Memaparkan catatan dengan label UPU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPU. Papar semua catatan

27 Jul 2011

Ke Luar Negarakah?

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Hari ni... 27 Julai 2011, bakal menentukan kursus apa yang akan aku ambik lepas ni. Masalahnya, aku dapat dua tawaran kan. Pertama, ke UiTM Puncak Alam, kedua ke India, belajar medic, bawah USM. Semestinya, aku nak masuk medic, sebab cita-cita aku nak jadi doktor... Tapi, adakah hasrat aku tu akan berjaya? MARA yang bertanggungjawab, sebab MARA akan sponsor pengajian aku, 400 ribu tu untuk lima tahun! Kalau aku dapat MARA, aku akan ke India la jawabnya. Jadi, aku dapat tak ni? Tengok perkataan 'MARA' yang akan tertera kat bawah ni, sama ada MERAH atau HIJAU. Kalau merah, maknanya tak dapat la. Kalau hijau, maknanya dapat. (Macam rancangan Jangan Lupa Lirik pulak.. Haha.. Scroll la ke bawah ek. Hehe...)













































































MARA

Alhamdulillah... Allah makbulkan doa aku, keluarga, cikgu-cikgu dan kawan-kawan sekalian. Termakbul juga hasrat aku untuk dapat medic, dan ke luar negara. Untuk pengetahuan semua, aku dah lama padam hasrat aku ke luar negara, sejak masuk PASUM. Aku dah bertekad untuk belajar di Malaysia je. Dah lama pasrah dan redha dengan ketentuan Allah.  Tebalnya perasaan rendah diri sewaktu semester 1, sehingga merosakkan result sendiri, sebab masih sukar untuk terima hakikat pada masa tu, bahawa aku tak dapat ke luar negara. Tapi sedikit demi sedikit, aku meraih kekuatan dalam diri aku.. Berkat usaha sendiri dan bantuan kawan-kawan, alhamdulillah, aku berjaya bangkit semula pada semester 2, walaupun hanya sedikit peningkatan ditunjukkan. Kalau tiada peningkatan tu, tak mungkin aku akan dapat tawaran ke luar negara.


Kenapa tak mungkin? Sebab syarat untuk memohon ke program USM-KLE ni, memerlukan PNGK minimumnya 3.50, MUET Band 4. Semester 1, aku dapat hanya 3.44, tak layak kan? MUET aku dah Band 4.. Tapi, aku masih tak berputus asa.. Sebelum peperiksaan semester 2, aku memohon untuk program tu. Aku tak menaruh harapan tinggi, dengan niat, nak test power je. Aku sedar, pointer aku tak seberapa. Tapi, aku masih tak berputus asa. Keputusan semester 2, aku dapat PNGK 3.55. Tak la segempak kawan-kawan lain di PASUM, yang ramai jugak kawan baik aku dapat 4.00. Sedih jugak la, tapi nak buat macam mana, aku pasrah je. Aku dah berusaha sedaya-upaya, dah banyak kudrat, keringat yang digunakan. Ada kalanya, air mata ada sesekali menitis, bukan tanda putus asa.


Result yang biasa sahaja tu menyebabkan aku terlupa bahawa aku pernah mohon program tu. Sehinggalah pada suatu hari, awal bulan Julai, pihak USM hantar SMS kat aku, kata aku dapat temuduga. Sekali lagi, apabila dapat tahu, aku takde la gembira sangat, sebab aku tahu result aku biasa-biasa saja. Kalau dapat tu, kira macam rezeki dan keajaiban la. Aku pun berniat pada awalnya, nak ke temuduga tu, untuk mengutip pengalaman temuduga. Lagipun, apabila aku tengok kos belajar kat sana, dalam 400 ribu hengget Malaysia untuk lima tahun, aku rasa macam serba salah. Kalau takde tajaan, nak pergi macam mana. Family aku bukannya kaya pun.


Sehinggalah pada hari temuduga tu, aku diberi borang pinjaman pelajaran MARA, di situ mula terbitnya harapan aku untuk program ni. Ibarat mati hidup semula. Ibarat bakal diberi peluang kedua, setelah kegagalan untuk mencapai keputusan yang terbaik di PASUM. Harapan aku hanya satu, agar ditawarkan program tu.


