban, pak guard tu dengan bermurah hatinya, sudi nak hantar aku kat Kolej Pengajian Asasi dan Umum, tempat aku bakal bertemuduga.


Bukan naik ni! Naik motor saje.. Tu pun dah alhamdulillah, ada gak orang nak tolong.

Selamat Jalan, see you again, tak tahu bila. Bukannya aku nak belajar kat UNITEN pun. :D


Maka, bertambah satu lagi pengalaman temuduga aku, dan insyaAllah, pengalamanlah yang akan mematangkan aku. Harapan aku begitulah. Aku bukannya pergi KL hari tu untuk temuduga ni semata-mata. Ada lagi tujuan lain. Nak tahu? Tunggu entri seterusnya..


Pengalaman mendewasakan, mematangkan fikiran.



14 Ogo 2011

EPISOD 1 : Kisah Perdana University

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Peluang aku untuk melanjutkan pelajaran mungkin makin bertambah, apabila aku terpilih ke temuduga kemasukan ke Perdana University.


Inilah programnye...


Temuduga kemasukan ke PU ni adalah pada 4 Ogos lepas... Sejurus selepas pulang dari Seremban, aku dengan directnya ke Kompleks MAEPS, kat Serdang, di mana PU ni terletak. Agak lewat jugak ketibaan aku kat KTM Serdang, 'terima kasih' kepada KTM Komuter yang lembab pada hari tu. Tahniah, 3.30 petang baru sampai kat KTM Serdang, padahal interview aku pukul 3.30 dah. Cuak gak la, sebab orang kat PU dah call aku masa kau dalam tren, aku bagitau la, aku on the way, tapi aku tetap akan datang... Darah aku dicekik, tambang teksi satu hala dari KTM Serdang ke MAEPS tu dah 24 hengget... Kalau dua hala? 48 hengget la.. Aiyakkk!


Aku ditemu duga oleh seorang Mat Saleh berpangkat Professor.. Lupa pulak nama dia, tapi dia bagus, sebab tak tanya soalan yang kejam untuk aku.. Hehe.. Soalan standard je.. Macam perkenalkan diri, kenapa memilih program ni, tapi agak lama ditemu duga, dalam 10 minit jugak. Format temu duga, macam ni... Aku ditemu duga secara individu. Panel temuduga pulak, ada dua orang... Sorang lagi, mamat India, dia tak banyak tanya. Alhamdulillah, dapat lepas temuduga dengan jayanya... Bertambah lagi satu pengalaman temuduga.


U-Turn? Hehe..


At level 1 la...

Inilah tempatnya Perdana University menumpang. Tempat ni, kalau ada pameran MAHA, penuh kowt! Aku dah datang sini tahun lepas...


Lepas habis temuduga, aku ke KLCC.
Tak shopping pun...


Mahu berbuka bersama Umar Imarah, seorang sahabat di PASUM. Gambar kat Facebook tak jumpa cari pulak dah. Tapi beliau bagus, ada blog yang mantap. Klik kat SINI kalau nak baca... :)


Umar dah nampak lain, sebab dia dah simpan janggut. Makin kacak nampak? Hehe... Mula-mula, aku tak cam dia, dua kali tengok baru kompem.. Alhamdulillah, ada rezeki akhirnya untuk jumpa dia, setelah 4 bulan tak jumpa. Aku bukak puasa kat food court KLCC la hari tu, makan ni:


Nasi lemak! Takde la mahal sangat, RM8.50 je...


Lepas tu, bersolat Maghrib la kami di Masjid As- Syakirin, tapi aku jamak sekali la, kata musafir kan.. Lepas tu, duduk masjid kejap, sembang sikit sebanyak, 8.40 malam, berpisahlah aku dengan Umar, semoga ada kesempatan yang lain untuk kita bertemu, kalau bukan di alam nyata, dalam mimpi sudah memadai. Sukar untuk aku jumpa kau lagi lepas ni.


Pukul 9.30 malam, aku bertolak pulang ke Kota Bharu, tapi aku tertinggal sesuatu la kat Seremban ngan KL. Tertinggal apa? Tertinggal kenangan. Ya Allah, aku bersyukur dan berterima kasih kerana ada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sanggup melayan kerenah aku ni. Tanpa mereka, sunyi sepi hidup aku. Aku harap, ukhuwah yang bertaut akan terus kukuh, di bawah naungan kasih sayang dan keredhaanMu..


