29 Apr 2011

Cuti-Cuti 1Malaysia.. Destinasi 5 Teratas!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Tak tahu la sama ada korang perasan atau tak, sejak minggu lepas, aku ada letakkan ruang undian kat atas sana. untuk memilih lima lokasi percutian yang terbaik yang patut aku pergi... Keputusan sudah ada di tangan saya... Hehe..


Lokasi 5 teratas :


1. Seremban
2. Penang
3. Kuala Lumpur
4. Ipoh
5. Shah Alam


Hehe.. Macam tahu-tahu je kehendak aku ni... Aku memang teringin sangat nak ke Penang dan Seremban.. Penang tu last skali aku sampai masa darjah 2... Seremban lak, pernah lalu je, masa nak pergi Port Dickson masa kat ASiS dulu.. Nak explore la ape yang menarik kat sana, kalau ada banyak masa... Tapi kalau nak pergi Alor Setar pun ok jugak, tapi undian tidak menyebelahi... Takpe, kalau ada rezeki, aku sampai la nanti kat Alor Setar.. Tapi sekarang, aku nak fokus kepada Top 5 ni. Nak buat siri jelajah selama seminggu kot.. Tengok keadaan, tengok rezeki.


Keputusan penuh:


1. Seremban - 19 undi
2. Penang - 18 undi
3. Kuala Lumpur - 15 undi
3. Ipoh - 15 undi
5. Shah Alam - 13 undi
6. Kuala Terengganu - 9 undi
7. Alor Setar - 8 undi
8. Kuantan - 7 undi
8. Melaka - 7 undi
10. Johor Bharu - 6 undi
11. Teluk Intan - 5 undi
12. Taiping - 4 undi


Dengan ini diumumkan bahawa, Taiping tersingkir pada konsert kali ni.. Hahaha.. Bajet AF...


Kenapa korang nak aku pergi Seremban? Ada ape?? Ada ni?? :








Kat Penang, boleh tengok benda-benda ni:






Kalau boleh try makan ni kan best...


Kat KL, aku dah biasa tengok dah benda-benda ni.... :P








Kat Ipoh, dah sampai sana dua kali... Nak buat kali ke-3 lah...






Shah Alam, Selangor:








Yang paling menarik rasanya kat Seremban... Boleh jugak nak pergi sana... Tak pernah sampai lagi... Boleh la den bolaja cakap Nogori Sombilan sikit... Asyik cakap Kelantan ajo... Hehehe... Kono makan podeh-podeh la pasni kalau den sampai kat sano... (betul ke yang aku cakap ni?? Huhu...)


Tak muktamad lagi ni.. Tapi kalau dah macam ni, aku plan nak buat tour dari Penang sampai Seremban la nampak gayanya.. Bila? Bulan 6 nanti kot, bila dah ada duit... Sekarang boleh berangan je la....


Oleh itu, aku memerlukan kerjasama dari rakan-rakan ya, untuk membawa aku meronta meronda ke sekeliling kawasan yang aku nak pergi.. KL ngan Shah Alam dah boring la, tapi tengok la keadaan...


Apa-apapun, terima kasih atas pandangan dan undian anda... Setiap pendapat anda amat aku hargai.... Tak sabar nak pergi bercuti!!!!

Akan mengembara lagi,
Rashdan Roslan

28 Apr 2011

Kucing-Kucing Saya!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia....


Kali ini, aku nak berkongsi pasal salah satu binatang peliharaan di rumah aku, iaitu..... Felis catus ataupun lebih mudah, kucing.. Hehehe... Semua kucing kat rumah aku tu kucing Parsi... Ada yang dah dibela sampai dah 11 tahun! Ada jugak yang baru setahun lebih...


Ada 5 ekor semuanya sekarang ni... Yang pertama, yang paling disayangi... Sebab dia nakal... Memperkenalkan, Bobo... Bobo je kucing jantan kat rumah ni... yang lain lepas ni, semua betina.. Bobo ni dibela dari baby lagi... Dah setahun lebih....




Comel kan?


Yang kedua ni, nama singkatan dia Fifi.. Tapi nama sebenar dia, cantik sangat macam nama orang.. Fifiona Batrisya.. Hehehe... Yang paling jelas, ketara, tengok kat hidung dia.. Kemek!!! Sebab tu si Fifi ni mahal.. Abah aku beli masa baby pun dah 1500 hengget... Umur dia lebih kurang umur Bobo je... Si Fifi ni baik, tak kacau orang.. Cuma suka manja-manja je dengan orang...




Tengah tidur...


Yang seterusnya, Irfani... Hehehe... Macam nama orang jugak.... Yang ni la kucing paling senior kat rumah... Umur dia 11 tahun, lahir pada 5/3/2000, hari Ahad... Irfani la yang banyak berjasa, melahirkan anak-anak kucing yang comel-comel belaka... Warna bulu dia dah pudar.. Sebab dah tua...


Muka baru bangun tidur...


Seterusnya, si rongak, Jessie.. Gigi dia rongak kat sebelah bawak.. Tapi takde pulak masalah untuk makan... Makan banyak kot kucing ni... Sebab tu gemuk.. Hidung dia kemek jugak sikit.. Jessie ni anak Irfani...


Cun-melecun kucing aku...


Yang terakhir, Shippona... Nama dia tu nama Jepun.. Aku amek dari kartun Secret of Akko Chan.. Hehehe... Muka dia pun macam Jepun jugak.. Hehe.. Yang ni, pantang bunyi plastic bag, mesti datang cepat-cepat... Kalau kucing-kucing ni bergaduh, dia la yang gangsternye... Aduhaii... Yang ni pun anak Irfani jugak...


