Memaparkan catatan dengan label Samudra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Samudra. Papar semua catatan

18 Jul 2013

Belgaum Bukan Belgium


..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Entri kali ni khusus untuk memperkenalkan tempat aku belajar sekarang, iaitu USM-KLE International Medical Programme (USM-KLE IMP), Belgaum, Karnataka, India.

Tempat ku berjuang!


Secara amnya, USM-KLE ni merupakan program kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga Karnataka Lingayat Education (KLE). Kampus USM-KLE terletak di Belgaum, Karnataka, India. Pembelajaran sepanjang 5 tahun hanya di India sahaja, dan pada akhir pengajian nanti, pelajar akan dianugerahkan dengan Ijazah MD USM, dan bakal bergraduasi di USM Kampus Induk, Pulau Pinang.

Lokasi?

Belgaum terletak kira-kira 500km dari Bangalore dan 485km dari Mumbai. Untuk ke Bangalore, ada dua pilihan, sama ada menaiki kapal terbang di Belgaum Airport (mengambil masa 1 jam 30 minit) ataupun menaiki bas yang mengambil masa selama 10 jam. Untuk ke Mumbai pula, hanya perkhidmatan bas yang ada (mengambil masa 9 jam). Oleh kerana Belgaum adalah bandar yang agak penting dalam negeri Karnataka, bab pengangkutan tidak perlu dirisaukan, kerana amat mudah untuk ke sana-sini dari Belgaum.




Kedudukan Belgaum di India







Nak naik bas ke Manipal, 8 jam 30 minit dari Belgaum

Cuaca?

Belgaum terletak pada 700 meter di atas paras laut. Maka tak hairanlah apabila Belgaum dikenali sebagai 'Kashmir of Karnataka'. Di sini ada tiga musim, iaitu musim panas (bulan Mac - Mei), musim hujan (Jun - September) dan musim sejuk (Oktober - Februari). Pada musim sejuk, suhu boleh jadi serendah 8 darjah Celcius dan pada musim panas, suhu boleh mencecah sehingga 42 darjah Celcius! Daripada musim sejuk idaman, bertukar menjadi musim panas yang amat kejam. Secara amnya, cuaca di Belgaum amatlah baik berbanding tempat-tempat lain di negeri Karnataka. Ada juga yang cemburu dengan kami. Hehehe..

KLE University, gambar diambil pada musim hujan
Belajar?

Secara keseluruhannya,ada 3 Fasa yang perlu dilengkapkan untuk menggenggam ijazah MD USM. Fasa 1 merangkumi Tahun 1, Fasa 2 merangkumi Tahun 2 dan 3, dan Fasa 3 (Tahun 4 & 5).

Batch saya, batch ke-2 USM-KLE, ada 83 bakal doktor.








Pintu utama kampus

Pembelajaran di USM-KLE adalah 100% sama dengan cara pembelajaran di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM Kubang Kerian. Cuma, kami di sini ada beberapa kelebihan berbanding pelajar di PPSP, antaranya:

1. Suasana pembelajaran di luar negara. Semestinya cara kehidupan di sini agak berbeza berbanding di Malaysia. Walaupun pada akhirnya, aku akan dapat ijazah MD USM sama dengan pelajar di PPSP, pengalaman itu amat berharga. Bukanlah di PPSP itu tiada pengalaman yang bermakna, namun di sini, suasana yang berbeza daripada tanah air itu memberi sedikit kelebihan kepada kami.

Jom kita masuk kelas

2. Pembelajaran menggunakan kadaver (mayat yang telah diawet) untuk subjek Anatomi. Pengalaman di depan mata memudahkan kami untuk memahami subjek Anatomi dengan lebih mendalam. Di India, kadaver amat mudah untuk diperoleh. Selain itu, kami juga boleh mengeksplorasi badan kadaver itu dengan tangan kami sendiri. Namun perlu ingat, ada etikanya juga. Kenalah hormat pada mayat tu.


