Memaparkan catatan dengan label asrama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asrama. Papar semua catatan

16 Jun 2013

Sedekad ASiS Terbilang

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Entri kali ini didedikasikan khas untuk sekolahku yang tercinta, iaitu SM Sains Alam Shah.

SM Sains Alam Shah, atau lebih dikenali dengan nama ASiS, terletak di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, WP Kuala Lumpur. Di sanalah aku mengenal erti kehidupan di asrama, hidup jauh dari keluarga, keluar dari zon selesa. Mengajar aku berdikari. Mengajar aku mengenal diri sendiri.

Kreatif | Inovatif | Produktif

16 Jun 2003 merupakan tarikh penubuhan ASiS. Bermula dengan hanya beberapa guru perintis dan bilangan pelajar yang sedikit untuk batch perintis, kini ASiS semakin gah bertapak di bumi bertuah tersebut. Di atas tapak tinggalan Sekolah Sultan Alam Shah yang kini telah berpindah di WP Putrajaya, ASiS semakin hebat membina legasinya sendiri. Dengan program pengantarabangsaan yang dijalankan setiap tahun, ASiS semakin dikenali dalam kalangan SBP. Tak dilupakan, kehebatan pasukan zapin dan caklempong ASiS yang sering diundang untuk membuat persembahan.

Kini, setelah 10 tahun, ASiS telah mengecap pelbagai kejayaan, tak kira dalam bidang akademik mahupun ko-akademik. Terbaru, ASiS telah layak untuk ke peringkat akhir dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri untuk kedua-dua kategori (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Untuk rekod, ASiS pernah memenangi Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (Kategori Bahasa Inggeris) pada tahun 2007.

Sempena 10 tahun ni, seronok jugak kalau berkongsi sedikit kenangan sepanjang 2 tahun di ASiS. Sedikit je la.. Kalau nak banyak lagi, tengok entri-entri sebelum ni deh, ataupun stalk akaun Facebook aku. Hehe..

Bersama rakan-rakan 4 Gigih (2008)
Riang ria menjelang SPM
5 Dinamik (2009)
Kem Rehat Minda di Glory Beach Resort, Port Dickson
Bersama rakan sekelas masa Makan Malam Nostalgia Abadi

Ambik gambar kat Dewan Makan? Pun boleh :D
Anak sape la ni menyanyi pakai bendera ni? Hehehe..
Gempur Biru Gempur! Bendahara Juara!
Nasyid jap. :D
Bumi bertuah ASiS

16 Jun 2013, genap 10 tahun penubuhan ASiS. Sambutan Sedekad ASiS Terbilang pun nampak meriah, berdasarkan gambar yang dipos di Facebook dan Instagram. Andai saja aku di Malaysia, pasti aku ke ASiS untuk sama meraikan, namun berpijaklah di bumi yang nyata. Kekangan jarak dan masa membuatkan aku hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Jangan risau, ASiS sentiasa di hati.


Sebagai OASiS, harapannya agar ASiS akan kekal sebagai salah satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terulung di Kuala Lumpur, Zon Tengah dan di Malaysia. Semoga kejayaan sentiasa bersama ASiS. Dah dekat 2 tahun tak singgah kat sekolah ni. Kena singgah rasanya masa balik cuti nanti. Rindu sangat. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menahan homesick. Eh, kantoi :D

Sekian dulu untuk kali ini, terima kasih kerana sudi membaca =)

17 Nov 2012

Masa Tak Patah Kaki Lagi

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Terjumpa video lama kat YouTube, iaitu video Cheers Rumah Bendahara ASiS 2009. Yang penting, aku ada dalam ni. Hehe.. Dan yang penting, aku tak patah kaki lagi masa ni, dan lebih kurus berbanding sekarang. Almaklumlah, duduk asrama lah katakan. :D

Dah, malas nak cakap banyak, korang klik je play kat bawah ni.....



Dulu, setiap Selasa, masa perhimpunan rumah sukan, akan selalu nyanyi lagu rasmi rumah Bendahara dengan Brother's Anthem. Brother's Anthem ni adalah cheers yang paling gempak antara rumah sukan, walaupun ada yang sukar untuk mengakuinya. Terima je lah hakikat. Hehehe :D

Terasa rindu pulak pada zaman macam ni. Namun, apakan daya, masa tak akan kembali. Tinggal kenangan semata-mata. Apa-apapun, memori itu tetap abadi dalam ingatan, dan juga di YouTube

Zaman sekolah dulu. Hehehe :D

Bersama rakan seangkatan Bendahara..