Jumaat, 22 Julai 2011. Aku dapat tawaran dari UPU, ke UiTM Puncak Alam, kursus Optometri, iaitu pilihan ke-8 aku. Alhamdulillah, sangkut jugak, sekurang-kurangnya tak la kena lelong, macam ramai kawan aku kena tahun ni. Walaupun PNGK mereka lebih tinggi atau setara, ada jugak yang kena lelong. Sistem UPU tahun ni menimbulkan kemusykilan. Aku dah cukup bersyukur ditawarkan kursus Optometri. Tapi, ada kawan aku hantar mesej pulak, selang 5 jam kemudian, katanya suruh check keputusan interview hari tu. Aku check, dan alhamdulillah, dapat tempat di sana. Tapi, persoalan masih ada, MARA nak taja ke tak ni? Baru je sebelah kaki aku kat India kalau macam nih.


Dari hari tu hingga hari ni, aku tak henti-henti berharap agar pihak MARA sudi taja aku. Harapan aku bertukar menjadi realiti hari ni! Alhamdulillah, kalau dah rezeki tu tak ke mana. Mungkin Allah berikan ujian kepada aku masa asasi, nak suruh aku rasa macam mana berada di bawah, selalunya aku hanya berada di zon selesa aku je. Allah nak uji aku ni boleh sabar ke tak. Kesabaran aku tu berbaloi, aku tak pernah putus harapan. Terima kasih kepada keluarga, pensyarah, tutor dan kawan-kawan (nak sebut kat sini ramai sangat) yang beri dorongan kat PASUM dulu... Jasa anda akan aku kenang sampai bila-bila.






Ok, dah habis part serius. Jadi, tolak campur tinggal 44 hari sahaja lagi aku di Malaysia oh tanah airku ni.. InsyaAllah aku akan fly pada 9 September nanti kat KLIA, ke India, tapi daftar dulu kat USM Kubang Kerian, Kota Bharu (wahhhhh.. jauh 'sangat' dari rumah aku) nanti 6 September. Orientasi kejap je. Sape yang ada kelapangan tu, bolehlah datang kat sana, jumpa aku. Tapi kalau tak datang pun, aku faham. Masa aku nak fly tu, dah malam. Lagipun, ramai kawan aku yang baru je daftar kat U masing-masing, masuk ijazah... Tapi harap dapat jumpa korang untuk kesekian kalinya sebelum aku fly, ek?


44 hari ni akan jadi sangat sibuk untuk aku. Dari segi fizikalya, aku sudah sedia, dari segi mental pulak dah sedikit bersedia, dari segi materialnya belum sedia apa-apa lagi. Pasport, visa, barang-barang belum ada la... Macam mana tuh? Pening pulak kepala aku ni jawabnye. Tapi yang best, kena turun KL lagi, buat visa. Sambil menyelam minum air kan, so boleh jumpa kawan-kawan lagi yang stay kat sana... Boleh shopping raya sekali, mungkin. Nak kena melawat ASiS lagi, kena bagitau la cikgu-cikgu, nanti diorang merajuk dengan aku karang, tak pasal-pasal.. Hehe.. Cikgu aku dulu pesan suruh pergi sana dulu kalau nak fly.


Jadi, aku memohon kesempatan ni, nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku yang berjaya dapat program macam aku ni, dengan pesanan, JOM PEGI INDIA!

Bakal doktor,
Rashdan Roslan

26 Jul 2011

EPISOD 4 : Jelajah Lagi!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Episod 4, atau episod terakhir ni berkisarkan penjelajahan aku kat Perak pulak.. Dari Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, aku menuju ke Batu Gajah dan jugak Ipoh.. Tapi aku ke Batu Gajah dulu....


Aku naik KTM je pergi sana... Mula-mula, naik KTM Komuter dari KTM Seremban sampai ke KL Sentral.. Elok je masa Jen hantar aku kat situ, tren yang menghala ke KL Sentral pun sampai. Pandai kan kita timing, Jen? Haha.. Bergegas la aku berlari masuk tren. Fuhhh.. Kalau tak, tunggu lama sikit lah. Sejam setengah lepas tu, sampai la aku ke KL Sentral. Tunggu tren yang katanya pukul 2.56 petang tu.. Tengok2, pukul 3.20 petang baru sampai, 3.30 petang baru gerak. Panas je aku!!


Dalam tren tu, aku duduk sebelah sorang pak cik ni, nak pegi Batu Gajah jugak. Sembang-sembang sikit, aku kan pelancong. Hahaha... Sepanjang perjalanan, aku tak tidur, nak tengok pemandangan, dan jugak talut terlepas stesen. Tak pasal-pasal terlajak sampai Butterworth kang. Hehe... Macam-macam jugak jadi sepanjang perjalanan tu, macam kekecohan dalam tren sebab ade mamat ni naik tren tu, tapi tak bertiket. Ada jugak sorang aunty ni makan bubur durian dalam tren. Tau la tengah musim durian. Hehe.. Aunty, satu tren boleh tau aunty makan tau! :)


Maka, dalam pukul 5.40 petang, tibalah aku kat KTM Batu Gajah.. Ni kali kedua untuk aku ke Batu Gajah, dan menaiki KTM ke sana.