Episod kedua, mengenai temuduga JPA untuk ke UP, akan menyusul kemudian..

Setiap pengorbanan, akan ada balasan tersendiri.

1 Ogo 2011

Perdana University

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah, Sabtu lepas, aku mendapat panggilan daripada pihak Perdana University - Royal College of Surgeon in Ireland (PU-RCSI)... Bidang perubatan la. Diorang dah dapat borang yang aku hantar, dan aku terpilih untuk menghadiri temuduga! Kat mana? Kat Serdang, Selangor.






Sekali lagi, pintu rezekiku diketuk. Setelah sebuah rezeki yang begitu tidak disangka (kombo USM-KLE + MARA), kini PU-RCSI pulak yang berpotensi untuk digapai. Walaupun CGPA aku sikit je, tapi aku rasa 3.55 tu angka bertuah kot. Kenapa?


campur semua angka pointer aku...
3 + 5 + 5 = 13


lepas tu, campur 1 dan 3..
1 + 3 = 4


4? Hahaha.. Mitos je ni, jangan percaya benda karut!


Tak sangka pulak, lepas satu tawaran, satu tawaran lagi yang datang.. Tujuan aku ke temuduga nanti tu, untuk menimba lebih banyak pengalaman temuduga, dan untuk kebaikan generasi junior yang akan datang, bolehlah aku kongsikan nanti, insyaAllah. Kalau terpilih tu, terpaksa la aku buat pilihan nanti, tapi aku dah komited ke India. Bukan senang nak dapat PU-RCSI ni. Kenapa? Ada budak CGPA 4.00 yang dah pergi temuduga pun kena reject! Apatah lagi aku yang sikit ni. Rasa rendah diri menebal pulak dah.


Nak dapat tajaan pulak, bukan mudah. Mekanisme dia macam ni, PU-RCSI tu akan hantar nama, katakan dalam 200 camtu, then JPA hanya akan pilih 100 nama untuk ditawarkan biasiswa. Senang ke? Haha.. Misi hampir mustahil, tapi aku cuba buat dulu, mana tau ada rezeki kan. Tapi kemungkinan aku untuk menerima tawaran PU-RCSI, kalau dapat pun, sangat kecik, kurang 5%, sebab aku dah excited giler nak pegi India!


Semoga aku dapat mengharungi temuduga kali ni dengan jayanya..

Nak pegi India,
Rashdan Roslan

11 Jul 2011

Tamat Sudah Temuduga! Kembara Solo Menanti...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Temuduga USM-KLE dah habis.. Alhamdulillah, mampu melalui interview tersebut dengan jayanya. Rezeki, sama ada dapat atau tak dapat aku ke India, yang tu nombor 2. Serahkan urusan tu kepada Allah S.W.T. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..




Pasal temuduga? Mula-mula, aku excited jugak sebab ramai jugak kawan-kawan aku yang tinggal di luar negeri Kelantan ni yang turun temuduga kat sini. Ada la jugak peluang nak jumpa kawan-kawan yang dah hampir dua bulan tak jumpa...


Malam sebelum tu, bermula pergerakan masuk diorang ke Kelantan. Haha.. Excited punya pasal, aku pegi jumpa sorang kawan aku, nama dia Aznil.


Bukan Aznil ni, sorry. Haha... Nama dia Muhammad Aznil bin Ramly. Kitorang panggil dia 'Pisang'..


Pastu, lepas lepak kat KB Mall kejap ngan Pisang, Hanif Tarmizi lak hantar mesej.. Dia datang sini ngan parents, naik flight wooo! Aku call, dia ajak aku pegi hotel dia, sembang kejap pasal esoknya, then aku pun kena balik jugaklah. Preparation must be done.. Hehe..


Esoknya, bergegas aku ke SMK Ismail Petra, salah satu tempat yang nostalgia dalam hidup aku.. Bukan tujuan untuk mengenang nostalgia, tapi sijil-sijil aku tak disahkan lagi! Last minute punye keje kan.. Teruknye..


