Memaparkan catatan dengan label kisahdanlagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisahdanlagu. Papar semua catatan

20 Mei 2012

Kisah & Lagu #5 : Berlari

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!



Maafkan aku, dah 2 minggu segmen ni terbengkalai, kerana kesibukan dunia.. Faham-faham la yer, saya pelajar medik.. Jadi, lagu yang bertuah untuk dimasukkan dalam segmen 'Kisah & Lagu' kali ni adalah lagu 'Berlari' nyanyian Tomok.




Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu

Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu

Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu

Apakah memori aku di sebalik lagu ni? Sebenarnya aku masih ingat lagi, lagu ni sangat famous masa tahun 2010, iaitu masa aku berusia 18 tahun. Detik yang paling aku ingati, lagu ini tiba-tiba terpasang di radio ERA, semasa aku dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Kuala Lumpur, untuk menghadiri Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang. Ketika itu, aku berada dalam kereta MyVi yang dipandu oleh seorang rakan yang bernama Amar Zharif bin Ahmad Marzuki, atau aku lebih selesa panggil beliau sebagai Amar. Beliau ada kat Jordan sekarang ni, belajar dalam bidang Pergigian, di JUST. Sambil borak-borak dengan beliau yang dah lama nak mendaftar kat INTEC dan akan fly ke Jordan 3 bulan kemudian.. Dipendekkan cerita, pada waktu itu, keluarlah lagu ni. Beliau pun kata lagu ni best. Hehehe.. :D

Ini adalah salah satu lagu kegemaran aku pada tahun 2010. Sampai sekarang pun aku suka lagu ni. Ada lagi memori lain tentang lagu ni. Aku suka bahagian korus lagu ni, rasa semangat pun ada. Aku tak fokus bahagian cintan-cintun, sebab aku masih belum berpunya. Haha... Tapi sedang mencari la ni..

Secara umumnya, walaupun tanpa insan yang tersayang di sisi, namun kejarlah cita-cita yang kita hajati itu. Walaupun kekurangan daripada segi dorongan dan semangat, jangan sesekali patah semangat. Namun, jika ada sokongan dari orang yang tersayang, pastinya lebih baik bukan? :)

Sekian sahaja ruangan ini untuk minggu ini. Semoga dapat menulis lagi entri ini pada minggu hadapan.

29 Apr 2012

Kisah & Lagu #4 : Standing In The Eyes Of The World

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!




Kali ni, segmen Kisah & Lagu menampilkan lagu "Standing In The Eyes Of The World" dendangan ratu rock Malaysia, Ella.




Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Lagu ni banyak kenangan kepada aku. Lagu ni banyak digunakan di kem atau kursus motivasi untuk menaikkan semangat para peserta program. Banyak program yang aku sertai, tapi lagu ni tetap tak bosan. Lagu ini jugak lagu kegemaran rakan karib aku, Khairul Amin. Alhamdulillah, beliau pun sedang meniti perjalanan untuk 'standing in the eyes of the world'. Aku percaya yang dia akan jadi orang yang hebat satu hari nanti.

Untuk pengetahuan korang jugak, lagi ini juga merupakan lagu rasmi untuk Sukan Komanwel 1998, di Kuala Lumpur. Masihkah korang ingat? Masa tu aku kat tadika lagi, umur baru 6 tahun. Sebenarnya lagu ni ada dua versi. Versi Bahasa Melayu dinyanyikan oleh Ella, manakala versi Bahasa Inggeris pula oleh David Gates. Namun, pada pendapat aku, versi Ella lagi best! Mungkin sebab lebih sinonim kepada aku dan kerap didengar, tapi versi Bahasa Inggeris pun boleh tahan. Yang penting, kedua-dua versi membawa misi yang sama - membakar semangat.

Kebetulan pula, minggu ini, kami (pelajar perubatan USM-KLE dan USM tahun pertama) akan menghadapi peperiksaan Selanjar 3. Kalau dulu-dulu, sebelum ke dewan peperiksaan, aku mesti dengar lagu ni kat bilik. Sekarang pun aku masih meneruskan amalan itu. InsyaAllah, dengan semangat, dorongan dan iringan doa, sama-sama kita menempuh peperiksaan kali ini dengan gemilang dan cemerlang.. Doakan kami semua!

Sekian dahulu segmen Kisah & Lagu pada minggu ini. Minggu hadapan, mudah-mudahan dapat aku berkongsi lagi dalam segmen ini.

23 Apr 2012

Kisah & Lagu #3 : Melati Di Tapal Batas

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Oleh kerana sedikit masalah, segmen Kisah & Lagu ini terlewat sehari. Namun, untuk minggu ini sahaja segmen ini di'post' pada hari Isnin yer. Minggu depan, kembali semula pada hari Ahad.


Lagu yang bertuah untuk dimasukkan dalam segmen ini pada minggu ini adalah lagu 'Melati Di Tapal Batas', nyanyian J. Mizan.




Engkau gadis muda remaja
Bagai sekuntum melati
Engkau semboyan jiwa raga
Di tapal batas berbakti

Engkau dinamakan srikandi
Pendekar putih sejati
Engkau turut jejak pemuda
Turut mengawal negara

Oh pendekar putri nan cantik
Dengarlah panggilan Ibu
Sawah ladang rindu menanti
Akan sumbangan baktimu

Duhai putri muda remaja
Suntingan kampung halaman
Kembali ke pangkuan Bunda
Berbakti kita di ladang

Oh pendekar putri nan cantik
Dengarlah panggilan Ibu
Sawah ladang rindu menanti
Akan sumbangan baktimu

Duhai putri muda remaja
Suntingan kampung halaman
Kembali ke pangkuan Bunda
Berbakti kita di ladang


Apa kenangan aku di sebalik lagu ni? Sebenarnya lagu inilah lagu pertama yang aku nyanyikan secara solo. Aku pun tak tahu sebenarnya yang aku ada jugak bakat sikit walaupun tak hebat, dalam bidang nyanyian. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2008, semasa aku tingkatan 4. Aku dijemput untuk buat persembahan pada Malam Ambang Kemerdekaan di sekolah pada masa tu.