3. Pensyarah yang berdedikasi. Dengan sedaya upaya, mereka akan terus mengajar sehingga kami betul-betul faham tentang isi kandungan kuliah mereka. Bukan sekadar di kuliah, malahan di Small Group Discussion (SGD), Demonstrasi / Praktikal dan juga sewaktu Klinikal. Ada juga pensyarah yang amat tekun mengajar sehingga berpeluh! Maka, tak hairanlah kenapa kami mengekalkan kelulusan 100% di sini.


Salah seorang pensyarah yang tekun sewaktu mengajar

4.  Kemudahan yang bertaraf kelas pertama. Kampus USM-KLE memiliki kemudahan yang terbaik untuk memastikan kecemerlangan pelajar-pelajarnya. Dewan kuliah yang selesa, dewan peperiksaan yang baik, bilik PBL yang dilengkapi projektor dan suasana sekeliling yang menenteramkan amat kondusif untuk para pelajarnya.



The Magical Fountain
Hari-hari lalu sini
"Hai bang, mintak nombor boleh? Hehe.." USM-KLE memiliki koleksi model yang terbaik!
Dewan kuliah
TV LCD dalam Dewan MDL. Kau ade? Hehe.. Jenama SONY lagi.
Rakan-rakan bersama pemandu bas yang sporting
Say 'Hi!' to your best friend! Ni masa Fasa 1..
Yang ni pulak masa Fasa 2.

Hostel?

Sekarang ni, kami tinggal di USM Hostel, yang mana dikhususkan untuk pelajar USM-KLE. Namun, sebab ada banyak bilik kosong, maka pihak JNMC benarkan pelajar tempatan untuk tinggal di hostel kami. Sebenarnya, hostel ini tak berapa siap lagi, namun pembinaan sudah berada di tahap terakhir. Kita tak boleh nak harap semua benda sempurna. Rome wasn't built in a day kan? Hehe.. Oh ya, kat India ni tak perlu CF untuk guna bangunan tu.. Kalau dah siap dua tiga aras tu, bolehlah masuk. Tak faham kenapa.

Satu bilik boleh menampung dua orang. Semuanya lengkap di dalam bilik, ada bilik air, sinki, meja belajar, almari, ada akses internet LAN dan macam-macam lagi. Namun oleh kerana pembinaan yang masih berjalan, ada kalanya berlaku sedikit gangguan, namun pada kebanyakan masa, hostel ini ibarat hotel kepada kami. Usah khuatir kerana pembinaan bakal siap tidak lama lagi.


Perabot di dalam bilik

New Zealand? No, this is India! Gambar diambil dari belakang hostel.

Aktiviti?

Siapa kata kat USM-KLE ni, kerja kami untuk belajar je 24/7? Oh silap silap silap besar. Kami juga terlibat dalam pelbagai aktiviti...

1. Samudra:
Sukan tahunan antara pelajar USM-KLE. Pelbagai acara sukan dan kebudayaan diadakan, antaranya acara trek, bola jaring, futsal, badminton, ping pong, Masterchef dan pertandingan reka 'kolam'.


Abaikan motor-motor itu. Hehe..
Acara futsal sedang berlangsung
Wajah-wajah kemenangan

2. Ko-kurikulum:

Oleh kerana kami belajar mengikut sistem USM, kami mesti melengkapkan dua unit aktiviti ko-kurikulum yang wajib, sama ada Badminton, Fotografi, Muzik ataupun Teater Moden. Untuk aku, aku pilih Teater Moden untuk Sem 1 dan Fotografi untuk Sem 2. Alhamdulillah, kedua-duanya sudah selesai dengan jayanya.

Antara pelakon Teater 'Anastasia'
Berfotografi di kawasan pergunungan
Barisan pelakon teater 'Merah Putih' bersama pensyarah

Ahli kelab muzik Semester 1
Ahli kelab muzik Semester 2

3. Malaysian Night:

Aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Malaysian Student Association India (MSAI) Belgaum, menyatukan seluruh pelajar Malaysia di Belgaum dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan dan makan-makan! Aku sempat menyertai Malaysian Night pada tahun 2011. Malangnya pada 2012, aku ditimpa kecelakaan, maka terpaksa melihat dari jauh sahaja.