Lepas tu, direct la ke USM... 15 minit je dah sampai... Jumpa sapa eh kat sana? First2 aku nampak Atiqah Jamil, budak group tutorial aku.. Lepas tu, Pisang.. Then, Norisah.. Budak tutorial aku jugak... Hanif Tarmizi call aku time aku tengah beratur nak daftar, pastu jumpa la. Then, nampak Azlan and the Typewriter Yunos. Ramai jugak budak PASUM yang dapat interview ni, tapi ramai jugak yang aku tak sempat jumpa...


Soalan-soalan temuduga dijawab dengan jujur dan seadanya. Takde la susah mana.. Soalannya macam ni je:


1. Perkenalkan diri
2. Kenapa nak jadi doktor
3. Kenapa memilih program ni
4. Apa yang anda tahu mengenai program USM-KLE
5. Kajian kes.. Macam aku, soalan dia macam ni:


"Rakan anda baru kehilangan ibu bapa dan dua adik-beradiknya dalam kemalangan jalan raya. Rakan anda terasa ingin membawa diri. Dia berasa yang tiada gunanya lagi dia hidup. Apa tindakan anda?"


Dah habis interview, jawab soalan kaji selidik yang panjang berjela, ngan ambik borang MARA! Rasa macam mati hidup semula.. Sebab peluang aku nak ambik medik ngan nak pegi oversea masih ada, walaupun sedikit mungkin.


Kemudian, aku bawak Pisang ngan abang dia pegi Kampung Kraftangan, nak makan kat Restoran Nasi Ulam Cikgu... Sambil mencari sedikit cenderamata.. Untung jugak, aku dibelanja.. Hehe.. Susah-susah je.. Aku pun tak biasa makan kat situ.. Dipendekkan cerita, diorang pun direct balik KL la pastu..


Malamnya aku nak jumpa Hanif Tarmizi kat airport, tapi tak sempat la. Aku baru nak tebus kegagalan aku berjumpa dia lepas habis interview. Takpe la Hanif, ada hikmah di sebaliknya.. Kan?


Dengan tamatnya temuduga ni, maka bermulalah kembara solo aku untuk kali ke-2! Destinasi ke mana?


Kota Bharu -> Pekan / Kuantan -> KL -> Seremban -> Kajang / Broga -> Batu Gajah / Ipoh -> Kota Bharu


Doakan perjalanan aku pergi dan balik selamat ya! :)

Mengembara lagi,
Rashdan Roslan

7 Jul 2011

Dah Lama Tak Bertemu Duga...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Lepas sudah lama tak bertemu duga (last sekali yang JPA tu la.. bulan 4 tahun lepas), Ahad ni (10/07/11) aku interview kembali. Haha... Nervous sikit je, tapi ok je kot. Buat macam biasa je...


Interview apa? Untuk program antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE. Maknanya kalau aku dapat ni, aku akan belajar sepenuh masa kat Belgaum, India...



Nasib baik USM dekat je ngan rumah aku.. 15 minit je dah boleh sampai.


Tapi, kalau aku takde biasiswa atau pinjaman boleh ubah bila aku belajar kat sana, aku tak nak pegi la. Aku bukannya kaya nak tampung yuran belajar saje pun dah USD 100,000! Tak campur makan minum ngan perbelanjaan lain. Kalau aku berkeras jugak nak pegi tanpa biasiswa atau pinjaman boleh ubah, memang family aku kena gadai macam-macam harta benda la. Macam mana tu? Tak rela la aku. Aku bukannya pentingkan diri.


Lagipun, kalau aku stay kat IPTA, biasiswa JPA dah boleh sambung, cuma course je la yang masih misteri. Dengan pointer yang tak seberapa, aku rasa aku mampu dapat veterinar. Hampir jugakla kepada medic, cuma rawat binatang je la. Aku hanya nak belajar dengan kurang beban kewangan. Aku bukannya dilahirkan dalam keluarga yang berada.


Untuk mengutip pengalaman, aku tetap akan pergi temu duga ni. Sape-sape yang nampak aku time temu duga nanti, tegur-tegurla... Atau nak mintak bantuan, takut sesat jalan ke, nak suruh bawak pegi jalan-jalan ronda Kelantan ni ok jugak. :)

Cuak seketika,
Rashdan Roslan