Masa ni kurus lagi :D
Sebenarnya, pada mulanya aku bertanding untuk mewakili rumah Bendahara dalam pertandingan Bulan Kemerdekaan. Alhamdulillah, aku dapat nombor 2, di belakang Hafiz Zainal, sensasi baru YouTube. Tak sangka pulak dapat nombor 2. Aku mana pernah menyanyi sebelum ni. Hasil latihan dalam bilik air kot. Hehe.. 

Apa-apa pun, lagu inilah yang membuat aku lebih mengeksplorasi minat aku dalam bidang nyanyian. Akhirnya, aku banyak meraih keyakinan diri hasil daripada membuat persembahan di atas pentas. Ada la beberapa kali aku diundang untuk buat persembahan, tapi aku tak sepopular dan tak sehebat Hafiz Zainal. Bakat yang aku ada ni suam-suam kuku saje :)

Baiklah, setakat ini dahulu segmen Kisah & Lagu untuk kali ini. Bertemu lagi di minggu hadapan, insyaAllah.

15 Apr 2012

Kisah & Lagu #2 : Memori Tercipta

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Minggu ni, aku nak berkongsi kenangan tentang lagu lain pulak, iaitu lagu "Memori Tercipta" dendangan Shila Amzah. Apa kenangan aku di sebalik lagu ni?








Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya


Aku dengar lagu ni untuk kali pertama kat sekolah dulu, masa tingkatan 5. Lagu ni dibuat sebagai lagu latar untuk video kenangan kami di Tingkatan 5. Ini videonya:



Sejak itu, bila aku terdengar je lagu ni, aku terus teringat dekat video yang kat atas tu. Serta teringat kepada kehidupan aku di sekolah dulu. Rindu pulak. Lirik pun touching pulak tu.

Kalau aku pandai buat video, mesti aku dah buat video, untuk kawan-kawan yang telah lama aku tinggalkan, seperti rakan-rakan seangkatan di SK Ismail Petra 1, SMK Ismail Petra, SMS Alam Shah dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Kalau dah lama tak berhubung tu, bukan tandanya aku tak ingat korang semua, cuma adalah sebab-sebab tu, macam kekangan masa dan kesibukan yang berpanjangan. Cukuplah sekadar aku kenang korang dalam doa aku. :)

Setakat ini dahulu perkongsian aku untuk minggu ini. Tunggu entri yang akan datang pula. Kisah & Lagu hari Ahad nanti, akan kembali lagi, insyaAllah..

8 Apr 2012

Kisah & Lagu #1 : Terima Kasih Semua

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Mulai minggu ini, setiap hari Ahad, aku akan buat segmen 'Kisah & Lagu', setiap hari Ahad, setiap minggu. Segmen ni bertujuan untuk mengimbau kenangan dahulu kala, yang berkaitan dengan lagu. Mesti kita ada kenangan di sebalik lagu-lagu yang kita dengar setiap hari kan? Di sini, ruang untuk aku berkongsi dengan seantero dunia tentang cebisan kenangan aku, di samping mempelbagaikan isi kandungan blog ni..

Baiklah, lagu pertama yang bertuah untuk dimasukkan dalam segmen 'Kisah & Lagu' ini adalah lagu Terima Kasih Semua, dendangan kumpulan The Official.




Saat ku terjaga
Redupku merenungnya
Senyuman tercipta
Dan sudah ditawan
Segala cabaran
Segala dugaan
Dan sudah dirasa
Sudah dibina
Impian kita
Di puncak dunia
Di sini kita akhirnya sampai jua
Tapi semua hanyalah
Sementara, sementara
Tiada yang kan kekal selamanya

Terima kasih semua
Syukurku pada yang Esa
Kernaku masih berdiri
Sendiri
Untuk diri ini
Telah ku katakan semua
Telah ku tunaikan semua
Tibanya masa untukku
Bersama diriku
Untuk diriku

Terima kasih semua
Ke atas segala warna
Syukurku pada yang Esa
Ke atas semua saat bersama
Telah ku kotakan semua
Ku berikan segalanya
Dan kini tiba masanya untuk kita berpisah

Apakah nostalgia lagu ini kepada aku? Sebenarnya lagu ni dinyanyikan beramai-ramai oleh 263 orang di sebuah acara. 263 orang ini, termasuk diri aku sendiri, adalah pelajar batch ke-6, Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Kuala Lumpur. Lagu ini dinyanyikan semasa acara Makan Malam Nostalgia Abadi untuk kami.

Kelihatan sebahagian para Sa[VI]Our sedang menyanyi.
Alhamdulillah, walaupun berpisah, namun kami semua masih berhubung menerusi teknologi yang ada. Namun, ada juga yang menyepikan diri. Tak tahu la pulak kenapa.. Cuma, aku rindu jugak untuk berkumpul ramai-ramai macam dulu.. Takpe la, kita dah ada kehidupan masing-masing kan.. Semoga kita semua beroleh kejayaan walau apa jua bidang yang diceburi, insyaAllah..

Sekian dulu untuk kali ni.. InsyaAllah segmen ni akan kembali lagi minggu depan..