Jejaka-jejaka kacak.. Belgaum Most Wanted

Aku dan rakan-rakan membuat persembahan

Menari jangan tak menari!



Warga USM-KLE?

Kami di sini baik-baik saje. Hehehe.. Setakat ni, komuniti kami berjumlah 186 orang, yang terdiri daripada 44 orang pelajar batch pertama, 83 orang batch kedua dan 59 orang batch ketiga. Ada yang sudah berkahwin, dan ada yang bakal berkahwin. 

Gambar ni masa 2011, baru ada batch pertama dan kedua. Kalau campur dengan batch ketiga, mesti lagi meriah.

Makan-makan?

Alhamdulillah, di Belgaum agak mudah untuk mendapatkan makanan halal. Cuma berita buruknya, makanan agak mahal di sini. Kena pandai-pandailah urus perbelanjaan bulanan, tapi setakat ni, cukup je bajet bulanan tu. Masa hujung minggu, bolehlah kalau nak keluar makan ramai-ramai kat restoran-restoran terkemuka di Belgaum ni, seperti Niyaaz, Zaika, Habba, Kabab Delight dan Fire & Spice.

Cuma harus beringat bahawa risiko untuk dapat diarrhea a.k.a. sakit perut adalah agak tinggi. Jadi, harus beringat bila makan kat luar tu. Jangan makan benda-benda pelik, terutamanya manisan, sebab banyak kes sakit perut berpunca daripada makan pencuci mulut. Maka, bersedialah anda semua dengan ubat sakit perut. Kalau teruk, kena masuk hospital. Perkara biasa je tu.

Niyaaz, antara restoran pilihan warga Belgaum
Cafe Coffee Day, ada di banyak tempat di serata India. Ala-ala Secret Recipe.

Coffee Shop, agak jauh dengan hostel, masih dalam kampus tapi makannya sangatlah ohsem dan murah.
Takde KFC atau McD kat Belgaum setakat ni. Ini je la yang hampir sama taraf dengan restoran makanan segera yang lain. Harga makanan agak mahal.

Beli-belah?

Berita buruk untuk mereka yang kaki lepak di mall, Belgaum takde mall atau shopping complex. Yang ada cuma Big Bazaar, lebih kurang Giant atau Tesco sahaja. Ada pun yang lain, hanyalah kedai-kedai lot dan deretan kedai. Namun jangan risau, semua benda pun cukup. Ada je tempat untuk beli barang-barang untuk masak dan kelengkapan-kelengkapan lain, seperti Reliance Fresh dan More.

Kalau tak cukup, boleh beli barang-barang secara online kerana sistem beli-belah online di India ini sangatlah bagus. Yang tak bagus cuma part keluarkan duit la. Hehehe.. 

Panggung wayang ada dua di sini, iaitu di Inox dan Nucleus Mall. Walaupun takde shopping complex, tapi dengan adanya panggung wayang ni, bolehlah kiranya anda melepaskan tekanan barang seketika. Hehe..


More, dari kejauhan
Big Bazaar, sedikit jauh dari kampus USM-KLE
Saree?

Biasalah bila belajar kat India, mesti orang tanya pasal saree, kain cotton, kurta dan sebagainya. Belgaum merupakan salah satu tempat yang memiliki kedai-kedai kain yang ohsem. Kadang-kadang, ada juga rakan-rakan dari tempat lain yang mengunjungi Belgaum semata-mata nak beli kain saree! Maka, tak dapat dinafikan lagi bahawasanya warga Belgaum amat bertuah. Harga produk fabrik pun agak berpatutan.


