Memaparkan catatan dengan label malu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malu. Papar semua catatan

29 Jun 2011

Charlie Angels...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Tajuk ni takde kena-mengena pun dengan entri yang aku nak tulis ni. Haha.. Ade la kena-mengena sikit. Aku nak perkenalkan korang dengan salah seekor serangga yang berbahaya kepada kita, iaitu........

Charlie

Ni dia biodata pasal serangga lahanat nih. (Aku copy je dari Encik Google ni...)


CHARLIE @ ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE
Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta, Order : Coleoptera,  Famili : Staphylinidae
Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies


Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Walaupun charlie ni nampak macam ganas je, tapi sebenarnya ada kebaikan jugak. Charlie bantu mengawal serangga perosak padi, sebab charlie ni serangga karnivor, yang memakan, menelan dan mentekedarah serangga-serangga lain yang lebih kecil. Kalau masa musim hujan atau banjir, selalunya charlie akan bermigrasi ke kawasan yang lebih kering.

Kenapa aku tulis pasal ni? Sebab aku dah banyak kali jadi mangsa serangga durjana ni. Haha... Memang teruk la kesan sentuhan dengan charlie. Tak caye? Tengok gambar-gambar ni.. Tapi ni semua pun aku amek dari Encik Google jugak. Letak gambar aku nanti, karang nanti korang fobia pulak. Haha...


Sakit!!!

Masa form 2, aku pernah kena kat muka, memang malu sakan ah nak pegi sekolah. Tapi alhamdulillah, cepat pulih la... Bengkak tau tempat yang kena tu. Parut charlie ni bukan senang tau nak hilang. Dah la parut yang ditinggalkan tu buruk giler! Apakah dosa aku yang tidak bersalah ni, dirembesnya bisa ke kulit aku. Aduhai... Yang latest ni, bulan lepas, aku kena kat siku dengan kat tangan aku sikit. Sekarang ni baru pulih sepenuhnya. Lama tak lama nak bagi elok tu. Pedih, panas dan sakit la tempat yang bengkak tu. Seriously. Kawan-kawan aku kat UiTM Puncak Alam mesti tahu kan pasal ni??

Kalau korang nak kurangkan risiko, korang kena...
1. Jangan duduk dekat sangat dengan lampu.
2. Mimimumkan pencahayaan.
3. Tutup pintu dan tingkap kalau berlakunya epidemik serangga ni, sebab jumlah serangga masa epidemik memang... OMG! Banyak....
4. Kalau dah tersentuh, basuh dengan air dan jugak sabun.
5. Kalau dah terkena, pegi jumpa doktor cepat!!!

Susah la kan hidup kalau korang fobia sangat dengan charlie ni. Rilek la, aku dah banyak kali kena, cool je. Hati-hati la korang eh.. Kalau ye pun takut dengan si charlie ni, jangan la tidur pun pakai baju besi. Haha..

Setakat ni je perkongsian untuk kali ni, harap anda mendapat manfaat.. Sekian, terima kasih kerana membaca dan menambah pageviews blog ni. :)

Mangsa gigitan charlie,
Rashdan Roslan

19 Feb 2011

Malu Atau Ego?

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Entri kali ini ialah rentetan daripada entri yang bertajuk 'Hati Terluka'. Alaaa, yang pasal X (bukan nama sebenar) tu...


Secara teorinya, kawe dengan X dah baik semula, tapi tak pernah bercakap lagi. Kawe pun tak tahu kenapa. Adakah ini perasaan malu? Atau ego kawe yang lebih? Atau ego X yang menyebabkan kami belum mampu bercakap?


Mungkin kerana malu atau segan daripada pihak kawe. Shy-shy cat lah. Sukar apabila berada dalam situasi sebegini. Bukan apa, takut ada yang terguris perasaan dan terluka hati lagi. Namun, kawe harus mencari kekuatan untuk menangani perkara ini. Apa yang nak dilakukan? Biar kawe tentukan sendiri. Kawe bersedia untuk menjaga hatimu.


Di sini, kawe ingin mengambil kesempatan untuk berterus terang. Kerekahan persehabatan kita, kawe sudah nampak lama dah, mula daripada awal semester 2, iaitu apabila ingin memilih kumpulan presentation English. Terkilan sungguh rasa hati apabila kawe tidak dijemput sekalipun. Malah, orang lain pula yang di'stand in' bagi pihak kawe, di mana sangat mengecewakan! Totally sakit hati dan rasa ingin saja melarikan diri daripadamu. Allah je yang mengerti perasaan kawe ketika itu. Di situ, kawe mula berjauh hati denganmu. Namun, jauh sekali bagi kawe untuk berdendam. B (bukan nama sebenar) pula nampaknya seolah-olah telah mengambil alih tempat kawe di sisimu dan juga A dan C.






Meskipun hati luka, namun tetap digagahi hati ini untuk bertegur denganmu, namun reaksi yang ditunjukkan semakin hambar dari hari ke hari. Begitu juga dengan roomatemu, si M (bukan nama sebenar). Senyuman yang diberi pun nampak macam palsu je. Maafkan jika kawe tersilap tafsir. Setelah direnungkan, silap kawe juga, kerana sudah lama tidak menegur kalian, terutamanya M, kerana jarang kali kita berjumpa. Namun, janganlah kawe dihukum sebegini rupa, kerana hati kecil kawe ini sukar untuk menampung dugaan yang besar, terutamanya daripada seorang yang bergelar wanita.


Maafkan kawe jika ada salah dan silap ok. Kawe dibebani dengan pelbagai masalah dan dilema kini. Murahkanlah hatimu untuk meringankan beban yang kawe tanggung, salah satunya, selesaikanlah masalah ini. Inilah risiko yang harus ditanggung apabila kawe ingin bersahabat dengan cenderawasih di kayangan. Siapalah kawe ini bagimu, mungkin seperti gagak di jalanan.


To X: If you is really merciful to me, then you should know what to do regarding on this entry, okay? I really want to be a close friend to you again.

Luahan rasa derita jiwa,
Rashdan Roslan