8 Mac 2011

PENGUMUMAN!!

Assalamualaikum, dan salam sejahera, salam 1 Malaysia.


Memandangkan undian di blog ini menunjukkan bahawa kata ganti diri untuk penulis yang sesuai memihak kepada 'Aku', maka dengan ini, diisytiharkan bahawa mulai entri kali ini, 'Aku' itu merujuk kepada saya dan 'Kawe' tidak lagi digunakan.






Semoga perubahan kali ini akan memuaskan hati para pembaca. Terima kasih. :)



Yang benar,
Rashdan Roslan

7 Mac 2011

Malam EMAS!!!!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..


Sangat gembira hari Sabtu hari tu. Jarang keseronokan macam ni kawe dapat. Malam EMAS - satu lagi memori majlis makan malam yang akan pasti dikenang dalam memori ini. Tema malam EMAS kali ini adalah 'Modern Meets Classic'.


Dengan tema kononnya klasik, kawe berpakaian seperti ini:


Rambut pacak tu mahal! Jarang kawe pacakkan rambut camni.. Hehe...


Maka kawe pun bertolak dari Kolej Kediaman Ke-12 kira-kira pada pukul 4.15 petang.. Sampai kat PICC pukul 5.15 petang. Jalan sesak sikit.. Teruja sangat, sebab first time ni nak masuk PICC, selama ni tengok dari luar je, dan bukan mudah nak masuk situ..


Kami dah sampai!


Sebenarnya kami naik bas sekolah je.. Huhu.. Bunyi brek dia sangat menyeramkan... Tapi tak dapat lawan bas mini yang dari KTM Subang Jaya nak pegi Sunway Pyramid la..


Bas sekolah.... Lama tak naik... Tapi kawe bukan pelajar sekolah lagi...


Kawe baru perasan yang PICC dibina straight je daripada pejabat Perdana Menteri.. Panorama kat situ sangat menarik..


Sebab tu lah negara luar dengki ngan kita sebab kita berjaya bina Putrajaya daripada sebuah kawasan kelapa sawit...


Apa lagi yang ditunggu, masuk dalam lah.. Tapi kawe main keluar masuk, keluar masuk je lepas tu.. Boring tak tahu nak buat ape, lama nak kena tunggu... Perut udah lapar...


Ada la banyak jugak gambar yang sempat disnap sementara menunggu....


Santai ke santau?


Aris Ash.. Dah macam hero Hindustan.. :P


Kaunter pendaftaran...


Dalam PICC ada taman gak...

Gaya seorang eksekutif.. Hehehe...

Segak berkaca mata hitam... Hehehehe...


Bersama Pakya Hussin si genius.. Kantoi pakai baju Syafiq R2!!! :DDDDDDDDDDDD


Dua makhluk berperangai pelik ditemui di PICC - (dari kiri) Izwan dan Ali.. Hehehe.. Jangan marah..


Tak nak lepaskan peluang....

Lepas Maghrib, masuk dalam ballroom.. Macam ni lah suasananya...

Grand!

Maka bermulalah majlis itu... Kawe semeja dengan Sufi (Jen), Mahmud, Izzat Zainal, Arif (Penan), Naimmuddin (Abong), Azam, Azri, Izwan Shaffiq (Sim) dan Izman. Gempak jugak majlis tu.. Makan pun best-best... Tema makanan Cina.. Ada ikan kerapu besar giler, ayam ngan sos plum, sup ape entah (tapi sedap), nasi goreng, udang mentega, dan macam-macam, tapi sedap la... Tak puas makan..


Gempak jugak la food presentation ni... Dalam kerang tu ada 'Lady GaGa'.. Hehehe... Tapi memang ada pompuan pun...


Macam-macam persembahan ada semalam.. Ada akustik, silap mata, puisi dan nyanyian solo. Tapi yang sangat lekat dalam kepala adalah persembahan puisi daripada Ruslan Shah dan Syamil, dan satu lagi persembahan Aliff Ali dan Amer Azmi.. Diorang dapat sorakan!! Bangga seyh sebagai rakan diorang.... Persembahan Hafiz Zainal pun tak kurang hebatnya, tapi kawe rindukan 'The Climb' dulu lah...