Kedai yang sering dikunjungi oleh pelajar Malaysia

Ini lagi satu kedai saree

Kain saree kosong tapi menarik!
Yang ni bercorak sikit. Nak tengok banyak lagi gambar, boleh stalk Facebook saya. Hehehe..
Pakai macam dah nak kahwin je.. Ada je yang simple, usah khuatir. Hehe

Rasanya setakat ini sahaja serba sedikit perkongsian dari saya. Kepada junior yang bakal datang ke USM-KLE IMP, Belgaum, India, selamat datang diucapkan dari kami semua. Semoga kehadiran anda semua bakal memeriahkan lagi suasana di sini dan meramaikan lagi warga Malaysia yang merantau. Ada apa sahaja soalan, saya boleh jawab asalkan masih dalam kapasiti saya sebagai seorang pelajar. Jangan tanya benda bukan-bukan!


Terima kasih daripada kami semua (warga PBL 3), dan selamat datang ke Belgaum!




29 Jan 2012

Suka-Suki Samudra USM-KLE

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Akhirnya boleh update jugak blog ni, setelah hilang segala cramp di badan. Penghasilan lactic acid yang giat membuatkan otot jadi kejang. Nak buat apa-apa pun takde mood. Makan ade je mood nye. Hahaha..

22 & 23 Februari 2012, pihak Biro Sukan & Kebudayaan USM-KLE telah mengadakan program sukan tahunan USM-KLE, iaitu Samudra. Edisi kali ni adalah yang julung kali, dan harapan semua orang sangat tinggi!


Macam yang aku cakap dalam entri lepas, aku mewakili rumah Atlantic Yellow.. Sikit je acara aku masuk, sebab aku bab sukan memang kurang sikit. Bagi orang yang lebih berkemahiran la untuk main yer. Aku masuk acara Ironman, galah panjang, dan tarik tali, sahaja..
Antara aksi sebelum bermulanya Samudra secara rasmi. Hehe..
Hari pertama tu, aku tak main ape-ape pun. Banyak bertugas jadi budak first-aid je. Cuma banyak aktiviti yang diadakan pada hari pertama tu. Misalnya:
Table tennis.. Ada kategori individu dan beregu. Rumah kuning lawan rumah biru tu. Rumah kuning la yang hebat :)


Badminton, yang ni kategori lelaki.. Mursyid boleh terbang. Hehe :D
Gelak sakan ye kau Juraimy... Hahaha..


Rumah Kuning lawan Rumah Merah.. Power kot rumah merah, guna skill terbang.. Tak aci!!

Sebahagian pemain simpanan rumah hijau dan biru..

Futsal lelaki pulak!
Kecederaan di hari pertama.. Kesian Dzulfikri.. Takpe, dia kuat semangat.. Still boleh lari untuk acara trek.
Tiba pula hari kedua, yang lebih berfokus kepada acara trek dan acara padang. Terik jugak sinaran mentari.. Sampai sunburn aku. Huhu..

Sebahagian penyokong kuat rumah Atlantic Yellow. H-O-T-T-O-G-O!!
Acara 100m lelaki.. On your mark, get set, go!
Acara 100m wanita pulak..
Kecederaan pulak masa acara 4 x 100m.. Kesian Pojie..

Acara Ironman pulak mengambil tempat lepas tu. Bukan 'man' je yang masuk, tapi 'woman' pun masuk la.. Maka makin banyak la Ironman dan Ironwoman pada hari tersebut. Hehe..

Yang ni acara lari dalam guni.. Haaaa.. Lompat jangan tak lompat ye abang-abang dan akak-akak! 
Yang ni acara lumba jalan itik pulak. Itik hijau lawan itik kuning!! :D
Maka tiba pula acara tarik tali, yang menentukan jejaka rumah manakah yang paling kuat dan gagah perkasa dalam USM-KLE ni.. Hehe.. :D

Kitorang pakai sistem liga, bukan kalah mati, so kena lawan banyak kali lah.