Stesen KTM Batu Gajah...

Dah sampai Kelantan ke? Haha... Kat Perak ada jugak nama tempat, KB... Tapi ejaan dia tu lain la..

Sekali lagi, aku mengunjungi kawan baik aku, yang dikenali dari kecik lagi, iaitu....



Nama dia Mohd Syamer bin Latef. Aku panggil dia Syamer atau Memer je.. Hehe.. Kitorang dulu satu blok masa kecik-kecik. Rumah aku tingkat 3, rumah dia tingkat 9. Satu kelas dengan aku sampai darjah 3, lepas tu pindah ke Paloh, Gua Musang.. Sejak tu, lost contact... Bulan 5 tahun lepas, dengan izin Allah, beliau terjumpa aku kat Facebook. Allah pertemukan kami semula, alhamdulillah. Ada rezeki lagi untuk teruskan persahabatan dengan dia, walaupun hampir 10 tahun terpisah. Tahu tahu je, dia dah pindah ke kampung dia, kat Batu Gajah tu la.. Hehe.. Kami memang ngam giler! Sekarang pun sama jugak, cuma terbatas dengan jarak je.. :)


Dipendekkan citer, pulanglah aku ke rumahnya.. Jerebu kuat jugak kat sana masa tu. Sembang, sembang, tau je dah Maghrib. Hehehe.. Malam tu, seronok, sebab dapat main game sama-sama, Need For Speed Most Wanted. Aku kalau game racing ni, memang tak dapat dipisahkan la. Sape menang? Aku la.. Hehe.. Online sampai malam, pastu tidur...


Paginya, extend tidur lepas Subuh, ngantuk la.. Semalam yg sangat penat.. Lepas panjat Broga, gerak dari Seremban sampailah ke Batu Gajah. Mencabar kan? Hehe.. Bangun je, dah pukul 11, lagi sejam nak tahu result UPU! Rumah dia la yang menjadi saksi bahawa aku dapat masuk UiTM Puncak Alam, course Optometri. Syamer pulak, dapat masuk UPM, course Major Kimia Petroleum. Sekalung tahniah buat kami berdua. Hehe... Sibuk giler melayan peminat kat Facebook, duk asyik tanye, "Dapat mane?" je...


Petang tu sebenarnya, nak panjat Gunung Keledang. Diorang kononnya nak buat suprise kat aku. Sekali, diorang pulak kena suprise. Hehe... Hujan pulak petang tu, so tak boleh pegi. Duduk je la kat rumah, balas komen.. Ada hikmah jugak, petang tu aku boleh check USM-KLE aku tu. Aku dapat! Alhamdulillah.. Maknanya aku ada peluang nak ke India, tapi kena tunggu sponsor MARA...


Seronok la dapat spend masa ngan Syamer, bukan selalu dapat jumpa. Tak pergi jalan-jalan sangat pun, aku tak kisah. Masa berkualiti bersama mereka lebih penting. Dipendekkan cerita lagi, esoknya, pukul 11.30 pagi, Syamer hantar aku kat Ipoh.. On the way tu, aku jumpa benda ni:


Cool kan, kat Batu Gajah, ada lagi yang guna kereta lembu...

Ipoh tu aku ke area Gunung Rapat, nak bertenggek kat rumah Zafiq kejap, sementara menunggu bas untuk pulang ke Kota Bharu pada malamnya..


Beliau terkenal dengan spek putihnya di PASUM.. Hehe... Aku masa hujung PASUM dulu baru kenal budak ni, selama ni tak pernah bercakap pun. Dulu segan nak tegur, ye dak? Haha.. Zafiq ni kawan dengan Amirul Asyraf, salah sorang kawan karib aku di PASUM.. Zafiq ni pun ada potensi nak jadi besties aku kalau dah kenal lama sangat. Seronok berkawan dengan beliau.


Kat Ipoh, aku pergi kat Jusco Kinta City. Ni kali ketiga aku sampai kat situ. Buat apa je kat sana? Jalan-jalan, cuci mata, makan kat Secret Recipe.. Kenangan Mengusik Jiwa... Haha.. Sape tak faham, sila rujuk entri bulan Mei 2011. Anda akan tahu.. Lepas tu, ke Burger King kat Gunung Rapat, makan-makan lah... Lepas ni yang best, buat segmen Terjah kepada Amirul Asyraf.


