6 Mac 2011

Jalan-jalan Ke Perak... Mungkin

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Hujung minggu ni mungkin nak pergi kat Perak kot.. Area Batu Gajah, dan mungkin Ipoh sekali. Tiket tak beli lagi. Huhu... Duit pun tak simpan lagi....






Nak buat ape? Nak pergi jumpa kawan lama la, Mohd Syamer bin Latef... Kawan baik dari sekolah rendah sampai sekarang, walaupun pernah terpisah dekat 10 tahun jugak.. Last sekali jumpa dia masa bulan 11, lepas exam final sem 1...


Aku lagi hensem la... Hehehe


Ni kot pengembaraan terakhir sebelum tamatnya pembelajaran kawe di PASUM.. Final exam pun dah tak sampai sebulan lagi... Tapi kan, kalau dah balik rumah nanti, susah nak mengembara... Bab mengembara memang menjadi kegemaran kawe, tapi bab habis duit tu yang tak berapa gemar..


Tapi tak confirm lagi, tengok pada kefreean masa dia jugak.. Harap-harap la free, bleh bertandang lagi ke rumah dia...


Rindu seh sama kamu Syamer.. Nanti amek aku kat KTM ya! :) Jom makan nasi lemak ayam kampung lagi....

Pengembara dan juga perantau,
Rashdan Roslan

4 Mac 2011

Dan Bila Esok...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Esok adalah Majlis Makan Malam PASUM, atau nama popular dia, Malam EMAS... Dinner tu kat Putrajaya International Convention Centre (PICC).. Hari tu dah bayar dalam 120 hengget dah untuk dinner ni.. Harap-harap berbaloi..


Excited gak sebab lama dah tak masuk majlis dinner. Last sekali masa tahun lepas, bulan 5, kat ASiS, Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang. Kekok sikit kot...


Nak pakai apa esok? Rahsia, tapi meh sini nak bagi klu sikit. Tengok gambar bawah ni..


Kain pelikat? Kain selimut? Ke amende nih?


Baju ni lah yang akan dipakai oleh kawe esok. Memang lain daripada yang lain (kot).. Huhu.. Tapi apa yang kawe boleh katakan kat sini bahawa baju ni masuk kot dengan tema "Modern Meets Classic" tu.. Kawe pun tak pernah pakai pakaian yang macam ni. Korang pun tak pernah nampak kawe pakai macam ni.. Jadi, kalau nampak janggal atau pelik, sila-silalah mengutuk ya.. Hehehe.. Tapi kawe nak cuba sesuatu yang baru ni.. Baju ni takde la mahal sangat.. Tapi harga dirahsiakan la..


Esok duduk kat meja nombor 28.. Sebelah red carpet tu!!! Hehehe... Antara meja yang kat depan jugak la.. Ok la kot, kalau salah seorang daripada member meja tu dapat anugerah 'King of the Night', senang kitorang nak naik.. Hahahaha...


Kawe tak sabar nak nantikan persembahan yang dengar cerita macam gempak je.. Nak tengok sahabat baik kawe, Muhammad Aliff Ali buat persembahan esok, menyanyi lagu orang putih tu!! Diiringi oleh Amer Azmi, yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-19 hari ni..


Kepada kawan-kawan, pakai la pakaian yang menutup aurat dan bersesuaian. Biar pelik asalkan tidak mencolok mata. Tadi Dr. Asma ada pesan masa kuliah Calculus, bunyinya lebih kurang ni, "Biarlah Malam EMAS ni kamu semua pakai pakaian yang sesuai... Yang mana pakai tudung tu, janganlah tak pakai nanti kat sana.. Kalau nak menang anugerah 'Queen of the Night' sekalipun, pakailah tudung. Ramai dah orang yang menang dengan bertudung."


Makan-makan tu pulak, of course la nak tibai semaksima mungkin.. Hehehe.. Tapi takde la sampai memalukan diri sendiri dan kawan-kawan.. Biar berpada la.. Lagipun kawe tak nak bazirkan 120 hengget yang melayang macam tu je..


Nantikan gambar-gambar Malam EMAS di blog ni nanti ya!

Insan yang mungkin bakal berpakaian pelik esok,
Rashdan Roslan

3 Mac 2011

Tamparan Hebat!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Semalam (02/03/11), kawe dapat result Mid Semester 2... Result dia sangat tidak menggalakkan, dan menakutkan diri ini yang sedia takut. Macam ada yang tak kena, semakin ku berusaha, semakin teruk jadinya result ni..




I'm 'dead'.. Huhu

Keputusan penuh :


FQAH0113 - B+
FQAH0114 - A-
FJAX0113 - B
FJAX0114 - B
FKAX0113 - A
FKAX0114 - B
FMAX0113 -  A
FMAX0114 - B+
FB0112 - S


Purata : B+


(FQAH - Biology, FJAX - Mathematics, FKAX - Chemistry, FMAX - Physics, FB - English)


Yang menarik dan tak menarik pasal result kali ni:


MENARIK :
1. Physics 3 dapat A! Giler kentang... Tak sangka pun Physics boleh dapat A... Physics 4 pun apa kurangnya.. Dapat B+.. Sangat mengejutkan result Physics kali ni... Ok la kot, untuk cover C+ masa final sem 1 hari tu...


2. Tak ada lagi kelibat gred yang bernama 'C'. Hehehe.. Alhamdulillah...


TAK MENARIK :
1. Biology tak dapat A! Biology 3 dapat B+, Biology 4 dapat A-... Sebab tu purata dapat rendah je.. Sedih.. T.T


2. Mathematics kedua-dua paper dapat B je, tak meningkat daripada final.. Harapan untuk 4 flat tinggal nyawa-nyawa ikan je. Nanti kalau tak dapat 4 flat, Mathematics yang akan disalahkan.


3. Result yang rendah masa final naik, yang tinggi masa final turun.. Huhu.. Sadis...


4. Paper FJAX0114 rasanya boleh buat hari tu. Dalam tutorial tak ade masalah, tapi last-last dapat B je. Mungkin sebab overconfident. Padan muka kawe!


Kesimpulannya, harapan untuk 4 flat hampir berkecai! Tunggu masa je ni nak angkat bendera putih... Walaupun pahit untuk ditelan, namun kawe mesti terima hakikat. Sekarang ni zaman kejatuhan kawe. Tak ada lagi Rashdan macam di zaman sekolah dulu. Kawe tidak sekompetitif dahulu. Mungkin PASUM bukan tempat yang sesuai untukku. Rentak kehidupan di PASUM sangat laju dan memenatkan. Kawe menunggu saat dan ketika untuk tersungkur. Realiti ini memang kejam.


Sokongan dan dorongan daripada kalian semua amat diperlukan. Walaupun sekarang kawe nampak tenang di luaran, namun dalam hati hanya Allah yang tahu, betapa risaunya diri ini. Kawe boleh menipu kalian semua secara luaran, tapi dalaman, jiwa kacau! :(
Kawe perlukan teman, dan rakan yang sudi untuk menolong kawe, terutamanya dalam Mathematics.


Semoga mentari akan bersinar kembali kepada kawe. Kawe nak ambik medic, tapi peluang nak masuk UM hampir tertutup sepenuhnya. Nak cuba universiti lain yang perlukan pointer yang rendah sikit. Kawe tak mahu hancurkan harapan ayah dan bonda..

From hero to zero,
Rashdan Roslan