Tarikan berbisa dari rumah Kuning.. Dapat nombor 2 kot, di belakang rumah Merah yang gagah perkasa. Haha.. Sape la yang jadi 'anchor' kat belakang sekali tu? Aku la tu :D
Ni la rumah Merah yang amat dahsyat tu.. Semua match dia menang..
Tarikan yang penuh berusaha oleh rumah Biru, tapi apakan daya, nasib tak menyebelahi korang.. Next time cuba lagi..
Aku bangga sebab rumah Kuning boleh kalahkan rumah Hijau. Tengok 'anchor' diorang. Huhu... Ilmu Iskandar yang dahsyat..
Maka, setelah berhempas pulas, rumah Kuning hanya berpuas hati dengan tempat kedua, dengan meraih 2 kemenangan. Rumah Merah tempat pertama, (3 menang), Hijau ketiga (1 menang), Biru keempat (0 menang)..

Antara srikandi yang setia memberikan sokongan dalam setiap acara. Najwa yang patah tangan pun turun padang taw.
Petang tu memang serius penat tahap dewa. Tapi aku tetap turun jugak, sebab nak masuk game Galah Panjang. 1st time tu main seumur hidup. Blur jugak mula-mula. Huhu.. Maaf, tak terambik pulak gambar masa game galah panjang lelaki. Cari dalam facebook member-member pun tak jumpe. Huhu..

Maryam cuba melepasi halangan nampaknye. Tak lepas-lepas ke kak????
Sambil bebudak pompuan main galah panjang, yang bebudak laki ni gila nak bergambar pulak, termasuklah diri sendiri. Hehe..

Atlantic Yellow is always the best! :)
Inilah kami.. "The Alliance" - Pacific Green, Atlantic Yellow and Arctic Blue. Red Celtic takde, sebab diorang banyak menang. Hehe.. Takpe, kita gurau-gurau je, lepas Samudra takde dah semangat rumah ni..
Lebih ramai, lebih meriah! :)
Bila semua masuk frame.. Hehe.. Rumah Merah takde bendera!! :D
Malamnya pulak, ada majlis makan malam la sikit, campur majlis penyampaian hadiah. Cuba teka sape MC? Aku la.. Hehe.. Bergandingan dengan Adnin Azmi.

Sorang besar gedabak, sorang kecik molek.. Elokla.. Haha..
Aku sedih nak bagitau ni, tapi rumah Celtic Red menang! Adoiii.. Haha.. Takpe, rezeki korang kali ni, syukur la nak.. Tahniah untuk rumah Celtic Red, korang memang layak untuk berada di puncak. Untuk rumah lain, jom berusaha lebih keras untuk edisi yang akan datang.

Sekitar majlis makan malam itu:
Makan jangan tak makan!!
Olahragawan Samudra Edisi Pertama, Wan Afiq.. Menang 5 emas, 1 perak.. Dahsyat!!
Kak Dayah pulak Olahragawati Samudra kali ni. Tahniah..
Alhamdulillah, Samudra berjalan dengan lancar, dan takde benda yang tak diingini berlaku, syukur sangat-sangat. Jutaan tahniah kepada Biro Sukan & Kebudayaan, kerana berjaya menganjurkan Samudra kali pertama ni dengan berjaya! Dengar-dengar tahun depan nak tambah acara kebudayaan? Haha.. Gasak, kena menarilah macam ni.. Huhu..

Semoga kenangan pada Samudra kali ni akan terpatri untuk selama-lamanya dalam sanubari masing-masing, dan semoga ikatan silaturrahim dan ukhuwah sesama kita semakin kuat, insyaAllah.

Atlantic is H-O-T-T-O-G-O!
Red Celtic
Blue Arctic
Pacific Green
Akhir kalam, maafkan aku jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara atau terbuat silap sepanjang Samudra yang lepas. Bukan sepanjang Samudra je, tapi sepanjang hidup aku juga. Semoga Samudra edisi akan datang akan lebih dahsyat lagi!

Belajarlah melalui pengalaman, kerana pengalaman mematangkan fikiran.