Last sekali, kitorang nyanyi lagu 'Standing In The Eyes Of The World'. Ok la, ada satu ingatan yang boleh mengingatkan kawe tentang malam tu, tapi rasanya lagu 'Janji Kita' dan 'Terima Kasih Semua' yang kami nyanyi masa dinner batch kat ASiS dulu lagi best. Yang tu memang terbaek, takde tandingan.


Maka, tamatlah sudah dinner itu. Sempat lagi bergambar kenangan dengan ramai jugak orang, tapi yang tak seronoknya, masa sekejap sangatlah. Nak ambik gambar ngan ramai orang, tapi tak berkesempatan. Antara insan yang 'bertuah' :


Kawe diapit oleh Megat Naim di sebelah kiri dan Syazani Bakri di sebelah kanan.. Zulaikha nampaknya mencelah di situ...

Atiqah Rahman... Mek Tiqah from Pasir Mas....


Dewi Ratih.. Sebenarnya baru je nak kenal ngan dia...


Aqilah Ahmad juga menjadi 'mangsa' penggambaran olehku.. Hehe...


Nurul Elifa @ Efa Hirasawa... Cantiknya dia berbaju kebaya...


Sate Kajang.. Ikon makanan STJ ni... Hehehe....


Pemain keyboard, Amer Azmi..


Bersama penyanyi yang hebat malam tu, Aliff Ali (kawe dah tak dapat cari makan kat sini sebab dia.. Hehe..)


Last but not least, ngan seorang 'panda' yang bernama Amirah Mia.. Dia ni ok la.. Best gak kawan ngan dia.. Padanlah ramai yang suka kawan dengan dia. Ok la, sebab dialah yang hadir dalam kedukaan kawe hari tu, dia sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesedihan... Terima kasih.. :)


Comelkan 'panda' saya? Nice picture with nice person.. Hehehe... Dia buat profile picture kat Facebook taw gambar ni, walaupun diriku tak hensem.. Huhu..

Ok la, dah nak balik, dah tengah malam masa tu. Nasib baik esoknya masih cuti. Penat gak makan-makan tadi. Sempat la gambar-gambar terakhir lagi..


Cantik jugak malam-malam kat sini...

Kawe seorang yang kacak... :D


Selamat tinggal PICC..

1001 kenangan telah tercipta di PICC.. Lepas ni, takde dah Malam EMAS.. Kenangan zaman Asasi tercipta satu demi satu. Tinggal sebulan sahaja lagi tempoh pembelajaran di PASUM, dan sebulan sahaja lagi untuk bersama rakan-rakan di sini. Kini, kawe menyiapkan diri untuk detik perpisahan pula. Sedih pula rasanya, bagai semalam baru berjumpa. 11 bulan berlalu begitu sahaja.. Ramai lagi yang tak sempat kenal. Apa-apa pun, kita bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah...

Insan kacak pada Malam EMAS sahaja,
Rashdan Roslan

Akhirnya Air Mata Itu Gugur Jua...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..


Sebenarnya kali ini bukan entri tentang malam EMAS, ok... Entri kali ini adalah lanjutan kepada entri yang bertajuk 'Tamparan Hebat', iaitu mengenai keputusan peperiksaan mid-sem 2...


Akhirnya setelah lama kawe pendam, akhirnya gugur jua air mata kesedihan dan kedukaan apabila mengenangkan keputusan yang baru diumumukan. Hati kawe tidak lagi seceria dahulu, dan tiada lagi taman di dalam hati ini. Yang tinggal hanya luka yang baru dan belum diketahui bilakah luka itu akan sembuh.




Kawe ada hak untuk menangis, dan bukan menangis itu melambangkan kelemahan. Bukan wanita sahaja yang boleh menangis, namun lelaki juga perlu menangis, untuk mengurangkan ketegangan minda, seperti yang kawe alami.


Namun, kawe beruntung kerana dikurniakan sahabat yang baik, satu sekolah dengan kawe dulu, iaitu D (bukan nama sebenar). Dia telah mengutarakan soal keputusan mid-sem baru ini. Dengan automatiknya, kawe berasa begitu sedih dan down.