Beliau bekerja kat tempat ni:


TC IT Cafe tu...


Lepas tu, aku meluru masuk ke dalam CC tu, bertanya kepada beliau yang bertugas di kaunter. "Bang, nak PC sejam boleh?" Dia tengok lama-lama kat aku, then baru la tergelak-gelak. Hehe... Terkedu!!


Bang Bang BOOM!!! Hahaha... Seronok lak dapat melawat beliau. Seronok jugak bila tengok dia malu-malu. Hahaa...


Lepas sesi terjah-menerjah tu, balik rumah Zafiq sekejap, kat Taman Rapat Setia... Lepas tu, pergi Stadium Indera Mulia.. Ada IT Fair. Rugi 19 hengget di sana. Beli cooler baru. Ada la jugak cenderamata aku dari Ipoh.. Malamnya, pulanglah ke Kota Bharu.. Tiket pukul 10.00 malam, tapi ditakdirkan bas rosak, pukul 11.00 malam baru gerak. Dugaan... Paginya pukul 4.30, sampailah ke Kota Bharu...


Lengkaplah sudah siri jelajah... Dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat... Dari Kota Bharu, turun ke Pekan, Pahang. Lepas tu ke KL dan Seremban. Bukit Broga pun ditakluk. Lepas tu, dari Seremban, terus ke Batu Gajah dan Ipoh. Pulang ke rumah lepas tu. Kekurangan masa sebenarnya, sebab masa tu, masih terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, perjalanan tiada apa masalah kecil atau besar. Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama dan pertolongan, terutamanya Sufi (Jen), Syamer dan Zafiq, sebab bagi tumpang kat rumah. Ada rezeki, kita jumpa lagi! Siri jelajah ni takkan berhenti di sini sahaja. Nak jelajah tempat baru, dan kenal kawan-kawan baru!

Pengembara sejati,
Rashdan Roslan

16 Jul 2011

Antara Dua

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Kepala tengah kusut.... Nak fikir banyak perkara... Sebab hari ni, aku dapat.. Bukan satu, tapi dua tawaran sekaligus.


Tawaran 1:


UiTM - Optometri

Ok la, aku minat jugak optometri. Boleh bukak kedai spek mata... Aku sendiri pun pakai spek. Tak semestinya jadi ahli optometri je. Kalau rajin, boleh sambung master, PhD... Jadi lecturer pon boleh... Sampai tahap Prof.. Banyak lagi peluang lain bidang ni... InsyaAllah, kalau aku dah bekerjaya esok hari, aku nak gunakan keupayaan aku untuk kebaikan manusia sejagat. Mata adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.


Tawaran 2:


India (USM-KLE) - Perubatan


Perubatan dan ke luar negara memang impian aku! Takde tipu-tipu punya. Rasa macam mati hidup semula. Tapi kalau aku nak pergi ni, ada syarat. Kena dapat tajaan, dan aku apply MARA. Buat masa sekarang, keputusan tu belum lagi keluar, jadi yang ni masih samar.. InsyaAllah, kalau aku dapat tajaan, aku akan guna peluang kedua ni dengan sebaik-baiknya! Aku tak sangka yang rezeki dan nasib masih bersama aku, setelah mengharungi setahun asasi yang berkeputusan tidak memihak kepada aku.


Banyak perkara yang mengusutkan pemikiran. Tapi, insyaAllah akan diatasi Isnin ni, esok ngan lusa tak boleh, sebab kat opis tak keje... Tapi yang penting, kena fikir elok-elok... Masa depan ni!

Di persimpangan dilema,
Rashdan Roslan

14 Jul 2011

Years From Now

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Aku yang sedang mengembara dan merantau ni bukannya nak bercerita pasal siri jelajah aku lagi, tapi.... Nak cerita pasal keputusan UPU bagi lepasan Asasi / Matrikulasi yang akan keluar, ESOK, Jumaat, 15 Julai 2011.






Aku baru je dengar lagu nyanyian Aizat, Years From Now.




What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much
Sometimes it as scary over thinking
What you have or haven't at done
You think too much, you think too much
Will the rain smell the same
Will our losing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry
Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on
What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you
Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy

Emmmm... What will I be years from now? Akan ditentukan esok! Aku, secara jujurnya, spot untuk dapat:

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Doktor Veterinar

Good luck jugak untuk semua yang tunggu result esok! Semoga dapat apa yang dihajatkan...