B.I.R.U. Biru!

Setakat ni dahulu entri yang ringkas ni. Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

notakaki : tunggu kaki aku pulih dulu baru boleh buat Brother's Anthem.. 2 bulan setengah lagi :D

19 Jun 2011

8 Tahun... ASiS

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


16 Jun 2003, menyaksikan penubuhan sekolah yang bernama Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Nama glamour dia ASiS.... :)


Selamat ulang tahun penubuhan ASiS yang ke-8! [sori la, lambat sikit wish ni]


ASiS ni, SBP yang ke-54 yang diwujudkan kat Malaysia... Mengambil alih tempat SAS yang berpindah ke bangunan baru di Putrajaya... ASiS ni kerap kali terconfuse ngan SAS... Tengok perbezaannye kayh!


ASiS - Sekolah Menengah Sains Alam Shah
SAS - Sekolah Sultan Alam Shah


[tapi ASiS lagi top kowt!]


12 Februari 2008, tarikh rasmi aku menjadi salah seorang warga ASiS... Dari situ, banyak memori yang tercipta...


Ni kelas 4 Gigih 2008! Takde sape yang keluar dari kelas ni!!

Ini kanak-kanak ribena! :D

Kanak-kanak riang!!!

Malam Ambang Merdeka 2008.. Aku buat persembahan...

Perghhh.. Aku menyanyi lak! Ni persembahan solo aku yang pertama dalam sejarah hidup aku... Walaupun masa pertandingan dapat nombor 2 je.. hahaha

ASiS menang Debat Kemerdekaan kat RTM!

5 Dinamik 2009!

Masuk nasyid.. Wakil rumah je.. Dapat nombor 2...

Jogathon ASiS.. Lari jangan tak lari!!

Ezylnn pun datang ASiS taw, siap berduet ngan Pengetua lagi... Ni masa Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang 2009..

Ini kelas aku (5D) masa pegi tengok F1...

Cikgu memeriahkan Hari Guru 2009..

Ku menyanyi lagi.. Hehe..

Ini mase Kem Rehat Minda kat PD...

Gambar kenang-kenangan....

Dorm aku.. 2A3!

Pernah menjadi tatapan suatu ketika dulu..

Kegirangan kanak-kanak ASiS beratur di Dewan Makan.. :D

Sederap Meluru Memburu 10A+!

Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia...

ASiS menyimpan 1001 kenangan yang insyaAllah baik-baik belaka... Aku tak pernah la pulak kena hukum ngan warden... Alhamdulillah.. Betul kata warden, "Kalau korang tak cari pasal  dengan kitorang, kami pun takkan cari pasal dengan korang." Tanah ASiS sangat bertuah, sebab saban tahun, ramai pelajar cemerlang SPM dilahirkan... Tak pernah lagi terkeluar dari top 5 SBP sejak tahun 2005.. Power kan sekolah aku?


Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menahan homesick... Hehe.. ASiS telah memainkan peranan penting untuk aku dalam membentuk sifat ketabahan dalam jiwa aku. Aku kan stay kat Kelantan, jauh tu! Berjauhan dengan family pun tak pernah... Tapi aku cuba ambik ni sebagai satu peluang bagi aku untuk luaskan perspektif minda aku, dan aku nak keluar dari zon selesa.. Aku cuba percaya kepada diri, dan ianya berjaya! 2 tahun lengkap aku di ASiS... Bukan mudah untuk bertahan bila jauh dari rumah, beratus-ratus kilometer pulak jauhnye..


Tamatlah sudah perkongsian aku yang ringkas ni. Semoga ASiS terus maju jaya... Mudah-mudahan, ASiS akan terus mengekalkan kecemerlangannya... Aku sebagai OASiS turut berbangga dengan ASiS!


Tengok tuh, muka-muka bangga! :D

Kami batch ke-6... Sa[VI]Our

Logo batch kami!

ASiS tetap di hati, selagi mana hayat dikandung badan...


Sekian.

Sa[VI]Our-ian,
Rashdan Roslan