Sedih kenapa? Sebab ramai orang yang melangkah ke depan, namun kawe, makin mundur ke belakang dan ketinggalan. Entah kenapa, usaha yang semakin giat kawe lakukan membuahkan hasil yang tidak memuaskan. Makin parah jadinya berbanding semester 1..


D ada berpesan, "Aku ingat lagi pesanan A (bukan nama sebenar) kat sekolah dulu. Orang beriman ni harus diingatkan. Mungkin Allah nak uji kau ke ape kan.. Tengok budak ni kuat semangat, nanti manalah tahu, Allah nak bagi idea yang mencurah-curah masa final exam.. Sekarang Allah uji kau dulu..."


"Kalau nak berdoa tu, kenalah kreatif sikit. Janganlah mintak nak dapat A je semata-mata. Mintaklah supaya diterangkan hati untuk menjawab soalan, dimudahkan urusan dan diberi idea semasa menjawab soalan."


"Kita sebagai kawan ni kenalah saling mengingati," itu lah madah D yang menyenangkan hati kawe. Terima kasih banyak, D.. Kawe ingatkan D tak pernah pedulikan kawe selama ini. Kawe ingatkan kawe ni seperti perigi yang mencari timba. Namun, hari ini telah membuktikan bahawa tak sia-sia kawe bermuka tembok selama ini, cuba untuk meraih perhatian dan pertolongan daripadamu wahai D. Mungkin kerana kawe tidak pernah berputus asa untuk berkawan denganmu. Kawe sungguh terharu apabila D memberi dorongan.. "Cool2 sudeyh!"


D, maafkan aku kerana telah tersalah anggap terhadap diri kau. Aku ingat kau tak peduli tentang aku. Aku ingat kau sombong dan tak ambik kisah pasal aku. Aku ingat aku je yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan kau. Aku ingatkan kau dah lupa akan pertolongan aku di sekolah dahulu. Sekarang, kau harus bantu aku. Hati aku dah rapuh. Kau pun dah lihat sendiri betapa rapuhnya hati aku. Aku rasa tak mampu lagi menggalas bebanan yang sangat berat ini. Aku amat memerlukan bantuan daripada kau sekarang, sebulan sahaja lagi. Kalau kau dapat bantu aku, kau akan aku kenang sampai bila-bila, sebagai seorang sahabat yang menyelamatkan hidup aku.


Anda semua kena faham, pointer di PASUM sangat penting, kerana akan menentukan masa depan pelajar. Kalau dapat bawah 3.5, macam mana nak ambik medic.. Banyak IPTA yang perlukan pointer yang jauh lebih tinggi. Itulah yang kawe sedang fikirkan dan renungkan. Fikiran berkecamuk dan kusut.


Kawe rindu diri kawe sewaktu SPM dahulu. Entah ke mana hilangnya diri kawe seperti dahulu. Ke mana hilangnya Rashdan yang kompetitif? Ke mana hilangnya Rashdan yang kuat semangat? Ke mana hilangnya Rashdan yang tak mahu kalah? Ke mana hilangnya semua itu? Jawapannya, kawe pun tak pasti. Itulah yang kawe kesali. Ke mana kawe nak letak muka lepas ni? Keluarga dan rakan-rakan mengharapkan sesuatu yang besar daripada kawe, namun kalau kawe tidak dapat melunaskan harapan mereka, kawe tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada diri kawe. Semangat itu sudah hilang.


Air mata yang tersimpan tidak dapat dibendung lagi. Tepat jam 12.00 tengah malam, 7 Mac 2011, lerailah segala kesedihan dan kedukaan. Apa yang kawe mampu lakukan, hanya mampu meratap kesedihan, mengenangkan masa hadapan yang belum pasti. Ya Allah, kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan hambamu ini dalam menempuh kehidupan ini yang mencabar... Kuatkanlah semangatku dalam menuntut ilmu ke jalan yang diredhaiMu..


Hamba Allah yang berhati rapuh,
Rashdan Roslan