Cuak sikit je,
Rashdan Roslan

25 Mei 2011

FASA 2, Kemaskini 1

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Aku dah kemaskini permohonan aku untuk UPU bagi fasa 2... Berdasarkan kemampuan dan minat aku...


PILIHAN
PROGRAM PENGAJIAN
Pilihan 1: UPM - PM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 2: UNIMAS - WM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 3: UiTM - ED00 PEMBEDAHAN PERGIGIAN
Pilihan 4: UiTM - EF00 FARMASI
Pilihan 5: UPM - PM01 DOKTOR PERUBATAN VETERINAR
Pilihan 6: UMK - LM01 IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN VETERINAR
Pilihan 7: UiTM - EM04 OPTOMETRI
Pilihan 8: UKM - KM04 IJAZAH SARJANAMUDA OPTOMETRI DENGAN KEPUJIAN


GUGUR:
1. UKM - KM00 DOKTOR PERUBATAN
2. UKM - KD00 DOKTOR PERGIGIAN
3. UKM - KF00 IJAZAH SARJANAMUDA FARMASI DENGAN KEPUJIAN

Ok tak agak2 ni? 3.55 jadi bekalan.. Yang atas-atas tu aku tak yakin dapat.. Kalau veterinar yang UMK, insyaAllah dapat, sebab dah tanya sendiri orang kat sana... Tapi masih tak putus harapan untuk dapat kat atas2 tu.. Bukanlah aku tak sedar diri, tapi rezeki di tangan Allah... Kalau dia izinkan, maka dapatlah... Tapi kemungkinan sangat tipis.. Aku perlukan keajaiban..



Dalam situasi macam ni, aku amat memerlukan sokongan.. Bukannya kata-kata yang boleh melunturkan lagi harapan aku.. Bimbingan dan tunjuk ajar haruslah diberi dengan berhemah, jangan sampai kecik hati aku... Ada pendapat? Komen la kat bawah.. Aku amat memerlukan pandangan korang, yang mungkin dapat mengubah perspektif aku... Cepat! Esok tarikh tutup kemaskini UPU!!!

Berazam untuk bangkit,
Rashdan Roslan

23 Mei 2011

Operasi Gugur Kursus!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Entri kali ni wujud hasil kesedaran aku, bahawa aku hampir pasti takkan dapat course yang aku idamkan.. Tapi never say never la kan? Memang la never say never, kang terus tak dapat tawaran, baru padan muka aku..


Jadi, aku berhasrat, ingin menggugurkan beberapa course yang aku minat, supaya harapan aku lebih bersinar cerah, dan akan digantikan dengan yang bersesuaian...


Untungla ade seorang kawan aku ni, buat aku berfikir supaya tukar course.. Tak bermakna tak buat medik, masa depan aku gelap.. Kan? Kat sidebar sebelah kanan tu, aku ada sediakan poll, untuk korang undi, course mana yang sesuai dan banyak peluang keje, yang bersesuaian dengan pointer aku yang sebanyak 3.55... Undi jugak course apa yang patut digugurkan... Adoi... Pengorbanan harus dilakukan..






Kalau ada buat research sikit tu, atau ada apa-apa maklumat, bagi la komen ek.. Jangan kasar sangat sampai aku kecik hati.. Satu lagi, jangan paksa aku, biarlah aku buat keputusan.. Kau ke aku yang nak keje? Lekkk...


Aku perlukan pandangan korang dengan segera!!!!!!

Insan redha,
Rashdan Roslan

22 Mei 2011

Fasa 2, Permohonan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Aku hanya nak tanya, ok tak pilihan aku ni? Berbekalkan pointer 3.55, boleh tak lepas salah satu ni?


  B. MAKLUMAT PERMOHONAN
 
 
PILIHANPROGRAM PENGAJIAN
Pilihan 1: UPM - PM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 2: UKM - KM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 3: UNIMAS - WM00 DOKTOR PERUBATAN
Pilihan 4: UiTM - ED00 PEMBEDAHAN PERGIGIAN
Pilihan 5: UKM - KD00 DOKTOR PERGIGIAN
Pilihan 6: UiTM - EF00 FARMASI
Pilihan 7: UKM - KF00 IJAZAH SARJANAMUDA FARMASI DENGAN KEPUJIAN
Pilihan 8: UPM - PM01 DOKTOR PERUBATAN VETERINAR


Ke aku yang tak sedar diri?? Tapi ni la course yang aku minat, dan yang aku layak... Sayang kat bahagian medik, dapat tiga U je...


Bantulah aku membuat pilihan!! Dilema ni.. Ada 4 ke 5 hari lagi untuk membuat pilihan...





Insan bimbang,
Rashdan Roslan