10 Feb 2011

Dahsyat!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Di bawah ini, ada video tentang kemalangan yang berlaku 3 minggu lepas, kalau kawe tak silap, di Kota Bharu, Kelantan. Kejadian ini berlaku di simpang empat berdekatan Kamdar, Bank Islam dan Bank CIMB.





Sudahkah anda meneliti video tersebut? Pada pendapat anda, apakah punca kecelakaan tersebut?

A. Pemandu itu mabuk.
B. Brek kereta gagal berfungsi.
C. Pemandu gagal dalam percintaan.
D. Jalan licin.
E. Pemandu itu adalah Michael Schumacher.

Mengikut sumber yang sangat boleh dipercayai, iaitu abah kawe, yang merupakan seorang polis trafik di Kota Bharu, kejadian ini berlaku kerana, B. Sudah jelas bahawa kereta itu hilang kawalan. Kalau tak, takde nye mengelak macam tu, tapi yang kasihan, penunggang motosikal yang melambung itu.


Pada mulanya, ada seorang hamba Allah ini mengatakan bahawa C. Namun, setelah bertanya kepada abah, jawapan itu tak boleh pakai langsung! Pandai je buat spekulasi. Aduh.. Mati-mati kawe percaya dengan jawapan C. Nasib baik tak cerita kat orang lain. Abah lebih tahu..


Kemalangan ini boleh dikatakan sebagai sangat bahaya, kerana berlaku di pusat bandar, yang mana jalan begitu sibuk.  Lebih kurang 14 buah motosikal yang diparkir di hadapan Kamdar telah mengalami kerosakan kerana impak kemalangan itu. Bilangan kereta tak pasti pula.. Huhu..


Jawapan E tu memang tak relevan sangat. Michael Schumacher pun tak power macam dulu dah, sebab dah tak dapat kereta yang hebat, dan mungkin dia dah tua kot.


Kesimpulannya, berhati-hati di jalan raya. Janganlah kita menjadi sebahagian daripada statisitik kemalangan di Malaysia, yang agak tinggi. Teringat pula kata Adira AF8 di radio ERA, "Mahukah kita dikenali dengan statistik sebegini?" Tak nak kan? Jadi, jaga diri baik-baik di jalanan, semoga perjalanan anda dilindungi oleh Allah S.W.T.




Kepada yang baru dapat lesen kereta tu, bawak kereta elok-elok. Ingatlah orang yang tersayang.. (macam iklan lak... huhu..). Kepada yang tak dapat lesen lagi tu, kalau anda kantoi dengan polis atau JPJ, memang padan muka anda. Hehe.. Zalim lak rasanya keluarkan statement ini, tapi takpe kot, demi menyedarkan anda semua. Kalau statement tu kasar, maaf ya.




Nukilan si anak polis trafik,
Rashdan Roslan

6 Feb 2011

Objek Merah Bernama................................

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..

Objek merah? Apakah itu? Sebenarnya objek itu adalah..... Tengok bawah..































































BENDA INI!!!!!!!


Kawe balik KL malam ni, naik bas tu, trip M11.. Bertolak jam 9.30.. Doakan keselamatan kawe ya..

Mungkin akan lewat sedikit, sebab bukan kawe je yang nak ke KL tu.. Tapi tak mengapa, rasanya sempat sampai kolej sebelum pukul 10. Kalau tak, memang matilah.. Esok kuliah pukul 10 pagi..

Semoga kita dapat bersua lagi dengan entri yang lebih menarik daripada kawe pada masa akan datang!

Rashdan Roslan

3 Feb 2011

Di Mesir, Di Malaysia....

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Meskipun agak terlambat bagi kawe untuk menulis entri kali ini, namun tak bermakna kawe tidak peka akan isu semasa. Hati tersentuh dan minda selalu memikirkan nasib rakan-rakan dan insan yang berada di Mesir dan juga di selatan tanah air, kerana mereka kini ditimpa musibah yang berbeza.






Insan yang berada di Mesir kini dalam kebimbangan dan kegusaran kerana rusuhan dan keganasan yang berlaku di sana. Hal ini berpunca daripada kebangkitan rakyat Mesir yang ingin menggulingkan pucuk pimpinan negara itu, yang dikepalai oleh Presiden, Hosni Mubarak. Beliau sudah 3 dekad berada di takhta pemerintahan. Punca sebenar penentangan mereka ada dinyatakan di pautan INI. Pelbagai kesengsaraan dilalui oleh insan yang berada di sana, seperti harga makanan yang naik melambung (secawan air kopi berharga RM200!), talian internet dan telefon disekat, dan rompakan yang berleluasa. Di sini, kawe ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah serta syabas kepada Kerajaan Malaysia kerana mendengar suara hati rakyat supaya membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Mesir, di sebalik kritikan dan cemuhan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan.






Kepada mereka yang berada di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang (tengah dan selatan) pula, lain bentuk musibahnya. Allah menguji mereka dengan bencana banjir. Kini, puluhan rakyat di empat buah negeri itu berada di pusat pemindahan. Hujan lebat luar biasa sehingga mencecah hampir 400mm dalam masa sehari sahaja menyebabkan paras air sungai di sana naik dengan mendadak. Keadaan ini menyebabkan banyak harta-benda tidak dapat diselamatkan. Ada sesetengah kawasan dilanda banjir lebih teruk daripada banjir besar pada tahun 2006.


Kepada mereka yang ditimpa bencana ketika ini, harap bersabarlah dan redha dengan ketentuan daripada Allah yang Maha Besar. Ketahuilah bahawa bencana itu adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T. kepada hambaNya untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita terhadapNya, dan juga salah satu bentuk 'kafarah' dosa (penghapusan dosa yang lalu). Nabi Muhammad s.a.w bersabda : 


“Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baru – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya”. (Anas r.a)


Kuatkanlah keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T., semoga kita dikasihi dan diredhai olehNya senantiasa. Kepada rakan-rakanku yang ditimpa musibah, harap kalian sabar dan semoga kalian jaga diri baik-baik. Ramai yang sayang akan diri anda. 
Kawe menanti khabar berita daripada anda semua. Ingat pesanan kawe! :)


Rashdan Roslan