Arigato!


Kepada pembaca yang kepingin nak tengok kucing-kucing ni secara live, datang la kat rumah... Mungkin ada kucing yang akan dijual, sebab abah aku dah tak larat katanya nak jaga kucing banyak-banyak, especially bila anak-anak takde kat rumah... Tapi aku tetap tak setuju... Tak sanggup kot jual, sebab kucing ni membesar bersama aku... Aku sayang kucing-kucing ni!!!!

Penternak kucing,
Rashdan Roslan

27 Apr 2011

R2... Masa Untuk Jamuan!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Maafkan aku sebab posts yang mendatang lepas ni banyak cerita lama, tapi aku mesti khabarkan kepada anda semua, untuk memuaskan hati ini.. Hehehe....


Baiklah, 17/3/2011 bersamaan hari Isnin, kumpulan tutorial aku, R2 (bukan yang dalam Raja Lawak 5 ngan Maharaja Lawak tu) buat jamuan perpisahan.. Sob sob sob.. Lokasi kejadian kat mana? Kat Kenny Rogers Roasters, Mid Valley... First time ni nak makan kat KRR.. Kena cover sikit kejanggalan itu.. Hehehe...


Keajaiban berlaku apabila Fitri Bis Tamam muncul di majlis itu.. Tak sangka, sebab biasanya dia akan menyendiri.. Tak sangka jugak dia sudi nak participate dalam majlis ni.. Dia bukannya sombong, tapi terlalu baik dan pendiam... Credit to Naqiuddin Mohd Fazali sebab berjaya mengajak beliau datang ke situ.. Tapi kehadiran masa tu tak penuh, tanpa kehadiran Atiqah Jamil, a.k.a Jay... Tak best la sebab tak semua yang ada... :(


Awek-awek R2... Comel-comel belaka... :D


First time masuk KRR.. Hahaha... Hampir terkesima tengok harga makanan, tapi nasib baik aku bajet dalam 30 hengget.. Dapatla membeli ini :


Ais krim... Yummy...


Inilah yang menjadi sentapan santapan aku hari tu...


Bergambar kenangan bersama ais krim... Hehe...


Mek Tiqah (Atiqah Rahman) adalah person of the party.. Hehe.. Kecoh je keje nye.... Dah la kena tipu ngan aku, cakap ada sos perisa budu.. Percaya pulak dia....


Comey lotey minoh Kelate... Kan kan kan???


Dah kenyang makan tu, terus ke Cosmic Bowl, main boling la....






Kat sini, kezzzzutan telah berlaku.. Fitri telah mengejutkan semua orang, apabila berjaya meraih skor yang paling tinggi. Korang, tengok dia ni, diam-diam ubi berisi.. Walaupun diam je dalam kelas, tapi dia hebat.. Jangan-jangan, dia ni wakil sekolah King George V ke???? Gambar Fitri takde la pulak....


Ingatkan semua orang stay nak main boling, tapi sikit demi sikit blah, pegi kat Arcade, aduhai.... Lain pulak jadiknya... Akhirnya, aku pun baliklah pukul 11.15 malam.. Dapat bas paling last... Fuhhh... Tak pernah buat macam ni... Ada la beberapa rakan yang malang tu, kena balik jalan kaki, ada jugak yang naik teksi... Tapi yang penting, semua orang selamat.. :)


R2, korang memainkan yang sangat penting dalam hidup aku di PASUM... Kita bersama berkongsi suka dan duka... Kegirangan dan kegembiraan kita masih kukuh tersemat dalam minda aku, walaupun ini sudah masuk minggu ke-4 kita tidak lagi berkumpul bersama-sama... Menarik atau tidak kelas tutorial tu, kita lalui bersama... Daripada mengantuk, tersengguk, kena marah, hilai ketawa, datang lewat, kecoh sampailah tertidur dalam kelas, macam-macam kenangan telah kita tempuh bersama. 11 bulan, sangat pendek.. Masa tidak boleh diundur, kita harus menerima realiti. Bertemu dan berpisah adalah satu kemestian dalam hidup.


Korang jangan sombong dengan aku yeh... Kalau aku hantar mesej tu, balas la... Kalau terjumpa kat luar tu, tegur-tegur la.. Kalau aku ditimpa kesusahan, bantulah aku dengan keupayaan yang ada.. Rajin-rajinlah conteng wall aku kat Facebook aku ya...


R2, di sini, aku ingin memohon jutaan kemaafan kepada korang atas segala kekurangan dan kekhilafan diri aku sepanjang perkenalan kita.. Aku juga manusia biasa yang tidak sunyi daripada kesilapan dan aku bukannya sempurna.. Kalau ada hajat korang yang belum aku penuhi, ampun maaf dipinta, dan sila tuntut daripada aku agar aku dapat melunaskan hutang yang tertunggak.


Pesanan aku yang terakhir, kirimkan doa kepada rakan-rakan apabila rindu dan risau akan keadaan diri mereka. Doa seorang kawan terhadap kawan yang mana kawannya tidak mengetahui bahawa dirinya didoakan, makbul di sisi Allah..


Terima kasih atas memori bersama di PASUM.. Mungkin di sini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa.. Ada rezeki, kita bertemu lagi di kesempatan yang lain.. Ingat-ingatlah aku di sini!

Rakyat R2,
Rashdan Roslan